Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Tuesday, June 2, 2009

sekolah_cinta 22

“bibik.. mummy dan daddy mana?” Nathalie mengeluh apabila rumahnya kosong seperti selalu..

“Emm, Tuan tidak pulang dari semalam sebab katanya ada tender baru.. puannya baru pergi tadi.. ada mesyuarat Datin2 katanya..” Bibik Nah menerangkan

“Huh! Kenapa tak suruh mummy bawak baju2 dia skali.. tak payah balik rumah ni.. Mesyuarat Datin2 yang takde faedah!!” Marah Nathalie.

“Non mahu sarapan.. bibik udah hidangkan di dapur..” Kata bibik Nah

“Tak payahla…” Jawab Nathalie.. tidak lama kemudian kelihatan kereta Datin Mila memasuki perkarangan rumah mereka..

“Aik? Cepatnya balik.. ingatkan tak tahu jalan balik lagi..” Sindir Nathalie..

“Mummy nak kemaskan baju.. ada program kat Johor selama dua hari.. duit belanja Nathalie mummy masukkan dalam bank.. mungkin daddy pun akan pergi Johor juga.. Bibik.., tolong kemaskan baju saya.. untuk 2 hari ye..” Datin Mila mengarahkan Bibik Nah sambil berjalan menaiki tangga.

“Program apa tu mummy? Lebih penting dari mesyuarat PIBG sekolah Nathalie? Tahun2 mummy dengan Daddy tak pernah pergi..” Luah Nathalie.. Datin Mila menghentikan langkahnya.

“Ala Nathalie.. Cuma mesyuarat PIBG jet u.. nanti mummy wakilkan mama Nieylla tu.. ada program sehari bersama anak2 yatim…” Nathalie tersenyum sinis.. cukup sinis.

“Ooo.. Program anak yatim.. baguslah tu.. uruslah anak orang dulu.. Nathalie yang kat sini.. tinggal kat rumah dingin ni.. dah macam anak yatim Mummy dan daddy tak ambil kisah langsung!! You know what? Mummy hiduplah dengan duit mummy yang bertimbun tu! Nathalie tak perlukan duit! Nathalie benci kekayaan ni semua!!” Nathalie melangkah laju meninggalkan rumah agam itu..Kedengaran jeritan Datin Mila memanggil2 anak perempuannya..tetapi Nathalie tak endahkannya..Nathalie menghubungi seseorang..

“Is.. ambil Nathalie..Natalie dah tak tahan duduk di rumah tu.. Nathalie benci!!” Kemudian suara dihujung talian menenangkannya..Nathalie mengangguk..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Syirah…. Ada orang tunggu Syirah kat luar tu..” Mak temah memanggil Syirah..

“Kenapa tak suruh dia masuk Mak Temah?”

“Entah..malu katanya..”

“Oo..okay.. Syirah pergi tengok dulu..”

“Eh! Syirah.. ni bunga orang tu bagi..” Sambil tersenyum2 Syirah mengambil bunga itu.. kemudian dia melangkah ke halaman rumah mereka. Im memandang Mak Temah.. seperti bercakap melalui deria ke6

*Siapa bagi bunga kat Syirah tu?? (Tanya Im)

*Entah..(Kata Mak temah sambil menjungkit bahu..

*Siapa lelaki tu?? ( Tanya Im lagi..)

*Kawan syirah kot.. (Jawab Mak Temah lagi..)

*Kawan? Kawan apa? Kawan baik ke? Kawan rapat ke atau kawan akrab ke??

“Hisy! Kamu ni Im.. tanyalah si Syirah sendiri..penat aku..” Mak Temah menggeleng kepala kemudian berlalu ke dapur,..Im masih tercegat kat depan pintu memerhatikan Syirah..

“Jangan tunggu lama2.. nanti lama2 dia di ambil orang..” Dengan happynya Mak Temah Menyanyi.. ‘menyindir2.. tak terasa lah Mak Temah..’ IM kemudian melabuhkan punggung di sofa berangkai tiga.. duduk dengan tenang.. (padahal dalam hati tu..) Syirah berlari masuk sambil tersenyum.

“Mak Temah.. Syirah nak ikut kawan pergi Taman Permainan kejap ye..” Syirah bersiap2.. Im dengan tekun membaca majalah..

“Baik2 ye Syirah..” Kata Mak Temah sesudah Syirah keluar rumah.. beberapa minit selepas itu Im berdiri kemudian mengambil kunci motornya.

“Aik? Kau nak pergi mana pulak?” Tanya Mak Temah..

“Nak pergi town kejap..” Im meng’start’kan motornya.

“Ha.. yelah..” Jawab mak Temah.. “Im!!” jerit Mak Temah apabila melihat Im membelok ke kanan..Im memandang Mak Temah..

“Kenapa?”

“ Kamu tu dah nyanyok ke? Pergi town belok kiri.. belok ke kanan tu nak pergi taman permainan tu.. “ Sindir Mak Temah.. Im mencebik.. ‘suka hatilah nak belok ke mana pun…’…”Lagi satu..” Jerit Mak Temah kerana jarak mereka yang agak jauh.. “Teropong besar yang kamu bawak tu buat apa? Kamu dah jadi Private Investigator ke??” Sinisnya nada Mak Temah.. Muka Im masam mengalahkan cuka..’suka hati!!’ Im terus me’Race’ kan motornya.. meninggalkan Mak Temah yang tersenyum sinis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Im sibuk mengusha pasangan di hadapannya itu…(dengan tekun..) Lulu yang sedang berjogging di taman itu terberhenti seketika melihat Im meneropong couple di hadapan mereka itu.. ‘macam orang gila pun ada gak.. ada ke kat tengah2 taman permainan ni di pakai teropong’

“Wei? Im.. kau skodeng siapa tu?” Lulu menepuk bahu Im..

“Lulu.. tepilah.. aku sibuk skang ni.. besoklah kau kacau aku..” Kata Im selamba.. ‘boleh pulak tangguh2’.. Lulu menjungkit bahu..

“Lantak kau lah..” Lulu meneruskan lariannya..beberapa minit selepas itu muncul Ek termengah2..

“Im.., kau ada nampak Lulu tak lalu kat sini?” katanya sambil tercungap2..

“Takde..entah.. tak ingat..” matanya masih lagi melekat dekat pasangan di hadapannya itu.. “Amboi! Siap bertepuk tamper lagi korang.. dapat kat aku.. aku tampar2 lelaki tu..” Marah Im tiba2.. Ek di ssinya terkejut..

“Apalah kau ni.. suka hati doranglah nak bertepuk tamper.. bukan dorang tamper kau pun.. tulah.. ego sangat.. tengok macam aku..” Berlagak dengan machonya Ek berdiri megah di hadapan Im.. “ Lulu!!! Tunggu Ek!”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hai Lulu.. Lulu buat apa kat taman ni.. macam berjanji2 pulak kita ni kan..” KAta Ek.. Lulu menjeling tajam..

“aku tengah mengurat ni! Tak nampak?” Jawab Lulu sinis.. ‘dah tau aku berjogging.. mau tanya lagi..’

“Eh? Mengurat? Sama lah kita..Aku pun nak mengurat ni..”

“Huh! Aku nak baliklah..”

“Eh? Samalah kita.. aku pun rasa nak balik..” Lulu merenung tajam muka Ek.. Ek tersengih.

“huh!Panas betul kat sini ni..!”

“Samalah.. aku pun rasa macam panas kat sini..” Jawab Ek lagi..

“Aku rasa macam nak bunuh diri..”

“Samalah kita.. aku pun nak…” Ek berfikir seketika.. “Janganlah.. kita belum pun kawin lagi..” Kata Ek dengan menggoda..’tak tergoda pun..’

“Siapa nak kawin dengan kau? Huh! Menyampah!!” Lulu menjelir lidah kemudia berlari menginggalkan Ek..

“Wah! Cakap besar nampak.. sekali aku hantar rombongan pergi rumah kau.. baru kau tahu..”

“Encik Ek.. belajar dulu.. baru fikir pasal kawin!! Kau nak bagi anak dara orang makan apa?? Pasir??”

“Boleh jugak kalau kau pandai makan..” Jawab Ek selamba..

“Hisy! Psiko! Adious,,,”

“Wei..Lulu.. tunggulah..” ..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Abang Im? Buat apa kat sini??”

“Hah?? “ Im meraup muka.. ‘Aduhai.. kantoi lagi.. malangnya nasib aku ni…..’

1 comment:

MaY_LiN said...

ala..kantoila plak..
suke ek ye..
nice n3 sis..