Bukan Aku, Kau dan Dia 26
Bukan Aku, Kau dan Dia 27
Bukan Aku, Kau dan Dia 28
Bukan Aku, Kau dan Dia 29
Bukan Aku, Kau dan Dia 30
Tiada Drama di Kampus
Iklan
Search This Blog
Friday, October 18, 2013
Saturday, October 12, 2013
Promosi Lagi! hehe (MISS&MRS)
-Sedutan sikit... nak lagi? Dapatkan Miss & MRS di pasaran.. and boleh juga beli dari saya.. saya bagi free bookmark yg comel macam kat gambar tu.. (comel bg pandangan mata sayalah.. haha. dah takde yg nak puji.. saya puji sendirila..)
****
“Dah
masak.. tapi dia masih mogok lapar kot.. pulang je tadi terus menghadap
komputer. Dahlah jalan dengan baju tidur dari pagi tadi.. ”
Dannial tiba-tiba tertawa. Dia
terasa gadis bernama Chiell itu seperti memerli dirinya pula. Baru dia tersedar
yang dia berjalan tadi dengan memakai baju tidur. Dahlia melirik sebentar ke
arah Dannial. Suka benar suaminya itu. Entah apa yang sedang suaminya itu
lakukan.
“Agaknya si dia ada masakkan apa-apa
untuk saya tak? Saya lapar... penat mogok lapar.”
Sly membuat muka sedih sambil
memegang perutnya.Chill tertawa dengan gelagat Sly. Jejaka itu pun sedang mogok
lapar rupanya.
“Pergilah check kat dapur tu.. Mesti
ada makanan..”
Jawab Chiell.
“Kalau takde?”
“Dia takkan biarkan awak
kelaparanlah... mesti ada tu..”
“Okaylah... saya nak pergi periksa
dulu.. kalau ada alhamdullilah..Kalau takde.. huhuhu.. alamatnya makan meggilah
saya hari ni..”
Chiell tertawa.
“Okay.. selamat menjamu selera..”
“Tata Chill.. harap-harap dia ada
masak asam pedas.”
Dahlia sekali lagi geli hati.. macam
tahu-tahu je Sly ni yang dia ada masak asam pedas sebentar tadi. Sly sudah
logout. Dannial tiba-tiba bangun dari kerusi meja komputer itu dan terus turun
ke tingkat bawah. Dahlia menjungkit kening. Mungkin Dannial juga mahu memeriksa
tudung saji sama seperti Sly. Lebih baik dia menghidangkan makanan buat
Dannial. Nanti bertambah merajuk pula.
*****
Thursday, October 3, 2013
Thursday, September 26, 2013
Actually it mrs not miss -> Miss n MRS
Alhamdulillah... keluar juga novel ni.. hehehe..Kalau nak tahu sambungan cerita Dannial dan Dahlia yang dah lama tertangguh.. bolehlah dapatkan novel ni.. Dah boleh buat tempahan kat kaki novel tau... :)
Friday, September 13, 2013
Iklan Miss & Mrs
Salam, siapa yg berminat nak tahu kisah Danial dan Dahlia selanjutnya.. bolehlah buat tempahan novel Miss & Mrs kat Kaki Novel. Click for details
Sunday, September 1, 2013
Thursday, August 29, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Bukan Aku, kau & Dia.. tapi tentang KITA..
Assalammualaikum.. dah bersawang dah blog aku ni, hehe..Kalau ada yang kebetulan melawat, bolehlah singgah baca cerita baru . Kalau rajin komen2 lah.. Terima Kasih. :)
Bukan Aku, Kau & Dia, tapi tentang KITA 1
Kalau nak baca yang dah siap, boleh baca dekat wattpad
Bukan Aku, kau & Dia.. tapi tentang KITA
Bukan Aku, Kau & Dia, tapi tentang KITA 1
Kalau nak baca yang dah siap, boleh baca dekat wattpad
Bukan Aku, kau & Dia.. tapi tentang KITA
Wednesday, January 9, 2013
Dana @ Adriana?? 35
Dana @ Adriana?? 35
Sorry...... Lama dah update.. Sampai dah boring menunggu criter2 ni kena update. Niat di hati nak siapkan semua criter (Yelah sgt) masa cuti sem.. Tapi bila dah ralit tgk How I Met Your Mother satu apa pun tak boleh ditulis. hehe.. Sesiapa yang ada jumpa criter saya kat Wattpad..Comment2 la.. And Vote also. Dana @ Adriana?? Something fun is going to happen <-- grammar="grammar" i="i">aku ni betul ke juga ni.. hehe.. (Try2 nak speaking sebab nak amik MUET next month.) DAA.. Selamat berkenalan dengan Adriana. muahahahahahaha <--- i="i">evil laugh macam Barney buat kat HIMYM.
Sorry...... Lama dah update.. Sampai dah boring menunggu criter2 ni kena update. Niat di hati nak siapkan semua criter (Yelah sgt) masa cuti sem.. Tapi bila dah ralit tgk How I Met Your Mother satu apa pun tak boleh ditulis. hehe.. Sesiapa yang ada jumpa criter saya kat Wattpad..Comment2 la.. And Vote also. Dana @ Adriana?? Something fun is going to happen <-- grammar="grammar" i="i">aku ni betul ke juga ni.. hehe.. (Try2 nak speaking sebab nak amik MUET next month.) DAA.. Selamat berkenalan dengan Adriana. muahahahahahaha <--- i="i">evil laugh macam Barney buat kat HIMYM.
Dana @ Adriana ?? 34
*Author note : Sory.. lama hilang dari radar (Actually tak hilang pun.. ) cuma blog je yg tak pernah update.. And.. saya tak ingat chapter ni dah post atau pun tidak.. Sebab bab 34 ni dah lama dijeruk dalam PC ni.. Pendek je. sorry..
Bab
34
“Assalamualaikum..”
Illina bergegas ke arah pintu. Mujur
pecahan pasu bunga yang bersepah di hadapan pintu sudah dibersihkan oleh salah
seorang pembantu rumah Villa Adria yang diculik Marina untuk seketika. Mujur
Adrian tidak banyak bertanya. Dan mujur juga Illina tidak tahu mengenai itu.
“Waalaikumsalam!..Masuklah..”
Marina mempelawa masuk beberapa orang
wanita dan pemuda yang masih berpakaian pejabat. Muka semuanya nampak penat.
Mungkin belum sempat pulang ke rumah. Tapi sanggup juga mereka meluangkan masa
apabila Marina meminta pertolongan, kononnya untuk Cik Adriana. Tu namanya
pekerja yang setia. Tak merungut bila meminta bantuan. Bisik hati Marina.
“Eh... Kejap.. ingat perjanjian
kita.. Jangan buat muka terkejut.. dan jangan tanya soalan kuiz satu Malaysia
pulak.. buat macam biasa.”
Mereka semua mengerut dahi. Hairan.
“Siapa tu Yna?”
Semua membuat reaksi terkejut.
“Kan dah cakap jangan terkejut..”
Bisik Illina perlahan.
“Sorry cik Yna.. Reflect action.
Muka dia seiras dengan muka Cik Illina.”
Laily ikut berbisik sama.
“Macam cik Adrianalah..”
Tambah Roslan, salah satu orang
pekerje yang amat dipercayai oleh Adriana. Pekerja yang lain turut mengangguk.
“Kan dah cakap.. jangan tanya soalan
jenis drama ni..Dah.. masuk..”
Dana masih kebingungan dihadapan
pintu rumah walaupun mereka yang lain sudah selamat merehatkan diri di ruang
tamu. Ni nak siapkan proposal ke, nak buat party? Bisik hati Dana.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Misi kita berkumpul di sini adalah
untuk membantu cik Dana, untuk menyiapkan proposal dalam masa dua hari.”
Nazmi, ketua arkitek di Adria
holding mula mengerut dahi. Laily sudah mula picit kepala. Roslan dan Marissa
pula buat muka bingung.Marina sudah mengagak akan melihat reaksi seperti ini
dari pekerja kepercayaan Adriana ini. Dana masih lagi dengan muka tanpa
sebarang perasaan risaunya.
“Proposal untuk?”
Tanya Marissa. Marina tersenyum
lebar dengan soalan dari Marissa itu.
“Adria Holding!.”
Kata Marina dengan terujanya.
“Hah??”
Semua buat muka terkejut. Kemudian
merenung wajah Dana.
“Proposal untuk tender Resort Damai?
Kan abang cik Marina punya company yang dapat apasal kami pekerja Adria Holding
pula yang kena tolong buat proposal tu. Lebih baik Adria Holding sendiri yang
handle project tu kalau macam tu.”
Kata Roslan tidak puas hati. Marina
tersenyum.
“Masalahnya sekarang...”
Marina terberhenti bercakap apabila
Dana laju saja menerangkan semuanya.
“Saya tak sengaja ter.. TERkritik proposal yang sudah dibuat oleh Mutiara Holding. Dan, encik
Mikhail cabar saya untuk buat proposal tu dalam masa dua hari.Tapi saya manalah
tahu pasal semua benda tu.”
Dana membuat muka 50 sen. Meminta
pertolongan
.
“Kita kena selesaikan benda tu dalam
masa dua hari?”
Nazmi menarik nafas panjang dan merenggangkan badan.
“Jom kerja!.”
Dana tersenyum. Takdelah dia
menerima senyuman sinis Mikhail kalau mereka sempat menyiapkan kertas cadangan
itu.
“Laily.. keluarkan semua dokumen
pasal project tu.”
Semua memandang kea rah Dana. Baru
je tadi kelihatan seperti gadis ayu yang Cuma duduk diam mendengar mereka yang
lain berbicang. Tapi sekarang sudah mula terasa aura-aura tegas Adriana
Illyana.
“Double personalty?”
Bisik Marissa.
“No.. Dia tengah diambang Dana dan
Adriana.”
Balas Marina perlahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Dia Sesekali begini, aku terasa tenang. Duduk di kedai kopi, sambil bercerita tentang kisah lalu bersama kawan-kawan. Aku tiada ramai k...
-
Prolog “Awak… saya ikut awak ya..” Dya mendekati kekasih hatinya. Entah kenapa, sejak dari tadi kekasihnya itu tidak banyak bercakap, m...
-
Open House Sekolah Cinta part 1 “Encik Taqiuddin Qawi.. awak memang tak boleh tinggalkan kerja awak walaupun untuk makan tengah hari ke...