Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Thursday, June 4, 2009

sekolah_cinta 23

Mukriz melangkah masuk ke kelas sambil tersenyum nakal. Di perhatinya meja Nieylla yang kosong.. kemudian dia tersenyum lagi melangkah ke tempat kawan2nya.

“Yang kau senyum ala2 evil tu apasal?” Ken kehairanan.

“Takde apa2..” Jawab Riz selamba sambil meletakkan begnya di kerusi perlahan2.. ‘takut penyek pulak makhluk hijau tu..’

“Macam ada muslihat je…” Dani memandang Riz yang happy semacam je..

“Takdela.. tu hah.. cikgu Rose panggil kita sekelas berkumpul kat medan perhimpunan kejap..”

“Buat apa nak berkumpul kat sana? Haru biru betullah Cikgu ni..” Im membebel. Tetapi dikerahkan juga kakinya untuk berdiri.

“Jomlah.. kang panjang lagi leteran Mak Cik kau tu..” Dani mengajak Riz..

“Korang pergilah dulu.. aku nak kemas jap buku aku ni..” Sambil kononnya mengemas2 bukunya.

“Okay.., jom Ery..” Mereka ber5 meninggalkan Riz keseorangan di kelas.. setelah teman2nya berlalu, Riz memulakan Rancangan nakalnya,.Riz mengeluarkan kotak kecil di dalam begnya yang mempunyai 2 ekor makhluk hijau. Dengan senyuman nakalnya Riz meletakkan 2 ekor makhluk hijau yang sihat2 belaka itu ke dalam laci meja Nieylla..

“Hehehe..so sorry Nieylla.. lama tak gaduh dengan kau.. rasa rindu lak.. heheh” Riz berjalan ke tempat kawan2nya dengan senyum lebar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Nieylla., mana buku latihan Chemistry kau? Boleh pinjam kejap tak?” Lulu kelam kabut apabila menyedari kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Trisya belum disiapkan.. ‘well, actually memang aku tak pernah siapkan pun kerja rumah chemistry..’

“Jap ya..” tanpa melihat apa di dalam lacinya. Nieylla terus memasukkan tangannya dibawah laci mejanya. Gerakan tangannya terberhenti apabila tersentuh dengan benda yang melekit2 dan licin.. ‘apa benda dalam laci aku ni? Ya Allah.., janganlah benda tu..janganla benda tu…’ Nieylla perlahan2 menarik tangannya kemudian di tundukkan kepalanya untuk melihat benda apa yang dipegang olehnya sebentar tadi.. Kelihatan 2 ekor makhluk hijau sedang bersenang lenang dalam laci mejanya.

“WaRRRRGG!!!!! KATAK!!!” Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut mendengar vocal Nieylla yang cukup mantap itu.Riz menahan senyum. Nieylla mengalihkan pandangan ke arah Riz. Kemudian dia berjalan ke arah Riz sambil mengepal2 penumbuk sulungnya.

“Riz!!” Jerit Nieylla apabila sampai saja di hadapan Riz.. Riz membuat muka bodohnya.

“Apa ni? Kau boleh tak jangan buat kecoh pada pagi yang sungguh harmoni ni..” Kata Riz selamba.Nieylla menghentak kuat meja Riz.. ‘huh! Runtuh semangat aku.. marah betul minah ni..’

“Baik kau ambil binatang perliharaan kau di laci aku tu!! Cepat!!!!” Merah muka Nieylla menahan marah..Riz bangun dari duduknya.

“Wei! Apa ni?! Kau ada bukti ke aku yang letak?!” Dengan Riak terlalu innocentnya.

“Siapa lagi yang bodoh nak letak benda tu kalau bukan kau!! kau je yang suka dengan benda tu!kan satu species 2 dengan kau…” serang Nieylla.

“Hei! Cakap tu biar berlapis!! Kau tu yang padan dengan makhluk tu!! entah2 kau yang letak benda tu.. nak tarik perhatianlah katakan..” bela Riz pula.

“Wei!!! Kau ingat aku ada masa ke nak buat kerja2 bodoh tu?!! ala, kalau kau nak tarik perhatian aku cakap je lah..” Masih tak mahu mengalah.

“Hah!! Tarik perhatian kau?? simpang malaikat 44lah.. baik aku tarik perhatian Rita..” Jawab Riz

“A aah.. memang padan lah korang berdua tu!! tukang putar belit nombor satu!! Aku tak kira., baik kau ambil benda tu sekarang!!” Teman yang lain hanya mampu terkebil2..

“Jangan harap!!!” Riz dengan selambanya keluar dari kelas itu meninggal Nieylla..

“Nieylla… dahlah tu.. “ Ery menenangkan Nieylla..

“Nieylla geli dengan benda tu..benci betul dengan Riz tu.. menyakitkan hati..” Nieylla mengadu..

“Dah lah adik.. abang dah masukkan katak2 tu dalam plastic.. “ Dani menunjukkan plastic yang mengandungi benda hijau tu..Tiba2 ada rancangan jahat menjengah di kepala Nieylla..

“meh sini benda alah tu.. “ Nieylla mengambil plastic itu dari tangan Dani.. Dani mengerut dahi.

“Nieylla nak buat apa tu??” Tanya Ery.

“Adalah..” Sambil tersenyum nakal. ‘Jangan marah aku kalau benda tu aku buang tempat si‘sotong’ kau tu.bukan salah aku gak.. ni revenge untuk peristiwa di Mcdonald tu..hheehehe’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Rita..” Panggil Nieylla. Delorita mengalihkan pandangannya ke arah Nieylla.

“Wah! Tak sangka kau masih tak malu nak jumpa aku..apa hal kau nak jumpa aku di taman ni?? Tak puas kena maki??”berkata dengan gediknya.

“Aku ada hadiah untuk kau..” Nieylla membuka ikatan plastic itu kemudian menumpahkan isinya ke atas Delorita.

“Ahhh!! Katak!!” Nieylla tersenyum manis melihat Delorita terjerit2 apabila seekor katak itu termasuk di dalam bajunya.

“Bye Rita..” selamba Nieylla meninggalkan Delorita terjerit2 sendirian di taman sekolah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Wah.. puas hati aku..” dengan tenang Nieylla duduk di kerusinya..

“Apa yang kau dah buat??” Tanya Syirah.. faham sangat dengan telatah sepupu angkatnya itu.

“Adalah..” jawab Nieylla.. Syirah mengeleng kepala.

“Eh! Dah lambat sangat dah ni.. Nathalie tak datang sekolah ke??” kata Amy.. baru perasan yang mereka kekurangan ahli.

“Aku call dia tadi tak dapat.. dia off handphone.. tak hadir lah tu kot..” jawab Lulu.

“Apasal ya??” Nieylla hairan..

“Mungkin ada masalah dengan mummy and daddy dia lagi kot..” Teka Syirah..

“Oo.. takpelah.. nanti aku cuba call dia..” Kata Nieylla…

“Teruk ke kau kenakan Rita tadi..” Tanya Lulu sambil mencalitkan lip gloss ke bibirnya.

“Tak lah juga.. agak2 macam kena hysteria juga minah tu menjerit..” Selamba Nieylla berkata.. tba2 perbualan mereka terganggu dengan hentakkan kuat di meja Nieylla. Riz merenung tajam mata Nieylla.

“Satu je aku nak Tanya.. macam mana kau tolong keluarkan katak yang termasuk dalam baju Rita tu??” dengan nada nakal Nieylla bertanya.. tanpa rasa gerun dengan renungan tajam Riz. Nieylla berdiri sambil tersenyum nakal.


“Itulah namanya revenge.”Kata Nieylla Kemudian berlalu meninggalkan Riz yang menahan marah..

1 comment:

MaY_LiN said...

hohoho..
nak ngorat cakap jela...