Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Thursday, July 9, 2009

Sekolah_Cinta 32


Hari Penentuan...

"Cikgu cuma nak cakap sikit je hari ni.. Cikgu tak nak bagi tekanan dengan kamu semua sebab hari nilah menentukan hidup kamu selepas ni..segala ilmu yang kamu pelajari selama bertahun2 cubalah kamu gunakan semuanya hari ini.. Sekejap lagi kamu akan masuk ke dewan peperiksaan tu.. dan disanalah nanti kamu mencorakkan hidup kamu..sebaik saja kamu masuk ke sana..kamu dah boleh patah balik lagi.. dan waktu ni lah kau tahu langit tu tinggi atau rendah.." Cikgu Rose melihat semua muka murid2nya. ada yang panic., ada yang terlebih confident, ada yang masih lagi membaca nota2 kecil.

"Cikgu2 di sini semuanya cuma boleh tolong bukakan pintu untuk kamu.. tapi kamulah yang akan melangkah masuk sendiri.. Cikgu mohonlah hari ini.. tinggalkan semua anasir2 yang akan mengganggu tumpuan kamu semasa jawab spm nanti.. sekarang fikir pasal SPM je..lepas SPM nanti kamu kahwin pun cikgu tak kisah.. tapi tolonglah sekarang kamu fikirkan mengenai masa depan kamu.." Kata Cikgu Rose lagi ketika di medan perhimpunan kepada calon2 spm yang akan menduduki peperiksaan sebentar lagi.

"Cikgu pula nak cakap selamat berjaya buat semua murid2 cikgu di depan ni.. Cikgu nak kamu tahu yang cikgu selalu mendoakan kejayaan kamu.." Kata Cikgu Trisya apabila cikgu Rose memberikan microfon padanya.Selepas itu semua calon2 spm meminta restu dengan guru2 mereka. Ketika itulah ada yang menangis, minta maaf sebab selalu mengumpat cikgu mereka sendiri.. ada yang meminta sokongan.

"Cikgu Rose.. kami nak minta maaf kalau ada kata atau perbuatan cikgu yang menguris hati cikgu.. minta Maaf ye cikgu.." Nathalie mewakili rakan2nya yang lain sebagai jurucakap.. Nieylla,Amy,Lulu,Syirah dan Nathalie menyalami tangan guru mereka.(Dah macam hari raya lak..)

"Cikgu maafkan..Buat yang terbaik ya.. Cikgu nak tengok muka2 ceria kamu bila result keluar nanti.." Nieylla mengangguk.. 'aduh! mulalah nak meleleh air mata aku ni.. macam tak cukup je usaha aku selama ni..'

"Kami pun nak minta maaf kalau ada silap dan salah.. Dan masa spotcheck hari tu sebenarnya kami sembunyikan semua handphone kami.. minta maaf ye cikgu.." Ken sempat lagi memberitahu mengenai 'dosa2' lampau mereka sekelas. Cikgu Rose tersenyum.

"Tau pun rasa bersalah.. dah lah.. Cikgu maafkan.. Chayo2 ya.." Cikgu Rose menepuk bahu Ken tanda memberi semangat. Dan mereka semua melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
beberapa bulan selepas itu...

"adik.. dah siap ke belum ni.. lembap betullah.." Bebel Dani sambil mengambil kunci keretanya.Sementara menunggu keputusan SPM beberapa bulan lalu, Daniel mengambil lesen memandu kemudian papanya dengan baik hati memberinya sebuah kereta.. makin panjanglah langkahnya. Nieylla?? Nieylla berdarah gemuruh.. tak boleh bawa kereta.. JPJ pun was2 nak bagi dia amik lesen.. So, Nieylla lantik Riz dan Dani jadi 'pemandu jutawan'.. eh tidaklah.. pemandu tak bergajinya..

"Yelah.. abang ni pun tak sabar2lah.. tau lah tak sabar nak jumpa girlfriend kesayangan dia tu.." Nieylla membalas bebelan abangnya. Amy sepanjang cuti ni tinggal di kampung sebab nak jaga anak buah dia yang baru.. So, Dani terpaksa memendam rasa kerinduan.

"Tau tak pe.. tapi kita nak singgah tempat Anic lagi.. dia suruh amik dia sekali.. kereta dia rosak." Im? mesti nak tanya pasal Syirah kan?? Syirah sekarang tinggal di rumah keluarga kandungnya. Sebab tak elok juga biarkan belangkas berdua tu dalam satu rumah.. so nanti kalau Syirah dah decide nak terima Im jadi Hubby dia.. barulah boleh duduk satu rumah..Tapi semasa cuti ni hari2 dorang berdua jumpa gak.. Im sanggup berkerja di Cafe CyberLove semata2 untuk mengawal Syirah dari di ngorat orang..

"Dah siap.. Jomlah..mama!! papa!! Adik dan abang jalan dulu.." Mereka berdua menjerit serentak dari tempat letak kereta..

"Baik2 jalan tu.." Kedua ibubapa mereka melambai ke arah si kembar.. Kereta honda merah Daniel menyusur laju di jalan raya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


" Hai Nieylla!!" Nathalie terover excited melihat Nieylla.. maklumlah..semasa cuti mereka jarang berjumpa.. yelah.. sama2 bz.. ada meeting, dating, everything... dan lagi satu Nathalie dah mengikat tali pertunangannya dengan Iskandar. Jadi masanya bersama teman2 yang lain agak kurang.

"Hai.. Mana yang lain??" Nieylla melangkah ke tempat Nathalie.. Nathalie menjungkit bahu.. teman2 mereka yang lain tak dapat di kesan.. hilang dari radar.

"Lulu ada dengan Ek tadi.. gaduh kejap.. biasalah.. kejap baik kejap bergaduh.. tah apa2.. Syirah dan lain2 kat dalam kelas kot.." Lulu dan Ek?? ala biasalah.. dorang tu mana pernah sunyi.. gaduh je.. tapi lepas dua2 mogok satu dua hari.. berbaiklah pada hari ke3..

"Jom kita naik kelas.." mereka menaiki tangga sambil bercerita mengenai cuti2 Malaysia mereka.. lalu di hadapan kelas Delorita.. Dia?? dia masih tak dapat menerima kenyataan yang Nieylla dah couple dengan Riz.. dah macam gila talak da minah ni.. hari2 call.. mesej.. dan yang paling memeningkan Riz.. Rita hari2 datang ke rumahnya untuk menghantar lauk pauk untuk mengambil hati 'bakal mentua'..nasib parent Riz tak makan 'rasuah'...

"Hai Syirah.. lama tak jumpa.." Kata Nieylla dengan ceria sebaik sahaja mereka sampai ke 'bekas' kelas mereka.. Syirah tersenyum.

"eh! pukul berapa result keluar ya?" Tanya Amy.. Di sebelahnya ada Dani.. 'aik? ingatkan dah tak ingat apa2 dah bila bf dah duduk kat sebelah..'..

"Kejap lagi kot.. gabrala pulak aku ni.." luah Ken.. Ken masih dengan pacarnya yang dulu itu.. alah.. yang pernah disewakan dengan Ery dulu tu.. dan sepanjang cuti Ken mengikuti PLKN.. sebab tu muka dia dah jadi hitam gelap.

"aku pun gtu jugak lah.. dah terketar2 lutut aku ni.." Kata Riz pula.

"aku pulak kalau ada Syirah kat sebelah hati aku ni tenang je..” Kata Im dengan nada gatalnya. Dani meyekeh kepala sepupunya yang dah terlebih angau itu..

“Patutlah auntie suruh Syirah ikut family dia.. anak jantan dia sorang ni dah angau semacam..” Kata Nieylla.. Im membuat muka tak kisah..

“Wei! Keputusan dah kuar!” jerit Lulu yang entah datang dari mana tiba2 menjerit di depan kelas mereka. Kelam kabur mereka turun ke medan perhimpuan untuk mengambil result masing2..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Alhamdullilah semua pelajar Cikgu mendapat Result yang memuaskan.. cikgu bangga dengan kamu semua..” KAta Cikgu Rose dengan senyuman.. ya. Memang sejak akhir2 ini Cikgu Rose murah dengan senyuman kerana jeng,jeng, jeng… Akhirnya Cikgu Rose telah di pinang bulan lalu oleh seorang peguam entah dari mana tah.. so, Cikgu Rose tak bimbang lagi dengan umurnya yang kian meningkat.. tu yang senyum memanjang jet u..

“tengoklah siapa guru kelas kami.. Cikgu Rose..” Ken memuji Cikgu Rose. Yang lain hanya menyokong.

“So? Apa perancangan kamu selepas ini??” Tanya Cikgu Rose.

“Saya dengan Riz dapat tawaran ke Australia dalam bidang perundangan..” Memang padan pun dengan diri mereka berdua.. pandai menegakkan benang yang basah.

“Dani pulak?” Tanya rakan2 yang lain.. mana boleh si kembar terpisah..

“Dani pun dapat tawaran ke sana.. tapi dalam bidang lain..” KAta Dani.. Amy sudah membuat muka sedihnya.

“jadi kita semua ni tak sama haluan lah kan?? Saya pulak dapat di London dalam bidang Art and design..” Kata Lulu dengan sedikit sedih. Cikgu Rose merenung wajah2 pelajarnya yang bermuka sedih.. sememangnya haluan mereka semua tidak sama.

“Janganlah sedih2..Cikgu tahu kamu semua dah macam isi dengan kuku.. berkawan baik dari form 1 lagi.. tapi sekarang ni kamu akan meneruskan hidup kamu dengan cara yang berbeza..ya sememangnya haluan kamu semua berbeza.. tapi kamu semua menuju ke arah yang sama.. jalan yang kamu pilih hanya memisahkan kamu untuk sementara waktu.. kamu kejarlah dulu kejayaan tu..” Kelihatan pelajar2 perempuannya sudah mengalirkan air mata.. mereka menggemgam tanga satu sama lain.. tanda tidak mahu di pisahkan.. Cikgu Rose menarik nafas..

“Kamu kawan baik kan.. tiada apa yang boleh memisahkan kamu.. tapi tugas kamu sekarang ialah mengikut haluan yang tersedia untuk kamu semua..memang mulanya sedih.. tapi kamu akan biasa dengan itu.. sekarang ni ada facebook.. email.. handphone.. semua tu kan boleh merapatkan kamu..” Cikgu Rose memujuk pelajar2nya.

“tulah.. janganlah sedih2.. aku pun dah nak mengalir air mata jantan aku ni..” Kata Ken.. suaranya sudah menjadi serak2 basah.. Rakan2 yang lain tersenyum tawar.

“Aku pun nak ikut emosional juga ni..” Tambah Ek pula.. Nieylla mengesat air matanya..

“betul cakap cikgu tu.. kita boleh buat reunion setahun sekali kan.. “ Cadang Nieylla.. Lulu yang sedari tunduk menahan air mata menangkat wajahnya.. pandangannya berlaga dengan Ek.. Ek tersenyum..

“Emm.. bagus juga tu.. taklah kita terpisah terus kan..” Sokong Lulu pula..

“So macam mana? Setuju tak dengan cadangan tu?” Tanya Riz.. Mereka yang lain kelihatan kembali bersemangat mendengar cadangan Nieylla itu. Cikgu Rose tersenyum.,

“Setujulah..tak kan tak setuju kot..” Jawab Im.. Mereka semua mengiakan saja cadangan Nieylla..

“So.. jumpa di Kolej Cinta?? “ Tanya Nathalie dengan bersemangat..

“Yup..” Jawab Syirah.. Mereka semua berpegangan tangan ketika melangkah keluar untuk kali terakhirnya dari SeKOLAh CINTA.

-The End-

p/s: sorry kalau ending ni kurang memuaskan..




7 comments:

MaY_LiN said...

oho..cite budak skul da abis yea..
smbg lalg..
dorg wat reunion lak..
hihihi
demand nye kamu neh..

MeGa_Lisa said...

hehehe..tgkla nanti.. nak gak wat reunion...tgh cari idea ni..

aishah said...

cuba bukak blog ni..
http://cintanovelku.blogspot.com/

Hana Norisa said...

dulu...masa nak bpisah ngan kwn2 lpas spm pun saya rasa cam tu...sdey sgt....sama cam dorang sekawan tu...huhuhu.....sdey2...

6t wat reunion ek......nk tgk gak cm mane mereka tu lpas dh jauh antara satu sama lain..

Anonymous said...

huh...bsan dowh cte nie...
trlalu kebudakan..ringkas..jln ctenye agk menggelabah...sory to say...

Anonymous said...

awal2 memang best...
tp x aci dowh riz kena kan neyla teruk2 tp neyla mana ade kena kan riz lps2 senang2 jew dorang kapel..
patutnye neyla dgn ery bkn dgn riz...
naik menyampah bila ending..
so secara keseluruhan jln cite nie memang x best...

cucuopahatok said...

cte ringkas.
for those nak rileks kan mind
tanak bce bahan bacaan yg berat2 ok pe.
besh je.
keep it up.