Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, January 22, 2011

my XBF list book 9

Lily datang ke pejabat dengan wajah yang serba ceria, dan dia yakin tiada siapa yang boleh merosakkan senyum semangatnya yang melebar sehingga ke telinga sedari tadi. Walaupun Adie Sufian datang di depannya. Dia yakin! Dia boleh pandang sebelah mata je Adie Sufian tu... tiada effect pun.. Yakin 100% ni.. Selepas kejadian di kedai buku hari tu, dia terus meminta cuti dengan ayahnya dengan alasan untuk menenangkan fikiran.Dan sekarang dia kembali ke pejabat dengan fikiran yang serba tenang. Dia berjalan dengan penuh keyakinan dan lenggang-lenggoknya.

'Takde apa yang boleh merosakkan mood aku.. not even Adie.. kalau dia datang sini.. Atau dia bagi bunga,coklat,kad warna pink,purple, hitam, kad terup.. aku dengan penuh senyuman memberi sedekah kepada orang yang memerlukan..huh'...

Lily bermonolog sendiri sambil berjalan ke arah bilik pejabatnya.

"EHHHHHHHHHH......"

Bum!

"Aduh!!"

Jeritnya sambil menggosok-gosok punggungnya yang sebentar tadi ber'thermal contact' dengan lantai akibat tergelincir.

"What the Hell!!! kenapa biarkan lantai ni basah!!!"

Madiah tergagap-gagap mahu menjawab soalan bosnya itu.

"Madiah.. you dah panggil cleaner suruh bersihkan kopi yang....."

Jejaka itu tidak jadi menghabiskan ayatnya apabila melihat Lily masih terduduk di atas tumpahan kopinya yang tertumpah tadi. Dan sekarang dia mesti memilih antara ketawa dan meminta maaf dan.......

"HAHHAHAHHAHAHHAHAHHA"

Dia memilih mengetawakan Lily. Lily merenung tajam ke arah Darius. Dengan kepayahan dia berdiri mendekati Darius.

"You... yang tumpahkan kopi kat sini?!"

Tanyanya sambil berusaha seratus peratus ni menahan marah yang sudah hampir terburai sekejap lagi.

"Em... ya, saya.."

Jawab Darius sambil cuba mengalihkan pandangannya dari bertentang mata dengan Lily.. Berapi sangat tu kawan.. takut terjangkit pula mata dia yang sentiasa menjadi asset dia tu.

"You memang menyakitkan hati!!!!"

Dush! berdentum pintu bilik pejabat Lily bila dihempas dengan begitu kuat oleh tuannya. Darius dan Madiah berpandangan sesama sendiri sebelum menjalankan tugas masing-masing semula.

"I memang menyakitkan hati.. untuk you.."

Jawab Darius seperti mahu menyindir dan mengikut cara percakapan Lily sebentar tadi.

Lily menghempaskan punggung di atas kerusi di pejabatnya. Dia cuba bersabar. bibir diketap geram. Dalam kepala sudah merancang untuk membalas dendam dengan mamat jiran sebelah bilik pejabatnya itu. Dia mengambil semula beg tangannya untuk keluar semula. Macam mana dia mahu berkerja dengan seluarnya yang berbau kopi itu.. baik pulang rumah..Dalam kelam-kabut, tangannya terlanggar pasu kecil yang sentiasa menjadi perhiasan mejanya selama bertahun-tahun itu.

"Oh God!! jumpa dengan budak tu mesti aku dapat malang lah!"

Marah Lily memaksudkan Darius. Apalah salah Darius yang sedang tekun membuat kerjanya di bilik sebelah sehingga difitnah seperti itu.

"Madiah...."

"Ya Cik.."

"Awak tolong bersihkan pasu ni.. saya terlanggar tadi.."

Madiah mengangguk. sedang mengemas serpihan pasu yang pecah itu, dia terlihat sebentuk cincin belah rotan dicelah-celah serpihan itu.

"Cik Lily.."

Panggil Madiah apabila Lily sudah bersiap mahu keluar.Lily berpaling. dan tumpuannya terus tertumpu kepada cincin di dalam pegangan Madiah itu. Air mata yang dia pendam selama hari ini seperti mahu membanjiri pipinya.. Dadanya seakan mahu pecah melihat cincin belah rotan itu......Ya Allah.., cincin tu masih ada.....

1 comment:

Unknown said...

dh abis kat cni or dh hbis???
hope ad smbungan lgi....:)

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37