Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, March 28, 2009

sekolah_cinta 6

HAH! DIA LAGI!!

Deringan telefon mengganggu lamunannya.., hampir gugur jantungnya melihat adiknya ditampar oleh kawan baiknya sendiri pagi tadi..., dia melihat nama pemanggil di skrin telefonnya..Riz...

"Hello.., Dani..,sorry bout' this morning..aku tak dapat kawal marah aku.." Riz bersuara kesal..

"kenapa nak minta maaf dengan aku.., bukan aku yang kau tampar..." Dani bersuara lirih... sedikit kesal dengan temannya..

"but Nieylla is too much.., di tampar Delorita lepas tu buat fitnah Rita tampar dia lak..." Riz masih lagi membela buah hatinya..

"Riz.., listen here.., aku bukan nak mengutuk Rita atau apa pun.., memang masa dia datang ke sekolah kita 2 tahun lalu dia seorang perempuan yang baik sangat.., even dulu dia akrab sangat dengan Nieylla, tapi itu dulu...dah lama berlalu. Dia kena culture shock.. Dia bukan Rita yang bersopan santun dulu.., and takkan adik aku nak tampar Rita tanpa sebab.., adik aku tu mulut je lebih.., tapi dia tak pernah menggunakan kekerasan..,kau fikirlah baik-baik.., terserah dengan kau sama ada kau tetap dengan pendirian kau tu atau kau cari kebenaran... okaylah.., good night.." Dani terus menutup telefonnya tanpa mendengar bantahan dari Riz lagi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hai Nieylla.., kau janganlah buat muka seposen kau kat sini.., cuba senyum cket.." Nathalie yang baru saja sampai sekolah menegur Nieylla yang masam seperti isteri yang tengah berkabung..

"Aku mogok senyum hari ni... jangan tegur aku.." Nieylla mencebik ala-ala anak manja.. Nathalie hanya tersenyum geli hati...

"alalala bakal adik ipar kau ni Amy... mogok senyum.." Nathalie tak sedar yang dia bercakap tentang satu rahsia..Amy yang sedang minum air terus tersedak kemudian merenung Nathalie dengan tajam..Nieylla yang membelakang Amy terus memusingkan kerusinya mengadap Amy..,
Syirah yang tengah membuat kerja rumah terhenti.Lulu yang tengah membetulkan mekapnya memasang telinga...Nathalie kebingungan.."Apasal korang ni.. aku memain je la.. " kemudian berlalu ketempatnya...

"Aku ingat betul-betul yang Amy tu GF my bro.." Nathalie memandang Amy.. tapi okay gak abang date dengan Amy...mesti lucu.., ulat buku dengan orang yang antibuku.. bagai langit dan bumi..hehehe.,

"Kau ni Nathalie.., cakap tu control lah sikit...kalau Dani dengar tak ke malu seabad aku.." merah muka Amy menahan malu..Nieylla ketawa..

"relaxla.., abang aku tu open minded.., tapi okay gak kalau kau date dengan abang aku.., boleh lah kau ajar dia minat sikit dengan buku.." Amy mencebik melihat semua temannya tersengih..

"Okay gak tu Nieylla.., and kalau dorang kawin.. kau dengan Riz jadi pengapit..baru padan..." Lulu sengaja mengusik Nieylla..Nieylla menarik muka masam..

"Okay...aku mulakan mogok semula.." Dia memusingkan kerusinya dengan muka asam kecut seperti budak-budak yang kehilangan gula-gula..semua kawannya tertawa melihat reaksi Nieylla sebaik saja mendengar nama Riz.. mereka tahu yang Nieylla bukannya marah dengan Riz tetapi sedikit terasa hati dengan pemuda itu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Dia kena culture shock.. Dia bukan Rita yang bersopan santun dulu..,' ayat itu berlegar-legar dia kepalanya.., sehingga mengganggu konsentrasinya.. dan melihat wajah Nieylla yang muram membuat dia terasa bersalah..perempuan itu masih perempuan yang sama yang di kenal pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah itu 4 tahun lalu..., tetap ceria, penghibur, sentiasa tersenyum.., dia juga pernah akrad dengan perempuan itu.. tapi entah kenapa selepas menjalin kasih dengan Delorita banyak kisah bukur mengenai perempuan itu didengarnya dan sekaligus membuatkan dia membenci perempuan itu sedikit demi sedikit... huh!.. dengusan kuat itu mengejukkan seisi kelas yang tengah tekun mendengar bicara Cikgu Trisya..

"Ye Riz?? ada apa2 yang tak puas hati dengan cadangan cikgu??" Cikgu Trisya mengalihkan pandangannya kearah Riz.,

"Hah?! cadangan apa cikgu?" Riz menunjukkan muka blur..

"Kamu ni kenapa?? tak mengambil perhatian langsung.., Nieylla pun sama.., barkhayal je,.. tolonglah murid2..,hal percintaan kamu jangan bawa ke kelas.." Cikgu Trisya mengalihkan pandangan kearah Nieylla yang masih dengan mogok senyumnya..kemudian Cikgu Trisya mengeleng kepala.. hai.., budak-budak remaja.., "Riz.., kamu gaduh dengan Nieylla ke? kamu ni pun.., sebagai lelaki kenalah mengalah.. tak kasihan ke tengok muka girlfriend kamu macam asam kecut tu.." Cikgu Trisya yang tidak tahu apa2 terus memandai buat conclusion sendiri..
semua murid2 di kelas 5 Platinum menahan ketawa.. takut melihat muka Riz dan Nieylla yang masam itu..

"cikgu ni... memandai je.. tak hingin saya nak jadi boyfriend dia.., simpang malaikat 44.. jangan kan 44, kalau boleh 1001 lagi.." Riz membantah... seisi kelas terdiam agak lama.., menunggu bantahan dari NIeylla.., tapi dia dengan muka selambanya merenung ke luar tingkap.. Cikgu Trisya kehairanan.. Aik?! ni dah parah ni... tak pernah2 Nieylla ni berdiam diri.. Cikgu Trisya merenung Dani..Dani hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu..

"Okaylah.,kamu pandai2lah selesaikan masalah kamu.., cadangan cikgu tadi tu mengenai camping awal2 tahun ni harap ada sambutanlah.." Cikgu Trisya mengemaskan alatan mengajarnya..

"Tapi Cikgu.., kan baru bulan Januari..kenapa nak buat awal2?" Nathalie menyoal..

"Sebab cikgu taknak pelajaran kamu terganggu kalau kita buat semester ke2 nanti...siapa yang nak ikut tulis nama kat kertas and Hairi tolong hantar nama2 tu kat bilik guru ya.." Hairi mengangkut.. "okay kelas.., selamat pulang.." Cikgu Trisya berdiri sambil mengangkat buku2nya..

"Semua berdiri...terima kasih cikgu.." seperti biasa Hairi mengetuai murid2 yang lain..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Nieylla, kita jalan2 kejap kat mall.. boringlah dekat rumah...my mum and dad outstation.." Lulu mengangkat begnya kemudian berjalan kearah Nieylla yang tengah sibuk mengemas buku2nya..

"Ok.,lagipun kerja rumah taklah banyak sangat.." Nieylla mengalihkan pandangan kearah teman2nya yang lain.."korang tak ikut ke??"

"Ikut.. mana boleh aku tak ikut.." Nathalie menjawab..

"aku ada kerja kat cafe.., takleh la...tapi kita jalan sama2lah pergi mall sebab tempat aku kerja pun kat mall tu.." Syirah berkata perlahan sambil memasukkan buku2nya ke dalam beg..

"Aku ikut.. Amy pun mesti ikut kan.." Lulu menjawab pula..Amy hanya mengangguk kepala..

"Hari ni kau takde urusan seri paduka baginda ke Amy?.." Nieylla mengalihkan pandangnya kearah Amy yang menyambung semula pembacaan novelnya yang terganggu apabila Cikgu Trisya masuk mengajar tadi..

"Hari ni Istana cuti...besok baru dia buka.." Amy menjawab selamba..

"Raja tu banyak kerja rumah kot...sebab itu dia tutup istana.." Dani menyampuk dengan selambanya..

" His! takde lah banyak sangat kerja rumah...tapi kalau raja tu buat satu soalan simultaneos tu pun satu jam memang patut pun dia tutup istana.." Ken berkata selamba..

"mana kau tahu ni?.." Nieylla bertanya..

" aik?! aku kan penyimpan mohor raja-raja-raja besar.." dalam bercakap tangannya menunjuk kearah raja2 yang dimaksudkan itu.. Dani,Riz, Im..

" hahaha.., raja yang buat satu soalan satu jam mestilah Dani.." Nathalie tertawa..

"Yelah2.. siapalah aku ni..tak pandai.." Dani menbuat muka merajuk ala-ala minta simpati..

"Jangan pandang rendah dengan Abang aku... ada satu benda yang dia expert betul.." Nieylla mahu mengusik abangnya..

" Surat cinta..." Jawab Ken selamba kemudian semua disana tertawa.. Dani hanya tersengih kemudian berbalas pandangan dengan Amy tanpa di sedari sesiapa..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"ei.. cantiknya warna lip gloss ni...Nathalie..warna pink ni padan ke dengan aku?cantik tak kalau aku pakai?" Lulu masih leka membelek lip gloss tanpa menyedari Nathalie,Amy dan Nieylla tidak ada di sisi..

"Cantik sangat..tapi kalau kau tak pakai di kawasan sekolah lagi cantik.." Satu suara menjawab sinis..Lulu mengalihkan pandangan kearah suara itu... hah! dia lagi!!! dengan geramnya dia terus meninggalkan pemuda yang tersenyum sinis itu..

1 comment:

//ShrinkingViolet\\ said...

besh arr cite nieyh...
keep up da gud w0rk... ^^

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37