Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Wednesday, March 18, 2009

sekolah_cinta 4



Ringgggg........lonceng yang berbunyi nyaring itu berkumandang di seluruh sekolah itu...walaupun berbunyi nyaring tetapi lonceng itulah yang sentiasa ditunggu2 oleh semua pelajar...

"Okay semua.. hari rabu nanti kita sambung semula pembelajaran kita.." semua murid2 di kelas itu tidak mengendahkan kata2 cikgu Yana tetapi sibuk mengemas beg buku2 sekolah mereka kemudian memasukkan di dalam beg. Cikgu Yana hanya menggeleng kepala. "Langsung takde ucapan terima kasih untuk cikgu?" Cikgu Yana bertanya dengan nada sinis tetapi tetap tersenyum.pertanyaannya membuatkan seluruh warga kelas tersengi bak kerang busuk..

"Semua berdiri..." Hairi sebagai ketua kelas memainkan peranan..setelah agak sure semua rakan2nya berdiri sebagai tanda hormat.."terima kasih cikgu" dan di ikuti oleh semua pelajar di kelas 5 platinum.

"Sama-sama...okey semua selamat pulang dan hati2 di melintas jalan..jangan pula kereta yang takut dengan kamu.." semua pelajarnya tersengih..Cikgu Yana terus menuju ke bilik guru..

"wei..,kita shopping kejap...baju aku dah tak muat lagilah..." Nathalie menanggalkan cermin matanya kemudian meletakkan di dalam kotak cermin mata dengan cermat..

"apasal tak muat.. tulah, aku cakap kau makin gemuk kau tak caya...kan dah tak muat.." Lulu mengomplen..

"takde maknanya gemuk...baju aku tu mengecik...badan aku okey je...tak gemuk..." Nathalie menafikan fakta..

" janganlah menyalahkan baju yang tidak bernyawa..salahkan tuannya yang tak suka exercise...hehehe"Amy menyampuk..Nathalie sudah menarik muncung sedepa.

" Tak kisahlah apa pun.. korang nak ikut ke tak??" Nathalie memandang muka teman2nya..

"aku tak boleh.., aku kan kena denda oleh cikgu trademark tahi lalat tu.." Nieylla membuat muka seposen..

"Tak payahlah kau nak buat muka seposen kat sini.. memang tak laku punya..even si Riz pun tak nak beli tau.." Nathalie makin membuatkan muka Nieylla menjadi seperti asam kecut..

"oh please.. tak payah mention nama tu depan aku.. sebab dialah hidup aku di timpa malang...and terpaksa cuci tandas....huhuhu.. nasib tandas sekolah ni bersih..." Nathalie hanya tersenyum mendengar kata-kata Nieylla.. bukan tidak kasihan dengan nasib rakannya tetapi berasa lucu kerana walaupun di denda sebegitu tetap juga Nieylla dan Riz meneruskan permusuhan mereka..Baik kawinkan jelah mereka berdua ni...

"Korang macam? nak ikut tak?" Nathalie bertanya kepada Lulu, Amy dan Syirah..

"aku pun tak leh ikutlah.. ada hal seri paduka baginda ni.. tapi aku nak kirim barang leh tak?" Amy memandang Nathalie memohon simpati..

"banyaklah urusan seri paduka baginda kau... aku ikutlah... lip gloss aku dah nak abis lah..," Lulu menunjukkan botol lip glossnya yang hampir kosong sambil melihat kearah Ek..kemudian mendapat jelingan maut daripada Ek.. eleh..macam handsome sangat jelingan maut kau tu..Lulu menghadiahkan kembali jelingan maut kepada si pengawas..

" kau nak kirim apa Amy? kalau nak kirim salam dengan mat bangla kat mall tu okey je... hehehe...Syirah? ikut tak?" Nathalie memandang ke arah Syirah pula yang tengah berfikir..

"aku tanya abang Im jap..kalau dia suruh aku ikutlah.." Syirah tersenyum manis..

"Aku nak kirim novel baru... apa2 jelah asal best ya..." Amy menyerahkan duit dengan Nathalie..

"okey... kalau tak best jangan komplen ya.. aku expert beli buku kimia je...novel2 ni tak main lah...Syirah pergilah tanya abang kesayangan kau tu cepat.." Nathalie mengambil duit dari tangan Amy kemudian memasukkan dalam dompetnya.. kemudian menyuruh Syirah mengadap abang Im nya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Abang Im.., emm.." Syirah terus gagap melihat renungan tajam Im.

"Apa?! sibuk je kat depan aku ni..." Im terus saja bercakap dalam nada kasar apabila bercakap dengan Syirah..

" Nathalie ajak pergi shopping jap.. Syirah ikut ye?.." Syirah memandang lantai...takut melihat rupa Im yang seperti singa kelaparan itu..

" Apasal kau tanya aku?!! hei! kalau kau nak pergi mampus pun aku tak kisah tau!.." Im menyandang begnya kemudian berlalu meninggalkan Syirah yang sedikit tersentak dengan kata-kata Im..Ken menepuk bahu Syirah..

"Sabarlah dengan Im tu.. mulut dia je yang takde insurans cakap gitu...tapi dia sebenarnya baik..." Syirah hanya tersenyum tawar mendengar kata2 Ken..

"betul cakap Ken tu.., janganlah amik kisah sangat.. " Dani tersenyum..

"Thanks... " Syirah turut tersenyum kemudian berlalu ketempat rakan2nya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"His! geram aku dengan Im tu...mulut tak pernah control cket.." Nathalie mula membebel apabila Syirah sampai ke tempat mereka..

"Memanglah...tu keturunan namanya...tengok lah makcik kat sebelah kau tu Nathalie.. mulut dia pun memang tak pernah ada insurans.. " Riz menyampuk tetiba..

"yang suka menyampuk tu keturunan gak tu...genetik orang yang suka menyampuk!!!" Nieylla mula berdiri di hadapan Riz kemudian menghadiahkan jelingan maut..

" wei.., ingat aku leh tergoda ke dengan jelingan kau tu...sory cket.." Riz menatap tajam muka Nieylla.. aku cium2 kang muka kau tu...tak habis2 menjeling.. macam cantik sangat...tapi macam yang aku mention before... memang cantik pun..

" huh! malas aku nak bertekak dengan murai ni... " Nieylla menyandag begnya.. kemudian datang seorang lagi makhluk yang menyakitkan hati..

"Hai cayang.... I tunggu kat kelas tau...napa lambat sangat kuar kelas ni..." Delorita yang entah dari mana datangnya tiba2 muncul di depan pintu kelas dengan lagak agar-angarnya..

"Hah! memang padanlah tu... si SOTONG denga si MURAI.. semoga bahagialah..." Nieylla bercekak pinggang... entah kat mana padannya sotong dengan murai..hantam saja lah... dengan bangga nya Delorita menjeling.. sampai nak juling aku rasa.."Hah.,, jelinglah.. ingat aku leh tergoda ke dengan jelingan kau tu...sory ckey.." Nieylla tanpa sengaja mengulang ayat yang diguna oleh Riz..kesemua yang ada di sana cuma tahan ketawa..

"Wei! kau ni kalau sehari tak cari gaduh dengan girlfriend aku boleh tak... selamba badak je kau cedok ayat aku...dah lah...jom bee.. malas nak bertekak dengan budak kecik ni.." Riz dengan kekasih hatinya terus berlalu..

"adik ni gaduh je... tak pandai nak berbaik dengan si Riz tu.." Dani menegur adiknya..

"Alah..,Riz tu yang kacau adik dulu...abang bagitahu mama and papa yang yang adik stay kat sekolah.." Nieylla memandang abangnya...

"Okay... kalau ada apa2 masalah call abang ya..." Nieylla hanya mengangguk..

" Ingat! besok jangan pakai gincu ke...lip gloss ke atau yang seangkatan dengannya pergi sekolah..!" Ek memberi amaran keras kepada Lulu sebelum berlalu mengikut Dani..Lulu hanya menjelir lidah kepada Ek..

"okayla Nieylla.., kami pun nak gerak dulu.. selamat mencuci..hehehe"Nieylla hanya tersenyum tawar mendengar kata Nathalie...

Mencuci??huhuhu....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3.00 ptg....

"Wah! akhirnya siap gak cuci tandas ni..." Nieylla menjerit kesukaan setelah berhempas pulas mencuci tandas sambil bertekak dengan Riz..

"Wei Mak cik... yang kau happy sangat ni apahal?? stor buku teks kat tinggat paling atas tu kau dah lupa ke??" Riz mengingatkan Nieylla yang sudah menjerit kesukaan seperti sudah mendapat keputusan S.P.M..

" his.. tolong la wei, bila masa aku kawin dengan pak cik kau... panggil2 orang mak cik.. selamba badak dia je... Jom lah bersihkan stor tu... aku nak balik ni... dah naik sakit mata aku tengok muka kau dari tadi... " Nieylla sudah mengemaskan peralatan memcuci tandas yang dia gunakan tadi..

" Banyaklah kau punya sakit mata.. ingat mata aku ni tak sakit.. dah lah...jom kita suru pak guard tu buka stor buku teks tu.." Riz berlalu meninggalkan Nieylla di belakang..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4.30 ptg..

Tengah asyik mengemas buku2 yang berselerak di stor itu mereka berdua di kejutkan dengan bunyi sliding door tertutup dengan sendirinya.. kedua-duanya cemas..

"Alamak!!!" Riz dan Nieylla menjerit serentak.. sliding door itu hanya boleh di buka menggunakan kod khas yang hanya di ketahui oleh pak cik hamid iaitu guard di sekolah mereka dan Cikgu Rose selaku guru Disiplin sekali gus bertanggungjawab menyelia stor buku teks tersebut..

"Semua salah kau...kenapa kau tak letak apa2 untuk menyangga pintu bodoh ni dari tertutup?!!" Nieylla sudah membuka medan perperangan..

"eh! salah aku..kau pun salah...kenapa kau yang tak buat kalau kau tu pandai sangat...dahlah kita di tingkat paling atas.. menjerit sampai keluar anak tekak pun belum tentu pak guard tu dengar tau!!"Riz tidak mahu mengalah kemudian menyalahkan Nieylla kembali..

"Dah lah!! kita bertekak kat sini pun bukan boleh buka pintu ni.." Nieylla mula mengalah kerana keletihan..Riz kehairanan.. tak pernah2 minah ni mengalah..

"kita cuba apa2 kod...mana tau boleh buka pintu ni.. " Riz mula berlembut..Nieylla yang sudah terduduk di lantai memandang muka Riz... handsome gak mamat ni... tapi cket jelah... " aku tak pandai nak pecah memecah kod orang ni... " suara Nieylla melirih..membuat Riz terasa sedikit perasaan menjengah di hatinya,..tetapi untuk sekejap saja..

" aku pun tak pandai...terpaksalah kita tunggu pak guard tu buat rondaan.." Riz terduduk di sebelah Nieylla tetapi agak jauh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

7.30 ptg

Uda dan Dara itu masih lagi mengekalkan posisi seperti tadi.. tanpa sedikit pun bicara..hanya kesunyian menyelubungi stor itu..kemudian kesunyian itu terganggu dengan dengusan keras Nieylla..

"Kau pernah dengar tak peribahasa ibarat menunggu bulan jatuh ke riba??" Nieylla memandang muka Riz...

"Pernah... kau pernah dengar tak ibarat menunggu kucing bertanduk??" Riz bertanya dengan nada kecewa..

"Pernah...aku rasa pak guard tu makan gaji buta lah... kan setiap 2 jam mesti buat rondaan...ini dah lebih 2 jam..batang hidung dia pun tak nampak.." Nieylla lagi lah kecewa..

"em... dahlah panas kat dalam ni..." Riz menambah..

"kau rasa kat sini ada hantu tak?" Nieylla bertanya perlahan.."aku dengar senior kita tahun lalu ada dengar bunyi2 yang menyeramkan dari stor ni waktu program *touch-up.." Nieylla masih lagi berbisik padahal hanya mereka berdua di dalam bilik itu..Riz tersenyum panjang... "betullah apa aku cakap...yang kau senyum apa hal??" Nieylla tidak puas hati dengan Riz.. tetapi nada suaranya bukanlah nada yang selalu di gunakan apabila bergaduh dengan Riz tetapi lebih kepada nada merajuk...

"kata orang merajuk biarlah pada orang yang sayang..."Riz masih tersenyum..sementara Nieylla sudah menarik muncung sedepa.. "Kau ingat tak Dani keluar malam masa program Touch-up tu berlangsung?..." Riz menarik minat Nieylla bercerita.. Nieylla hanya mengangguk..
" Waktu tu kami berempat ada rancang nak takut2 kan senior2 perempuan kita tu... tapi kami tak bawa Ek la...gerenti dia ceramah kami 24 hours non-stop punya.. dan bunyi2 tu kami lah yang buat..hehe" Riz menjelaskan perkara sebenar..Nieylla tersenyum..

"Jadi yang senior2 kita sampai histeria tu korang lah yang buat??" Nieylla tak percaya..
nama je pelajar harapan guru-guru..rupa2nya dorang yang membuat onar... memang patut pun Cikgu Rose panggil 5 Mafia..

"Semua ni idea Ken la...bukan tak tau Ken tu..otak dia bergeliga..hehehe... tapi jangan gitau orang lah ye..sebab abang kesayangan kau pun terbabit sama.." Riz tersenyum bak kerang busuk..

"Okaylah...,tapi lucu lah...sampai histeria kakak tu korang buat...hehehe,, tapi okay gak...taklah aku takut dengan stor ni lagi..." Nieylla ketawa kerana kebodohannya percaya akan cerita hantu itu.. Riz join sekaki ketawa... Kemudian mereka di kejutkan dengan bunyi serigala yang sungguh menyeramkan bagi Nieylla..perlahan2 Nieylla mengesot mendekati Riz.. sehingga tiada ruang di antara mereka.. Riz hanya memerhati saja tingkah laku Nieylla kerana binggung dari mana datangnya bunii itu..macam kenal je bunyi tu..tapi di mana ya?.. "and that?? what is that??" Nieylla ketakutan... mereka cuba mengesan bunyi itu dan ternyata bunyi itu datang dari poket seluar Riz.. kemudian Riz tersengih dengan muka tak bersalah..

"Kenapa kita tak berfikir untuk menggunakan handphone dari tadi?? " Riz bertanya selamba..

"Handphone aku habis batteri tadi..asal tak cakap kau ada bawa handphone and lagi satu.. please lah tukar ringtone kau tu..." Nieylla masih lagi duduk bersebelahan dengan Riz.. Riz menekan butang 'OK' selepas melihat nama pemanggil itu..

"Wei!! adik aku mana?? kau pedajalkan adik aku ke??" tanpa ucapan salam suaradi hujung talian sudah menyerbu dengan soalan..

"kalau ye pun soal lah satu2...bagi salam dulu ke..." Riz menjawab dengan tenang..Nieylla tertanya2 siapa pemanggil itu...si sotong tu ke??...

"Assalammualaikum..., mana adik aku.." Dani kemudiannya memberi salam...kerana terlalu bimbangkan keselamatan adiknya membuatkan dia terlupa tugas seorang mu'min..

"Hah...macam tulah..Waalaikumsalam.., kami berdua terperangkap kat stor buku teks ni...kau tolong mention kat pak guard..,dah lama dah kami terkurung ni.." Riz dengan nada mendesak..

"O my gosh... is my adik ok?" Dani cemas..

" ok.. takde lah aku nak pedajalkan adik kau tu...cepatlah datang cni.." Riz melihat kepala Nieylla yang sudah menumpang bahunya kerana keletihan...

"Ok..I on my way..." Dani bergegas ke sekolah itu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"WAh...akhirnya...terlepas gak dari stor ni..." Nieylla menjerit kesukaan..

"Macam baru terlepas dari zoo adik aku ni..." Dani menggeleng kepala... Riz hanya tersenyum..
"so Riz...jom singgah umah jap.." Riz menggeleng..

"I should go home right now... my mother will be worry.... but thanks..maybe next time.." Riz berpaling melihat Nieylla yang hanya menjadi pendengar... baru hari ni aku nampak dia diam ...

"wokey...next time ya...jom adik...kita pulang...." Dani memandang adiknya.. bagus juga kurung dorang ni...first time aku tengok tak bertekak...Dani tersenyum...

"bye Riz..." Nieylla menghadiahkan senyuman yang paling manis buat Riz...



3 comments:

MaY_LiN said...

haha...
da pandai tegor riz yea...

Anonymous said...

Salam...blog awak cantik, lain dari yg lain, Citer pun boleh tahan tp susah nak baca & concentrate. Stressedlah mata sy.

Very2 sorry ek for the comment. Jgn marah citer awak ok.

Sam

MeGa_Lisa said...

sory pasal layout tu..but saya memang nak tukar pun template baru..hehe...by the way..,thanks..