Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Wednesday, July 1, 2009

Sekolah_Cinta 30

“Adik.. mama suruh turunlah.. apa ni anak dara sorang ni.. berkurung je kat dalam bilik..turunlah.. tolong mama siapkan apa yang patut..” Bebel Dani dari luar bilik. Nieylla yang sedang bersenang lenang di atas katil mencebik. ‘bisinglah abang ni..’ Sekali lagi ketukan kedengaran di pintu biliknya. Di kerahkan juga kakinya melangkah membuka pintu.

“Yelah2..abang ni bisinglah.. nasib pintu bilik adik ni kebal.. kalau tak dah lama jatuh menyembah bumi.” Dani Tersengih. Ditarik tangan adiknya turun ke ruang tamu villa mereka. Nieylla hanya mengikut.

“Hah! Baru turun anak dara ni.. “ Mukadimmah untuk membebel dari mama mereka.Nieylla tunjuk muka tidak bersalah sambil tersengih. Puan Maria hanya menggelengkan kepala.. “Tolong mama kat dapur. Hari ni ada tetamu nak dinner kat sini..” Terbeliak mata Nieylla mendengar kata2 mamanya. ‘TETAMU??’

“Tetamu? Siapa nak datang ma?” Tanya Dani..

“Entah,, kawan papa..” Jawab Puan Maria kemudian menarik tangan anak perempuannya ke dapur. ‘Oo.. nasib baik kawan papa’ Nieylla menarik nafas lega.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Wah.. akhirnya siap juga semua masakan.. penat betul..” Kata Nieylla sambil tersenyum. Puan Maria mencebik.

“Penat2.. baru kena suruh potong bawang dah penat.. macam mana lah kamu ni adik.. nak suruh masak pun liat..” Bebel Puan Maria lagi sambil tangannya tidak diam mengemas meja makan. ‘nak tunggu si adik buat.. hemm.. kena fikir seratus kali..’

“Wah!! Banyaknya lauk yang mama masak.., kecur air liur tengok semua lauk ni..mesti sedap ni..” Kata Dani memuji.. selepas mendengar suara adiknya dari ruang makan dia terus menyerbu ke sana..

“Emm.. Pukul berapa kawan abang tu sampai?” Tanya Puan Maria kepada suaminya. Engku Raziq melihat jam di pergelangan tangannya..

“Kejap lagi kot.. janji pukul 8.. kejap lagi sampailah tu..” Kata Engku Raziq sambil menggosok2 kepala anak bongsunya yang kelihatan kepenatan.. “Adik masak apa tadi?” Tanya Engku Raziq sengaja mengusik.

“Ya Allah bang.. kalau anak awak pandai masak.. saya buat sujud syukur terus bang.. ni tak.., nak tunggu dia masak, alamatnya semua makan roti kering jelah malam ni..” Mendengar saja kata Puan Maria. Dani dan Engku Raziq terus tertawa. Nieylla menarik muncung.

“Takpelah mama, nanti lepas spm terus je hantar dia pergi kelas memasak..” Bela Dani. Kesian melihat muka asam kecut adiknya itu. Perbualan mereka anak beranak terganggu apabila kedengaran ada orang memberi salam..

“Waalaikumsalam.., masuklah..” Kata Engku Raziq.. Dan melihat saja tetamu istimewa mereka pada malam ini membuatkan rahang bawah seperti ingin terjatuh ke lantai……

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Terkejut??” Tanya Riz ketika mereka berdua2an di taman rumah Nieylla.. ‘sebenarnya 3 orang.. budak kecik ni pun kena kira gak..’

“Mestilah.. tapi nasib bukan datang nak merisik..” Kata Nieylla sambil tersenyum. Dia suka melihat perwatak Riz pada malam ini..suka melihat cara Riz dengan cermatnya mendukung adik bongsunya yang berumur setahun itu.

“Nape?? Nak suruh Parent Riz melamar juga ke? Boleh je..” Selamba Riz ingin menggertak Nieylla..

“His! Taknak lah.. siapa yang nak..” KAta Nieylla sambil menjelir lidah kepada Riz..Padahal dia tersenyum di dalam hati..

“Mana Dani??” Tanya Riz setelah menyedari Dani hilang selepas saja menjamu selera.

“Dia bergayut dengan Amy dulu.. kejap lagi dia turun.. Siapa nama adik Riz ni??” Sambil mencuit2 pipi gebu bayi itu..

“Ayu Qalisha..Comelkan pipi dia.. Riz selalu cubit2 je pipi dia yang tembam ni..” Kata Riz sambil mencubit2 pipi adiknya itu..

“Comellah.. patutlah dia macam mahu tak mahu je kena dukung dengan Riz.. rupanya Riz selalu buli dia ya..” Kata Nieylla..

“His.. takdelah membuli.. cubit2 je.. siapa suruh dia.. pipi tembam sangat..” Riz tidak mahu mengalah.. Ayu Qalisha hanya berserah saja bila Riz mencubit manja pipi gebunya untuk kesekian kali..

“Wah! Romantiknya.. macam aku tengah tengok rancangan keluarga bahagia je ni..” Kata Dani tiba2 muncul dan menyampuk..(Amaran: menyampuk tak baik untuk kesihatan..heheh)

“Abang ni suka sangat menyampuk.. tengok Ayu dah terkejut..” Kata Nieylla apabila melihat anak kecil itu sedikit tersentak..

“Oo..sorry..Tak sengaja.. Ayu ke nama dia?” Tanya Dani.

“Yelah.. Takkan Ali pulak..” Kata Riz..

“Abang.., Kita culik Ayu ni.. “

“Amboi! Buat rancangan depan2 aku ni.. kalau nak Ayu masti ambil abangnya juga,.” Sambil mengenyit mata dengan gatalnya..

“His!! Buat apa nak ambik kau tu.. takde faedah..” Balas Nieylla selamba. Baru saja Riz mahu membalas terus saja Dani menghalang..

“Dah2.. Korang ni memang egolah.. kang aku bawa tuk kadi datang cni.. kawenkan je korang berdua ni.. baru aman sikit dunia ni mungkin..” Bebel Dani sambil mengambil Ayu dari pangkuan Riz.. “Ayu dengan abang Dani ya.. kita tak boleh kacau daun kalau orang nak dating.. faham tak?” Kata Dani sambil memandang muka Ayu yang blur..Nieylla Dan Riz tersenyum..

“Jadi?? Kita macam mana??” Tanya Riz setelah DAni sudah jauh dari mereka.

“Kita??nak macam mana lagi??” Soalan Riz di balas dengan soalan..

“Can you be my GIRL??” Tanya Riz tanpa ada sebarang kiasan lagi..

“Dari dulu lagi Nieylla dah ada jawapan untuk soalan tu..dan Ya.. Asal Riz serius dengan Nieylla..” Jawab Nieylla.. Riz tersenyum.. Kedengaran Tawa Ayu Qalisha dari jauh yang mencuit hati.. mereka tertawa..

PETIKAN PUISI RAJA PEDANG DIER:

. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3 comments:

Miss Kira said...

heheeh..
ingatkn dtg merisik..

MaY_LiN said...

aha..
bermula 1 episod br..
hihihi

Anonymous said...

yes nnt ada episode yg lbh mnrk....
x sabar nk tunggu....