Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

my XBF list book 8

Bab 8

Lalallalala… Opsss.. Lily cepat-cepat bersembunyi di sebalik tiang-tiang yang kebetulan berada berdekatan dengannya. Eh, Darius dengan tunang dialah… aduh! Kesiannya minah tu.. Tengok tu… Perempuan tu excited bercerita dia senyum sikit je.. macam tak ikhlas.. Tak romantic betul Darius ni.. Nampak macam tengok bercakap dengan client je.. serius bebenor.. Hisy! Kalau aku jadi gadis malang tu, dah lama aku cabut.. Eh! Kenapa pulak aku jadi macam penyiasat persendirian pulak dekat tepi tiang ni.. Lily memerhati sekeliling.. Takut pula ada yang memerhatikannya yang berperangai seperti girlfriend yang cemburu sebentar tadi. Lily terus berjalan ke kedai buku MPH.
Darius yang sedang mendengar cerita Hani terperasaan susuk seorang perempuan yang sangat dia kenali di luar restaurant tempat mereka menjamu selera. Sekali gus ayat-ayat yang keluar dari mulut Hani terblock di luar telinganya. Dia memerhati lama gadis itu. Ceh! Kat sini pun dia ada ke? Minah ni memang selalu menganggu-gugat pandangan mata aku la… silap hari bulan makin rosak mata aku. Tapi kadang-kadang kesian juga.. Hari-hari asyik jalan sorang-sorang je.. Memang tak laku sangat ke minah ni? Agaknya memang tak laku kot.. sebab mulut dia yang cukup rasa tu..bisik hati Darius.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Aik? Baca novel juga ke? Tak sangka..”
Lily yang ingin mencapai sebuah lagi buku novel dihadapannya menarik nafas panjang. Mamat ni memang pemusnah hari-hari bahagia akulah! Dia mengalihkan pandangan ke arah Darius yang sedang tersengih di sebelahnya.
“Oh.. Encik Darius rupanya..”
Dengan muka penuh Skema ni.. Lepas itu Lily terus mengangkat kaki menjauhi Darius. Namun Darius dengan muka tak bersalah mengikuti Lily dari belakang.
“Agaknya bilalah Encik Hazri nak dapat menantu ya? Sebab saya selalu nampak cik Lily ni berjalan sorang-sorang je.. kenapa? Tak laku ke?”
Mamat Psiko!
“Bukan tak laku.. Tapi saya tak nak lah bernasib malang macam tunang Encik Darius tu.. Dahlah dapat tunang yang sentiasa menyakitkan hati.. Tak romantic lagi tu.. hush! Minta simpang dapat lelaki sebegitu rupa, Encik Darius.”
Darius mengigit bibir geram. Aku pulak yang terkena. Lily sempat menjeling Darius sebelum berpindah ke bahagian lain. Kali ini dia mencari buku yang boleh meningkatkan pengetahuannya.
“High demand rupanya.. Patutlah sampai sekarang masih belum ada sebarang kad jemputan di meja saya dari Cik Lily..”
Balas balik. Masih lagi mengekori Lily di belakang. Jemu menunggu Hani berlama di dalam butik baju berdepan dengan kedai buku itu. Lebih baik dia mengacau anak gadis orang di depannya ini.
Langkah Lily terhenti bila melihat seorang makhluk tuhan yang berada beberapa meter di depannya. Pucat! Selama hari ini dia masih belum bersedia untuk bertentang mata dengan makhluk bernama lelaki itu. Dia mahu lari.. Tapi terlambat! Adie Sufian sudah menyedari kehadiran dirinya dan mula melangkah mendekati dirinya. OMG! Tanpa sebarang akal fikiran yang bernas Lily terus memeluk tangan Darius di sebelahnya.
“Lily…”
Darius bingung. Lily mula sesak nafas bila si dia menyapa.. Ya allah.. toonglah hati.. tolonglah cakap yang aku sudah benci dia.. aku sudah lupakan dia…
“Ya..”
Gugup. Darius terkejut dengan kegugupan gadis itu. Pandai pula gugup minah ni.. Ingatkan mulut dia tu memang takde lampu merah.. bercakap je tak berhenti..
“Tak sangka jumpa Lily kat sini..”
Lily memaut lengan Darius dengan kuat. Dia mahu lari dari sini!
“Ya… tak sangka jumpa ab..aa Awak dekat sini juga..”
Gagap! Huhuhu… Penemuan yang berharga hari ini.. Minah ni boleh jadi gagap juga.. Lily memandang Darius di sebelahnya yang masih membiarkan tangannya dipeluk oleh Lily. Darius saja harapannya ketika ini.. Dia mahu Darius membawanya keluar dari situasi ini.
“Siapa ni sayang?”
Darius memainkan peranan setelah menunggu lama untuk Lily mempergunakan dirinya. Dia sendiri yang menentukan wataknya siapa.. Boyfriend Lily lah.. Bukankah selalu terjadi di dalam wayang atau buku cerita.
“huh?” Blur.
“Saya Adie Sufian.. bekas tunang Lily..”
Hush! Bekas-bekas pun nak bagitahu ke?
“And you are?”
“Darius… Lily’s…”
“colleagues… I hate to see your face.. So I want to pretending that Darius is my lover.. But.. still.. I hate you..”
Tanpa kata Lily terus mengangkat kaki keluar dari kedai buku itu. Darius mengerut dahi.
“Dia… memang macam tu ke dari dulu?”
Tanya Darius selamba. Terlalu berterus terang minah ni.. Tak berlapis langsung. Adie Sufian tersenyum tawar.
“Tak..”
Dia dah berubah 360 Darjah!

1 comment:

MaY_LiN said...

amboi..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37