Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Sunday, June 21, 2009

Sekolah_Cinta 28

“Jadi apa masalah kau ni Lulu?…” Tanya Nathalie.. Sungguh dia pening dengan tingkah kawannya yang seorang ini. Pelik?? Memang pelik pun.. Dia tak tahu kenapa remaja sekarang ego2 semuanya..(Ceh.. macam dia bukan remaja.) Lulu mencebik.. membuat muka seposennya.

“Kau sayang dia ke tak ni??” Tanya Amy. Lulu mengangguk lemah.. kalau bukan tingkah Ek yang mempamerkan muka masam macam asam kecut sepanjang minggu di hadapannya, tidak mungkin dia mengaku depan kawan2nya itu.. tapi di tebalkan juga muka untuk meminta nasihat dari teman2nya..

“Aku rasa baik kau tebalkan muka..” Tiba2 Syirah menyempat lagi menyampuk perbualan teman2nya walaupun sedang sibuk berkerja sekarang.. Dia berfikir seketika.. “Eh,, tak payah tebalkan muka.. make up kau pun hari2 dah tebal.hehehe..” Syirah cepat melarikan diri apabila melihat Lulu mahu bangun mengejar dirinya..

“Hisy! Korang ni nak tolong aku ke tak?? Kenakan aku pulak..” rungut Lulu.. Teman2nya sudah tersenyum menahan ketawa. Mungkin terasa lucu dengan sindiran Syirah.

“Relaxla Lulu.. aku tahu kau rindu dengan sindiran2 Ek tu.. tu yang Syirah nak leraikan kerinduan kau tu..” Nieylla sudah tertawa mendengar kata2nya sendiri. Muka Lulu sudah memerah.. muncungnya sudah memanjang.

“Nak tolong ke tak ni?..” Tanya Lulu lagi dengan nada2 mahu menangis..

“Pulak da.. emo ke?? Relaxla.. nanti kita buat perancangan nak maniskan balik muka Ek tu ya..” Pujuk Amy..

“Kau ada idea tak Nieylla??” Tanya Nathalie.. kesian pulak tengok muka Lulu.. tulah, dulu tak nak. Sekarang dah menangis2..

“Aku?? Idea?? Janganlah.. Idea aku tu bukan lagi gila.. tapi cukup ‘Gilak2’.. “ Kata Nieylla sambil tersenyum.. memang ideanya cukup gila sehingga seorang pun kawannya tidak perasan dengan ideanya. Nathalie menjungkit bahu.. tak mahu ambil tahu idea ‘Gilak2’ temannya itu. Kang menangis meraung pulak Lulu. Tiba2 perbualan mereka diganggu oleh Riz.. Tanpa kata Riz menarik tangan Nieylla.. Nieylla yang terkejut terus menjerit hingga menjadi perhatian pengunjung café itu..

“Tolong aku.. ada orang gila nak kidnap aku!!!” Jerit Nieylla.. Meja mereka jadi tumpuan pengunjung café itu.. Nathalie, Amy dan Lulu menutup muka dengan beg2 sekolah mereka.

“Aku tak kenal siapa menjerit tu..bukan kawan aku…” Selamba Nathalie berkata untuk menyelamatkan diri dari menanggung malu..

“How could you!! Aku mengadu kat abang aku..” Masih kedengaran suara Nieylla walaupun Riz sudah menariknya ke luar café..

“Nieylla.. cuba kau diam cket.. malu aku tau!” kata Riz sambil menghentikan langkahnya. Tetapi tangan putih Nieylla masih belum dilepaskan..

“Tau pun malu.. pegang tangan anak dara orang tak malu pulak.. kalau kau nak bawa aku kawin lari pun bukan hari ni.. hari ni tuk kadi busy.. pejabat JAKIM pun tutup..” Selamba Nieylla melalut.. Riz yang mendengar mengerut keningnya..

“Bila masa aku cakap nak bawa kau kawin lari.. hisy! Kalut betullah minah ni.. aku nak bawa kau tengok sandiwara boyfriend kesayangan kau tu! biar terbuka sikit mata kau tu.. naïf!” Kata Riz selamba sambil mengeratkan pegangan tangannya.. Nieylla masih lagi meronta2 mahu melepaskan tangannya.

“Hisy.. Ery bukan pelakonlah nak bersandiwara2 ni.. kau tu yang patut pakai cermin mata..” Masih menafikan kata2 Riz.. Riz mengetap bibir geram.. Dia menarik Nieylla ke tempat dia ternampak sepasang kekasih dua sejoli itu, Riz memegang kepala Nieylla dan memaksa Nieylla menghala padangannya ke hadapan.

“ Kau pandang depan tu.. jangan pandang kiri kanan.. kau strait je pandang depan.. lepas tu bagitahu aku siapa yang patut pakai cermin mata?!” Kata Riz menahan geram. Riz menyedari gadis di sebelahnya itu tersentak hebat apabila menyedari tiada lagi rontaan dari gadis itu. Dipandangnya wajah gadis itu.. tiba2 hatinya sayu melihat air mata yang berjuraian itu.. Di lepaskan tangan Nieylla.. Nieylla yang terkejut melihat Ery di hadapan mereka terus berlari tanpa arah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Tak habis menangis lagi?” Tanya Riz perlahan.. Selama satu jam membiarkan Nieylla melayan perasaan baru dia mendekati Nieylla yang sedang teresak2.. Gadis itu duduk diam di atas kerusi di taman itu.. tidak menjawab soalan Riz.,

“ Kenapa kau datang sini?? Mesti kau nak ketawa kan aku kan?? Ketawalah.. “ Kata Nieylla melepaskan perasaan pada Riz.. Riz mengeluh lemah..

“ Apa yang buat kau ingat aku akan ketawa melihat kehancuran kawan sendiri??” Tanya Riz perlahan.. hatinya sedikit terguris mendengar tuduhan Nieylla.. Niatnya hanya untuk memberitahu Nieylla yang Ery tu bukan sebaik yang di sangka. Dia tidak senang melihat perwatakan Ery.. Dia teringat perbualannya dengan Ken beberapa hari lalu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kenapa kau selalu nak cari salah Ery ya??” Tanya Ken. Dia mengambil tempat duduk berhadapan Riz.

“Entah.. aku rasa dia tak jujur dengan si Nieylla tu.. “ Jawab Riz selamba..

“Kenapa?? Tak senang hati?? Ke kau jeles tengok dorang berdua??” Ken serkap jarang..

“Heh? Jeles? Di mana kau dapat idea mengarut ni.. just curious okay.. bukan ada apa2..” Riz menafikan apa yang Ken katakana. Sedar tak sedar dia juga turut menafikan perasaannya yang kian berbunga2.. (Ceh! Sejak akhir2 ni.. dah pandai da aku ber ayat jiwang ni..)

“Tipulah aku Riz.. aku nak tengok sampai bila kau nak tipu orang di sekeliling kau..” Kata Ken.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suara Ken kian menghilang.. yang ada sekarang ialah esakan Nieylla yang seperti di peksa2..

“Jahat sangat ke aku ni?? Even Ery pun tak minat dengan aku. And mungkin takde pun minat dengan aku...” Tanya Nieylla dalam nada sayu.. dalam hati.. ‘Aduh.. pedihnya..’

“Janganlah cakap macam tu.. kau cantik, baik.. siapa kata takde orang tak minat kau??” Pujuk Riz lagi..

“Siapa lagi yang minat dengan aku ni.. “Kata Nieylla. Mukanya dah macam asam kecut da..Mata pun dah macam keturunan panda/

“Aku..” Jawab Riz antara yakin tak yakin.. Nieylla merenung tajam mata Riz.. ‘Adush! Renung aku macam tu apasal.. cari aku beb…’

“Kau?? hah?? Kucing dah bertanduk ke?? HAhaha” Nieylla tergelak sambil menekan2 perutnya.. Riz kepelikan.. Dah GILAK ke gadis di depannya itu.. Seperti lucu dengan pengakuannya itu..atau????

3 comments:

MaY_LiN said...

o-o..
tercakap suda..
hihihi
go go chaiyoo

Anonymous said...

yes!Riz dah mluahkn prsaan dia...
x sbr nk thu smbngn citer nie...

Anonymous said...

hahak....best citer nih......!