Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Wednesday, March 11, 2009

sekolah_cinta 3


"wei...lambat sangat Nieylla and soulmate dia si Riz tu kat bilik cikgu Rose tu... mesti kena cuci bersih-bersih juga telinga dorang tu kan??" Lulu memulakan bicara selepas beberapa jam rakan mereka Daniella di arahkan masuk mengadap guru kelas kesayangan mereka itu di bilik disiplin..

"a'aa lah.. mesti kena kutip sampahkan??" Syirah menambah...

"Taklah."Amy tetap tenang sambil membaca novel..

"Aik?taklah? baik sangat cikgu Rose tu lepaskan dorang berdua tu begitu je." Nathalie kehairanan...

" aku belum habis cakap kau dah potong... dengar dulu aku cakap." Amy menghentikan seketika novel bacaannya..

"Ala...dah kau berhenti bercakap lama sangat... kami ingat kau nak cakap tu je." Lulu membela Nathalie..

"A'aa..lain kali cepat-cepatlah sambung ayat tu... tak lah sempat aku nak potong ayat kau." Nathalie pula membela diri..

"Emm..aku pun ingat kau nak cakap tu je..aku pun hairan." Syirah menambah lagi..

"Dah habis? dah boleh aku sambung ayat aku sekarang??" Amy kebengangan kerana ayatnya dipotong habis oleh teman2 baiknya itu...sementara Nathalie,Lulu termasuk Syirah tersenyum bak kerang separuh wangi..kemudian menganggukkan kepala.. " aku nak kata..hukuman kutip sampah tu untuk tahun lalu je..tahun ni cikgu Rose bagi upgrade cket ...." dan belum sempat Amy menghabiskan ayatnya..

"Upgrade??" Nathalie kehairanan.. Aik?hukuman sekolah pun ada upgrade jugak??

"
Mesti kena suruh sapu kelas selama setahun kan?? mesti best..tak lah aku payah2 menyapu lagi tahun ni." Lulu sudah tersenyum2...kerana dia takut bila dia menyapu kelas mekap di wajahnya akan luntur..

"ataupun lap tingkap kan.. aku malaslah lap tingkap ni..." Nathalie menambah..

"Ataupun Cikgu Rose suruh tolong mak cik Timah cafe tu menjual kot??" kata Syirah dengan selambanya.. sekaligus 3 pasang mata melihat kearahnya dengan penuh kehairanan...

"apasal pulak??" Lulu mendahului teman-teman lain memberi pertanyaan..

"ya lah...kan cafe tu kurang pekerja.. nak beli makannan pun lambat..sempat juga aku masak sendiri then makan sampai kenyang2...hehehe...kalau yang dua orang tu rela memberi sumbangan tenaga pun okay gak... laju cket nak beli makanan.." Syirah tersenyum..

"emm, ok gak tu.." Nathalie menyokong tanpa memikirkan nasib rakan mereka Daniella.

"wei2...ada aku kata cikgu Rose tu suruh Nieylla dgn Riz menyapu??" Amy bertanya..
kemudian Nathalie dan lain2 hanya menggeleng kepala.. " Lap tingkap??" mereka masih lagi menggeleng.. "Dan yang lagi satu.. pelik cket,, tolong mak cik Timah cafe tu menjual?? ada?" mereka tersengih..sedar mereka silap kerana memotong ayat Amy..

"Habis tu??" dengan serentak mereka bertanya..

"Tahun ni siapa yang langgar peraturan sekolah kena suruh buat khidmat masyarakat cuci tandas sekolah..." kata Amy dengan lajunya agar tidak dipotong2 lagi oleh teman2nya..

"Hah?!!" Ketiga2 mereka terkejut..Amy membuat wajah yang cukup serius.. dia pun terkejut pada awalnya apabila membaca notis dengan tulisan cacing kerawit cikgu Rose tu.

" habislah Nieylla..." Lulu kebimbangan..

" apa kau cakap tadi Amy?? Is that me or you just say that my beloved sister will be punish by become a cleaner???" Dani terkejut mendengar perbualan gadis2 yang berkumpul dihadapnya..belum sempat Amy menjawab sudah kelihatan wajah masam asam kecut Nieylla dan wajah tidak puas hati Riz di depan pintu kelas..

"Adik ok?? " tanya Dani, lagak abang penyayang..

"apa yang ok..lepas sekolah ni cikgu suruh cuci tandas and sebab si bodoh tu mention nama cikgu Rose tadi..kami berdua kena bersihkan stor buku teks yang ada hantu tu...adik tak nak.." Sambil menghentak2 kaki seperti budak kecil..

" his! meluat aku tengok budak ni...terlebih manja..penakut.." herdik Riz..belum sempat Nieylla membalas kata2 Riz, Dani cepat-cepat memotong..

" Dahlah tu.. korang ni macam anjing dengan kucing.. kang aku kawin korang berdua baru korang tau.." Dani mengugut..

"his abang ni... rela Nieylla jadi andartu.." Nieylla mencebik.. tanda tidak puas hati dengan abangnya..

"wei.., aku pun tak ingin nak amik kau jadi wife aku..jangan kan wife..jd girlfriend pun aku tak sanggup tau.."Riz membalas..

"Okay2..apa kata korang stop sekarang atau kami kurung korang macam di Alamak Kena Kawin tu..." Amy berkata selamba.. kemudian semua di sana menunjukkan muka blur.. "ala...novel online yang aku selalu baca tu...hehehe" Dia sedar semua temannya seperti tiada masa untuk membaca apa2 jenis novel termasuklah novel yang di pinjamkan oleh sekolah..

" okay gak cadangan tu...kurung je dorang kat satu bilik..biar puas dorang bergaduh kat sana..tak gak mengganggu kita kat cni.." Ken mula dengan lawak tidak jadinya.. muka Nieylla yang seperti asam kecut bertambah masam..

"Wei.,, tu nak pedajalkan adik aku namanya..." Dani membantah.. "Nieylla nak abang tunggu nieylla sampai siap kemas stor tu ke??"Dani cuba mengembalikan senyuman di wajah yang masam tu... walaupun selepas sekolah dia mempunyai temu janji dengan seseorang..

" tak payahlah..nanti orang tu kata lagi yang Adik ni manja.." masih ladi mencebik..sambil menghadiahkan jelingan kepada Riz.. kemudian Riz membalas kembali dengan jeliran lidah...

" are you sure??" Dani hairan..selalunya Nieylla merayunya untuk menunggu sehingga hukuman itu selesai.

"Yes., Im not too childish... "

"Biarlah Dani.. tak juga si Riz ni nak pedajalkan Lyssa ni...kalau dia berani aku tumbuk muka dia yang tak cukup handsome tu..." Im berkata selamba.. kemudia Nieylla tersenyum..

"Hehehe.., I agree with you Nic.. bukan tak cukup handsome...memang tak handsome pun..." Nieylla menambah..

" Wei.., muka kau tu cantik sangat ke sampai nak perli2 orang ni Cik Nieylla oi.." Riz tidak puas hati.. Muka Handsome macam aku ni dia boleh kata tak handsome... memang buta lah budak kecik ni..

"
Aku rasa kau ni perlukan cermin mata ni... muka aku cantik la...tak nampak ke??" Nieylla berkata dengan selambanya tanpa disedari wujud unsur2 puji diri...

"Ah! malasla nak gaduh dengan kau ni.." Riz terus ke tempat duduknya..memang cantik pun..
Nieylla tersenyum kemenangan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1 comment:

MaY_LiN said...

hohoho..
so cool