Skip to main content

Sekolah_Cinta 27

“Nathalie.. mummy dan daddy nak bercakap dengan Nathalie kejap…” Kata Datin Mila perlahan.Nathalie mendengus kasar.

“Nak cakap apa?” Kata Nathalie dengan nada mahu tidak mahu je dia bercakap.. geram kerana di ganggu ketika sedang membuat kerja rumah yang bertimbun.. ‘thanks to Nieylla.. naik juling aku tengok kerja rumah ni..’

“Kejap je Nathalie.. kita cakap kat ruang tamu ye.. mummy tunggu Nathalie kat bawah..” Datin Mila menutup kembali pintu bilik anaknya itu.. Nathalie mengeluh panjang.. Dengan berat hati Nathalie menganggak kakinya berjalan menuju ke ruang tamu villa itu..

“Ada apa Mummy?? Daddy?? “ Nathalie memandang wajah ibubapanya. Dato Kamal melipat kembali akhbar yang di bacanya.. Datin Mila menyuruh anaknya duduk di sisinya. Nathalie hanya mengikut.

“Dua hari Nathalie tidur di rumah orang.. rumah siapa?” Dato Kamal Memulakan mukadimmahnya.. Awalnya memang dirinya begitu marah apabila mengetahui yang anak gadisnya menjalinkan hubungan seorang jejaka. Tapi kata2 yang keluar dari mulut anak muda itu membuatkan dia sedar yang dia seorang ayah yang begitu tidak bertanggungjawab.. Dia mengeluh panjang.. Nathalie tersenyum sinis mendengar pertanyaan Daddynya.

“Tak sangka.. sedar juga mummy dan daddy yang Nathalie tidur di rumah orang..” Jawab Nathalie sinis.. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.. tidak mahu menengok muka mummy dan Daddynya.. tanda protes..

“Nathalie.. mummy tahu yang mummy agak sibuk kebelakangan ni..” Datin Mila memegang tangan anaknya..

“Kebelakangan ni?? Sejak dulu lagi Mummy.. sampai Nathalie boleh lupa macam mana rupa mummy Nathalie.. setiap hari Nathalie menumpang kasih sayang ibu orang lain.. setiap hari Nathalie makan masakan orang lain.. Dan setiap kali H.A.C Nathalie di wakilkan ibu orang lain.. Dan daddy… setiap hari Natahlie tak sempat pun nampak muka daddy.. apatah lagi nak salam tangan Daddy.. Nathalie cemburu tengok kawan2 yang lain.. keluarga dorang lengkap sangat...sedangkan Nathalie??” Datin Mila dan Dato Kamal terdiam mendengar luahan hati anak mereka.. Nathalie sudah menangis teresak2.. (H.A.C= hari anugerah cemerlang la..hehe)

“Nathalie.. maafkan mummy.. Mummy tak sedar selama ni..” Sedih hati seorang ibu melihat anaknya teresak2 kerana kesilapannya..

“Sejak kak Nadine pergi.. kita dah renggang.. Daddy pun salah.. tak pernah fikirkan perasaan Nathalie.. Daddy janji takkan ulang lagi…” Dato Kamal sudah mengalirkan air mata..Dia memeluk erat anaknya itu.. sungguh dia terasa begitu rindu dengan anaknya… kedua2 anaknya.. memang dia tak dapat membelai anak sulungnya lagi kerana Nadine sudah pergi untuk selama2nya.. Tapi dia masih ada Nathalie.. Mereka berdua masih ada Nathalie yang memerlukan kasih sayang mereka..

“jangan janji Daddy..please.. Nathalie nak Daddy dan mummy je.. jangan berjanji dengan Nathalie..please..” Bisik Nathalie dalam tangisan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hello Kelas 5 Platinum!!! I’m back!!” Nathalie menjerit ceria.

“Yeah… Nathalie.. miss you so much!!” Nieylla turut menjerit gembira.. Syirah dan Amy tersenyum..

“Mana kau menghilang Nathalie??” Tanya Syirah dalam nada melawak.. sempat lagi dia mengalihkan pandangan seketika ke arah Lulu yang sedang duduk dengan mulut yang terkumat kamit.. entah apa yang di bebelkan temannya itu.

“Eh? Korang tak tau ke?? Aku kan baru balik dari HOneyMoon…” Nathalie berlawak..

“Lah… apasal tak bagi kat jemputan kawin kau kat aku… kahwin tak bagitahu kawan. “ Kata Amy menambah..

“Hisy! Kau ni Amy.. aku nak jimat baget.. kawin kat jakim je…hahaha” Nathalie masih lagi berlelucon..

“Cakap je lah kedekut.. “ Kata Nieylla.. mereka semua tertawa.,

“Eh?? Kenapa kawan korang yang sorang tu?? mulut terkumat kamit… entah sedar entah tidak aku menjerit tadi..” Bisik Nathalie sambil merenung Lulu yang sedang menghempas2 bukunya tanda geram sambil mulutnya seperti menutur perkataan tanpa suara.

“Lahh.. dia dah memang psyco dari dulu tu.. kau je baru sedar.. “ kata Nieylla selamba.. Amy tersenyum kemudian berjalan kea rah Lulu.. dia mengejutkan Lulu dari khayalannya.. ‘takut kena hysteria lak budak ni..’

“Wei Lulu.. kau kenapa ni??” Kata Amy..

“Kau dah makan ubat ke tadi??” Tanya Nathalie pula.. Lulu menggeleng..

“Aku tak puas hati ni!” tiba2 Lulu meninggikan suara..

“kau pehal??” Tanya Nieylla pelik,,

“budak Ek tu lah.. merajuk macam budak2.. senang lagi pujuk budak2..dari dia yang tua bangka tu..” Bebel Lulu.

“Kenapa lak?? Dia merajuk dengan kau ke??” Tanya Amy..

“Ahha.. Dia merajuk dekat aku… Dah beberapa jam aku sampai kat sekolah ni.. tapi takde pun dia kacau aku…” Lulu mencebik. Mereka ber4 tersenyum..

“Alahai.. selalu dia kacau kau.. kau naik angin.. ni dia tak kacau pun kau naik angin..” Perli Nathalie..

“Kan aku dah kata.. Dia ni memang Psyco cket..” Nieylla melawak..Muka Lulu makin berkerut.. ‘bukan nak tolong aku.. diperli gak aku ni..’

“Wei..,korang ni kawan aku ke? Tolonglah cket tenangkan hati aku ni… bukan tolong pijak2.. kecil hati aku..” Kata Lulu dengan nada sayu yang di buat2..

“Yelah tu.. nak kitaorang tolong apa?? Kau yang cari pasal… Berjanggut mamat tu tunggu kau kat Café tau..” Kata Syirah pula..

“Oh ye ke?? Masa dia datang rumah aku.. tak nampak pun janggut dia..” Selamba Lulu berkata sambil tersengih..

“Laahh.. dia dah shave la tu.. “ Kata Syirah mengikut rentak Lulu yang agak gila2..

“Mungkinlah..” Kata Lulu sambil menggosok2 dagunya seperti orang yang tengah berfikir.Nieylla menggeleng kepala.. Amy tersenyum.. Nathalie… ‘Dua2 sengal’ bisik hati Nathalie..

“Dah2.. Kita cakap pasal ni nantilah lepas sekolah.. Ciku Rose dah sampai tu..” Kata Nathalie sambil berjalan ke tempat duduknya..

“sidang mesyuarat bersurai..” Kata Amy.. Mereka tersenyum.,. Kembali kepada watak seorang pelajar.. semua tekun mendengar Cikgu Rose… Walaupun semua tak faham apa point penting yang diperkatakan oleh Cikgu Rose.. ‘Hentam saja lah…’

Comments

MaY_LiN said…
hihihi..
lulu rindu ke..?
huhu...
lulu dh stat suke kt ek kot...
bes...
smbg cpt tau...
Anonymous said…
ye..ye..lulu dh suke kat ek..
tp ego..cpt smbng yek..
x sabr nk thu cite slpsny..

Popular posts from this blog

143 senior empat mata!

Bosan.. jadi buatlah cerpen syok sendiri.. kalau rajin bacalah n comment ek.

“Hoi!!”
“Opocot mak kau jatuh!”

Huh! Jatuh bersepai jantung aku dengan jeritan yang sungguh kurang ajar itu. Menggelegak juga jantung,hati,hempedu aku sekarang ni. Farhan yang sedang bercekak pinggang di hadapannya dijeling tajam.

“Dah la kau tak buat apa yang aku suruh! Kau sumpah mak aku jatuh lagi!!”

E’eh.. aku tak main sumpah-sumpah ni.. Ingat ni cerita sumpah bunian ke apa..

“Saya terkejutlah! Mana ada terniat di hati saya yang murni lagi suci ni nak menyumpah.”

Farhan masih mempamerkan rupa garangnya..

“Kau cium tiang basket ball tu sekarang.. dalam masa 10 saat”

“Hah?!”

Bingung. Tangannya sudah mengaru kepala yang tidak gatal itu.

“Sekarang!!!!”

Oleh kerana perasaan gemuruh meluap-luap apabila mendengar jeritan itu, Helina berlari ke arah tiang basket ball dengan lajunya.

“Ekkkk....”

dum! Hah, kan dah terover limit.. tu bukan lagi cium.. tu tersembam namanya. Akibat rasa gemuruh yang dialaminya. Helin…

143 senior empat mata! part 2

“Hah! Dah balik.. apa lagi minah sebelah tu kirim? Kirim salam? Kirim surat? Atau kirim kuih? Kalau kuih bagus juga... tengah lapar sekarang ni”

Memang sudah menjadi kebiasaan buat Farhan bila saja adiknya pulang dari rumah sebelah. Pasti Helina mengirim sesuatu. Jemu jugak mendengarnya. Tapi kalau Helina mengirimkan makanan, memang habis dimakannya. Pandai pula anak jiran mereka itu memasak, ingatkan tahu nak mengatal je.

“Tak... mulai hari ni abang dah takkan dapat lagi segala jenis kiriman yang membuatkan abang jemu selama ni.. sebab Lina kata, dia dah benci abang.. jadi kiranya, abang dah menang.. abang dah berjaya buat dia benci kat abang.. tahniah.”

Kata Harissa dengan suara cerianya. Haris Farhan tersenyum.

“Akhirnya.. itu yang abang suka dengar.. tapi Tupperware yang Rissa pegang tu, dari dia untuk abang kan.. jadi ertinya tak serik lagi la budak tu nak menggatal..”

“Eh.. tak.. kek keju kegemaran abang ni untuk mak dengan ayah.. untuk abang takde..”

Saja ditekan perkataan kegemaran …