Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Monday, June 29, 2009

Sekolah_Cinta 29

“Wei!! Agak2 la pun berpeluk tu.. macam tak nak lepas aku tengok..” Marah Ken.. Ery tersenyum.. Melissa tertawa

“ala Ken.. bestla peluk2 Melissa ni.. gebu..” Ery Cuma memanaskan hati Ken..

“Gebu..gebu.. sekali aku bagi kau tumbukan sulung.. pipi kau tu yang menggebu2 kang..” Kata Ken sambil menarik tangan Melissa yang masih tertawa melihat gelagat Ken..

“Aik? Marah nampak.. peluk sikit2 pun tak boleh.. kedekut la kau ni Ken..” Kata Ery

“apa pulak kedekut? Nak pinjam, buatlah cara pinjam.. ni yang kau peluk macam tak mahu lepas apasal.. Ni lagi girlfriend kesayangan aku ni.. kesyokkan sangat kena peluk..” Bebel Ken..

“Ala.. bukan apa.. biar real sikit.. barulah Riz percaya bulat2 yang Ery ni kasanova..” Balas Melissa pulak..

“Yelah tu.. bulat2 juga mata aku ni terbeliak tengok kamu berpeluk.. langsung takde dalam perjanjian kita tau..” Marah Ken lagi.. ‘Bukan marah..cemburu, siapa tak sayang girlfriend ..’

“Hehehe.. kau ni Ken.. kuat cemburu juga rupanya..” Ery tertawa..

“Tulah.. kuat sangat cemburu dia.. “ Tambah Melissa lagi.. Ken turut tersenyum..

“Tapi rancangan ni dah menjadikan??” Tanya Ken. Ery menjungkit bahu..

“Terpulangla dengan Nieylla yang menjayakan rancangan..” Jawab Ery..

“Tak sangka otak Nieylla tu bergeliga.. pandai betul berlakon.. tambah2 lagi dengan air mata palsu dia tu.. mesti berjaya punyalah..” Kata Melissa..

“Well., kita wait and see la..” Kata Ery..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kuang asam betullah kau ni Nieylla.. Hidup2 kau tipu aku!!” Marah Riz dalam kelegaan.. Nieylla masih lagi tersenyum2.. Tapi matanya masih lagi pedih kerana kesan minyak cap kapak itu masih lagi terasa.

“Hidup2 lah aku tipu kau.. kalau kau dah mati mana aku boleh tipu kau..” Jawab Nieylla selamba.

“Menjawab..menjawab.. tak sah kalau tak jawab..” Marah Riz lagi..

“Tak kisahlah.. yang penting kau dah kata kau suka kat aku..” Masih lagi dengan nada yang agak selamba..Muka Riz sudah memerah menahan malu..

“Mana ada aku kata aku suka kat kau!” Nafi Riz.. Nieylla mengadap muka Riz..

“Tapi kau kata kau minat dengan aku!!” Nieylla Tak malu mengalah.

“Ah.. mana ada! Aku tak kata langsung yang…..” Belum sempat Riz menghabiskan ayatnya Nieylla sudah menekup mulutnya.. mata Nieylla tajam menikam mata Riz.

“ Jadi?? Kau nak couple aku ke tak nak ni??” Tanya Nieylla.. Terbeliak mata Riz akibat terkejut mendengar pertanyaan Nieylla.. ‘Beraninya minah ni.. Bukan aku ke sepatutnya cakap begitu..’ Riz kebingungan. Dia menarik tangan Nieylla yang menutup mulutnya dari bersuara.

“Tak nak!” jawab Riz selamba kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya.Kemudian menekan2 punat telefon itu. Tanpa kata Dia pergi jauh sedikit dari Nieylla agar Nieylla tidak mendengar perbualannya itu. Nieylla menarik muncung. Menahan air matanya dari jatuh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hello.. ye papa.. Ery ni..” Ery sempat melambai ke arah Ken dan Melissa yang berjalan mendahuluinya.

“Ery.. kata nak bercuti 2, 3 bulan je di Malaysia.. sekarang ni dah bulan ke4 dah.. tak nak balik dah ke? Atau dah dengan orang kat sana? “ Tanya Dato’ Murshid sambil bergurau.

“Eh! Takdelah papa.. cuti sekolah Ery kan masih ada lagi seminggu.. terasa rindu sangat kat Malaysia.. tu yang lama sangat Ery kat sini.. tapi papa jangan risau.. next week Ery balik..” Kata Ery..

“Okaylah Ery.,, papa tak kisah pun kalau Ery tak nak pulang sini.. lagipun Malaysia kan kampung halaman Ery.. sejauh2 bangau tu terbang,, last2 dia hingga juga balik ke belakang kerbau kan.. Pilihan di tangan Ery.. Papa tak kisah..” Kata Dato’ Murshid dengan sporting.

“Takpe lah papa.. takde apa2 buat Ery lagi kat sini..” Kata Ery.. sedar tak sedar nada suaranya seperti kecewa.

“Aik? Macam orang putus cinta je Ery..” Kata Dato’ Murshid sambil tergelak. ‘putus cinta?’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Imbas kembali…

“Jadi kau balik sini sebab rancangan gila2 si Nieylla tu??” Tanya Im..

“Yelah..” jawab Ery..

“Kenapa kau setuju??” Tanya Ery lagi.. Ery tergelak.. gelak yang dibuat2..

“Apa maksud kau ni?? Dah Nieylla minta tolong.., mestilah aku tolong dia..”Jawab Ery lagi..

“Kau tahu apa maksud aku Ery.. Buat apa nak bunuh diri sendiri..” Kata Im sambil melihat bintang2 yang berkelipan di langit.

“Itu namanya penngorbanan kan?” Tanya Ery perlahan..

“Pengorbanan?? Kena mengalah sebelum bertanding?” Kata Im tak puas hati..

“Bukan mengalah sebelum bertanding.. Sememangnya aku tak layak ikut bertanding..” Jawab Ery

“”Kalau sebab kau tinggalkan dia dulu tu yang membuatkan kau tak layak bertanding aku fikir itu nonsense.. Hal tu dah lama berlalu..Kau patut cari kebahagiaan kau..” Nasihat Im lagi kepada Ery.. Ery tersenyum pahit.

“Kalau sebab itu.. aku boleh minta maaf dengan dia dan pikat hati dia semula.. Tapi kalau di hati dia tu dah takde ruang untuk aku.. aku nak buat macam mana?? “Tanya Ery kecewa.. Im mengeluh perlahan.

“Jadi kau nak mengalah??” Soalan Ery di balas dengan soalan.

“Bukan mengalah.. Tapi memberi laluan kepada Riz.. kalau Riz mensia2kan Nieylla.. aku tak teragak2 nak masuk bertanding..” Kata Ery sedikit bersemangat.

“Yelah tu..” Kata Im sambil tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Ery.. Ery.. kamu dah pengsan ke ni?!” Jeritan Dato’ Murshid dari hujung talian mengejutkan Ery dari lamunan..

“Opps.. sorry papa.. terkhayal kejap..” Jawab Ery agak sedikit kelam kabut.

“His! Kamu ni.. betul2 dah teruk dah.. agak2nya siapalah yang buat anak papa jadi teruk begini..Kalau mama kau tahu mesti di terus masuk meminang.” Kata Dato’ murshid.. Ery tersenyum.. Terbayang gaya papanya yang sedang menggeleng kepala melihat tingkahnya.

“Papa ni.. takde siapa2 la.. okayla papa.. jumpa next week..” Kata Ery..

“Okay.. ur mum kirim salam.”

“Wsalam..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Aik? Panjangnya muncung tu.. “ tegur Riz..sengaja menyakat Nieylla.

“Telefon siapa tadi?!” Tanya Nieylla..

“Aik? Belum ada apa2 dah kena queen control?” Masih lagi mahu memainkan Nieylla.. suka dia melihat riak wajah Nieylla seperti kanak2 kehilangan gula2 itu..

“Takpe lah kalau taknak bagitahu..” Dengan suara sayu dan muka macam asam kecut Nieylla mula melangkah meninggalkan Riz.. Tapi lengannya dipengan kemas oleh Riz.

“Aku telefon Delorita tadi..” Jawab Riz selamba.. Kenyataan Riz itu membuatkan Nieylla merentap kasar pegangan Riz.. tapi oleh kerana Kudrat Riz sebagai seorg lelaki membuatkan tangannya masih menjadi ‘tawanan’ tangan Riz.

“Aku minta putus dengan dialah tadi..” Kata Riz sambil tersenyum.. Nieylla masih lagi memuncung.. ‘acctually tengah control muka ni..’omel Nieylla di dalam hati. “Kita couple nak??” Tanya Riz..

“Lepasla dulu tangan aku.. sakit tau..” Kata Nieylla. Riz melepaskan tangan Nieylla kerana kesian melihat kerutan kesakitan di wajah Nieylla.. Sebaik saja tangannya di lepaskan Nieylla terus berlari meninggalkan Riz..

“Kau cari cara yang lebih romantic lagi kalau nak bawa aku couple.. barulah aku terima..” Kata Nieylla setelah jarak anatara dia dan Riz agak sedikit jauh..

“Kalau nak romantic lagi.. aku terpaksa suruh parents aku bawa rombongan pergi rumah kau..” Balas Ery..

` “Huh! Tak percaya langsung kau berani buat..” Kata Nieylla agak sedikit berlagak.

“Mencabar nampak??” Kata Riz..

“Prove what u saying.. then barulah I trust u..” Kata Nieylla lagi

“Okay...kalau Riz bawa my parent datang rumah Nieylla.. Nieylla setuju tak terima Riz??” Tanya Riz..

“Ahha!” Jawab Nieylla dengan yakinnya.. Dia tahu yang Riz takkan berani punya nak bawa parent datang rumahnya.

“Okay.. Riz datang malam ni..” Jawab Riz dengan yakin.. Nieylla terkedu.. ‘alamak.. macam nekad je mamat ni.. matilah aku….’

2 comments:

MaY_LiN said...

hahaha..
mesti trekujat mana n papa nnti..

Anonymous said...

akhirnya Riz dgn Nelly bsma...
tpkn sian kat Ery trpksa pndm prsaan...