Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Tuesday, June 9, 2009

sekolah_cinta 26

“Nieylla.. percaya lah.. mata aku masih belum rabun lagi lah.. celik lagi mata aku… kau tu yang buta.. percaya sangat dengan lelaki tu..” Kata Riz..

“Aku? Buta? Ke kau?... Ery holiday dengan family dia kelmarin lah..” Kata Nieylla dengan riak tak percaya dengan kata2 Riz.

“Hey Nieylla.. aku Cuma nak tolong kau je.. aku tak nak kau terluka nanti..”
“Hah?? Tak nak aku terluka?? Sejak bila?” Tanya Nieylla sinis..

“Nieylla.. aku nampak Ery berpeluk lagi dengan perempuan lain.. takkan aku nak reka cerita pulak..” Riz masih mencuba meraih kepercayaan Nieylla.

“ Look Riz.. kau tuduhlah Ery apa2 pun.. aku takkan percaya.. maaf..” Nieylla berjalan meninggalkan Riz.. kemudian dia menghentikan langkah… berpaling menghadap Riz…

“And lagi satu.. aku tak perlu sesiapa untuk bagitahu aku siapa Ery.. aku
kenal dia..” Sambil tersenyum sinis Nieylla berjalan meninggalkan Riz yang tergamam..

“Adus! Bulat2 ayat kau dia bagi balik..” Ken keluar dari tempat persembunyiannya..

“Sibuklah kau..” Kata Riz bengang..

“Aik? Marah aku pulak.. tu lah.. sekarang ni Allah S.W.T bayar tunai tau.. “ Usik Ken lagi..

“Diam boleh tak..” Dengan seriusnya.

“Uik?.. takkan serius..” Ken tersenyum sinis.

“Kenapa ni.. serius je kawan kita sorang ni..?” Im datang tiba2 menyampuk.

“Jeles dengan Ery.. tulah.. Ego..” Jawab Ken.. Riz menghadiahkan renungan tajam.

“Dah2.. kang korang pulak yang bergaduh.. jom kita lepak kat Café Cyberlove..” Ajak Im..

“Ada apa2 ke kat Cyberlove tu?” Tanya Ken sinis..

“Untuk aku ada.. untuk korang takdelah..” Kata Im sambil tersenyum..Ken menggeleng kepala.. ‘ni lagi sorang.. ego..!’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hai.. nak order apa?” Ceria Syirah mengambil order.. Im tersenyum.. (dalam hati)

“Aku nak nasi goreng pataya.. dengan juice oren ya..” Kata Ken.. Syirah mengangguk kemudian mencatatkan dalam kertas yang dibawanya.

“Im nak Mee goreng ayam jelah.. pedas sikit ya.. dengan coca cola ya..” Order Im pulak.. Syirah tekun mencatat.

“Riz pulak?..” Tanya Syirah..

“Bagi nasi goreng patah hati kurang pedas satu.. kalau boleh letak limau sikit.. biar ada rasa masam sikit.. biasalah.. hidup ni bukan selalunya manis..” Kata Riz dengan nada orang putus cinta dan muka yang takde perasaan langsung.. Syirah tercengang mendengar permintaan Riz.. Ken ternganga.. Im mengerut kening..

“Nasi goreng patah hati??” Tanya Syirah inginkan kepastian..

“ya.. dengan air dua hati terpisah kurang manis satu..” Bernada seperti orang mamai..

“Buat je Syirah..” Bisik Im apabila melihat Syirah ingin membuka mulut membantah..

“aku akan sedaya upaya buat tempahan kau tu..” Kata Syirah yang sedikit kebingungan sambil menilik2 menu harian café mereka.. ‘ada ke menu tu? macam mana nak buat ni..’

“Hai guys..” Sapa Ery dan Nieylla serentak..

“Hai..” Jawap Ken Dan Im.. ‘bad timing..’ bisik hati Im dan Ken..

“Aku nak pulang dulu.. nak bagi makan kucing kat rumah.. “kata Riz.

“Wei Riz.. kejaplah..awalnya nak pulang..” Larang Im.. tetapi Riz terus berlalu meninggalkan mereka.

“Bagi makan kucing?? Sejak bila dia okay dengan kucing??” Ken bermonolog..

“Kenapa tu??” Tanya Ery.. Im menjungkit bahu..

“Biarlah dia Ery..” Kata Nieylla selamba..

2 comments:

MaY_LiN said...

aduhai...
ade org patah hati

Anonymous said...

Aa..le..ada org patah hati..2 le bile dia ada x hrgai..bile dh jauh bru tcari2...