Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Sunday, July 5, 2009

Sekolah_Cinta 31

“Abang.. ada orang suruh bagi bunga ni..”Suara itu mengejutkan Ek dari khayalan yang panjang.. Disambut juga huluran budak kecil itu.. budak itu dalam lingkungan 5 atau 6 tahun..

“Siapa bagi ni dik?” Tanya Ek..

“Entah.. ada kakak tu suruh bagi.. lepas tu dia pergi macam tu je..” Ek mengerut kening mendengar penjelasan budak itu.. Budak lelaki itu pergi tanpa menunggu sebarang soalan lagi dari Ek..selang 5 minit selepas itu muncul lagi seorang budak perempuan dengan membawa bunga mawar merah sama seperti bunga yang ada dalam pegangannya kini.

“Abang.. ada kakak tu suruh bagi..” Petah mulut budak yang mungkin berumur 4 tahun itu berkata2..

“Mana kakak tu Dik?” Tanya Ek.. Budak perempuan itu menunjuk ke arah pokok bunga kertas yang besar itu.

“Eh.. dah takde.. dia dah jalan kot..” KAta mulut kecil itu..Ek mengangguk kemudian menyambut huluran budak itu..selang beberapa minit selepas itu datang lagi seorang budak… tetap bunga yang sama.. Ek kebingungan.. ‘Valentine days dah berbulan dah lepas.. apasal ada orang bagi bunga kat aku ni.. ingat aku ni mat bunga ke??’ Bisik hati Ek..

“Abang,,, ada lagi bunga belum di sunting..” Ek terkejut mendengar suara di belakangnya. ‘macam kenal je suara ni??’

“Lulu??” Kata Ek dengan terkejut.

“Eh.. tak..Luisa Lyna..selamat berkenalan..” Kata Lulu dengan muka selambanya.. Ek tahan senyum..

“kau buat apa kat cni??” Tanya Ek.. buat muka serius

“Nak mengurat kau..” Kata Lulu..

“Alah.. mengurat pakai bunga tiga kuntum ni.. tak cair punya hati aku ni.. kau ingat aku mat bunga kea pa??” KAta Ek.. Jual mahal.

“Suka hati aku la.. aku yang nak mengorat.. bukan kau.. “ Balas Lulu pula.

“Yelah tu.. napa kau datang cni?? Sejujurnya..”

“aku tak suka tengok muka asam kecut kau di sekolah.. buruk tau… rimas aku tengok..”

“Ala.. asam kecut pun kau suka kan..” Ek menyakat..

“Tak.. tak hensem.. tak padan dengan aku..”

“Alah muka opera macam kau ni pun tak padan dengan aku tahu..”

“Tahu..” Selamba Lulu menjawab..

“Tapi aku suka kan kau..” KAta Ek perlahan..

“Aku pon.. “ Jawab Lulu malu2..

“Pernah baca puisi pedang dier tak??” Tanya Ek..

“Tak.. Kenapa..?”

“Dia kata… Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu..”

”Jadi?? Nak couple??” Tanya Lulu.. Ek tersengih..

”Naklah.. ”

”Bagi aku 10 sebab??”

”Pertama: aku nak kenal kau dengan lebih lagi.. 2: aku sayang kau.. dan sebab yang seterusnya tetap sama dengan sebab yang ke2.”

”Macam mana sayang kau dengan aku??”

”Aku sayang kau macam.. ni bukan ayat aku la.. tapi sayang aku macam begitu lah..”

”Macam mana??”

”I give you 11 roses, and 10 roses are real.. but 1 is fake.. I will love you until the last roses is die...”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

” Ery betul2 nak pergi?? Ery kata nak stay di sini?? Kenapa nak pergi pulak??” Tanya Nieylla bertalu2..

”Papa Ery suruh pulang sana.. ” Kata Ery dengan rasa bersalah..

”Sekali lagi Ery buat Nieylla macam ni.. Cuma yang lainnya...” Nieylla sudah tak dapat membendung air matanya..

”Cuma yang lainnya Nieylla sekarang dah ada tempat bersandar.. Nieylla dah ada banyak kawan yang boleh gembira kan Nieylla..” Ery menyambung ayat Nieylla.. dia mengesat lembut air mata Nieylla..

”Tak.. Cuma bezanya dulu Ery pergi je tanpa bagitahu Nieylla apa2 pun.. dan sekarang ni Ery bagitahu baru Ery bagitahu Nieylla tapi tu pun sehari sebelum Ery nak bertolak.. Nieylla takde apa2 makna ke pada Ery??” Ery rasa bersalah melihat Nieylla menangis teresak2.. Dia memandang Riz dan Dani untuk meminta pertolongan. Tapi tiada respond dari ke2nya.

”Nieylla.. please jangan begini.. Ery tak mau Nieylla menangis begini..sebab itu Ery tak bagitahu..please jangan menangis lagi..” Pujuk Ery.. tapi makin kuat esakan Nieylla.. Riz mendekati Ery Dan Nieylla..

”Nieylla.. dahla tu.. Bukan Ery tak pulang lagi kat cni.. bila sampai masanya Ery tetap pulang juga kat cni.. sini kan kampung halaman dia..” Pujuk Riz lagi..

”Dah la adik.. Janganla menangis gni.. Kang tak senang hati Ery.. ” Dani menarik adiknya dalam pelukan.. cuba menenangkan Nieylla..

”Nieylla.. maafkan Ery.. Riz, Dani.. kirim salam dengan semua kawan2.. dan jaga Nieylla baik2..” Dani dan Riz mengangguk..

”Okay.. kau bebaik kat sana.. jangan lupa hantar2lah berita.. Im kirim salam..Dia tak dapat hantar kau..” Kata Dani.. Ery mengangguk tanda mengerti.. Im sudah memberitahunya awal lagi.

”Okay.. Panjang umur kita jumpa lagi kan??” kata Riz sambil berjabat tangan dengan Ery.. Ery melangkah ke balai berlepas dengan berat hati.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.., setiap perpisahan pasti ada hikmahnya... Ery berpaling melihat Nieylla untuk kali terakhir,, ’bye Nieylla.. terima kasih kerana menghantar pemergian aku untuk kali ni..’

8 comments:

MaY_LiN said...

oho..
ery da blik..

MeGa_Lisa said...

A' aa.. dah balik da.. bye Ery.. bek2 jln tu.. kalau jatuh bangun sendiri ek.. hehehe

Anonymous said...

ala kjp aje Ery dtg..nie mst sbb frust Neylley...

Aya Akira 1011 said...

salam...
new reader here...
intresting nov...
tp napa xlah jd follewer????
keciwa skit la...
~_~

MeGa_Lisa said...

tq..hah? tak dapat ke?? cuba dan cuba lg.. mesti dapat tu..hehehe

Aya Akira 1011 said...

salam...
hehehe...
dh dpt jd follower dh...
hahahaha....

just curious,
wtk lam nov ni based on cerita apa???
yg ek, amy, dani, n im tu nah belakon skali...
others???

www.AyaAkira1011.blogspot.com
~ ^-^ ~

MeGa_Lisa said...

takde based dr cerita apa2.. dari otak gila2 cket ni..hehehe...

Anonymous said...

nak tanya puisi pedang dier 2 betul2 ada o rekaan penulis semata mata????puisi2 sedap la