Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, September 19, 2009

Rumah Terbuka Sekolah Cinta 4

“Aline.. Mungkin kau lupa mention mengenai Scorpion besar yang ada kat Hutan ni..” Kata Lulu dengan sedikit terketar2 sebaik saja melihat labah2 besar di belakang mereka.. 7 protégé berpandangan sesama sendiri sebelum berpaling kea rah labah2 yang di maksudkan. Lenst Joeshua mahu mengeluarkan pedangnya tapi dihalang oleh Kyriell.

“ Nanti dulu.. Ini hutan Maya.. semuanya hanya khayalan..” bisik Kir Nadzi pula dengan perlahan ke telinga Lenst Joeshua.

“Macam mana ni?” Tanya Riz sedikit panic.

“Korang semua tumpukan perhatian.. itu bukan reality.. cuba keluar dari khayalan..” Bicara Kay Melissa dengan tenang.. cuba bertenang sebenarnya..

“Cuba keluar dari khayalan?” Tanya Amy pula..

“Tutup mata dan tumpukan perhatian.. bayangkan keadaan sebelum adanya labah2 itu..” Kata Indra Kurniawan pula.. Mereka semua mengikut.. cuba keluar dari imaginasi sendiri.. Sedikit2 demi sedikit keadaan mula tenang.. labah2 itu makin mengecil dan mengecil dan kemudiannya hilang.. mereka semua membuka mata memerhati sekeliling..

“Apa yang terjadi tadi?” Tanya Nathalie kebingungan..

“Nothing.. just kamu terperangkap dalam imaginasi sendiri.. mungkin sebab dah lama berpusing2 di dalam hutan ni..” Jelas Luke Idwarda pula.

“Mari kami tunjukkan jalan keluar.. hari dah nak gelap ni..” Kyriell memendekkan sesi soal jawab.. takut terbongkar pula rahsia mereka semua.. Riz dan kawan2 menurut walaupun di kepala mereka mempunyai 1001 tanda Tanya…

“Dah sampai..” Kata Im sebaik sahaja mereka samapi di tebing jalan raya..

“Well, anyway.. tha…” Ek pelik bila 7 orang yang menunjukkan jalan kepada mereka tadi sudah tidak ada.. “Thank you very much..”

“Mana dorang hilang?” Tanya Ken pula..

“Wei, bunian agaknya.. “Kata Lulu dengan nada seram.. Nieylla memukul perlahan kepala temannya itu..

“Mulut tu cover2lah sikit..” tegur Nieylla.. Tiba2 ada cahaya putih di sekeliling mereka dan kemudian….

“Eh! Kenapa kita ada kat sini?” Tanya Ek keliru..

“Bukan kita sesat kat hutan ke tadi?” Kata Ken pula… Mereka semua kebingungan.. seperti hilang ingatan.. Malas berfikir panjang mereka pulang ke rumah dengan membawah buluh2 yang mereka cari di hutan tadi..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Maaf terpaksa memadamkan kenangan yang cukup menarik untuk kamu semua.. ia terlalu bahaya untuk kamu..” Kata Destiny Amanda..”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Okay.. Ibu biarkan kamu berkerja kat dapur ni.. tapi lepas guna mesti bersihkan semula dan good luck.. “ Kata Datin Maryam kepada remaja2 itu.. Dia meninggalkan saja anak2 remaja itu memasak sendirian kerana permintaan mereka sendiri.

“Ken.. Pergi beli barang2 sikit.. boleh?” Pinta Lulu..

“Boleh.. Kau buat list dulu.. senang nak beli kang..” Kata Ken..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Abang,.. mana cantik.. yang warna biru ke atau hijau?” Tanya Adriana sambil membelek2 pelita di tangannya.

“Yang warna indigo tu..” Kata Mike selamba.. Penat menuruti kerenah isterinya.. ‘Pilih pelita pun nak ambil masa sejam.’

“Takde warna indigolah..”Kata Adriana blur..

“Habis tu?! Dana, pilih jelah warna apa2 pun asal pelita tu boleh menyalakan api..” Bebel Mike. Adriana memekakkan telinganya..

“Baju raya kita warna hijau.. so, beli yang warna hijau jelah..” Kata Adriana.. Mike mengeluh kelegaan.. Sedikit meter lagi jarak antara kaunter dan Adriana.. Adriana memberhentikan langkah.. “Tapi warna villa mama warna biru..”Tambah Adriana lagi. Mike menepuk dahi.. bengang!

“Akak, abang.. sebelum saya jadi patung liberty kat sini tengok kak dan abang bertengkar, boleh saya tumpang lalu..” Tiba2 Ken Interframe..

“Nak lalu? Lalu lah..” Jawab Mike selamba.. masih pening melayan gelagat Adriana.

“Tak sopan abang.. Mak saya kata, tak baik interframe dalam adegan orang lain..” Kata Ken like innocence boy. “Lagipun ni kisah kami bang.. kisah Dana Atau Adriana lain tahun..”

“Oh ye ke? Kita pulak yang tumpang cerita..” Adriana mengaru2 dahinya yang tidak gatal itu,

“Bolehlah saya lalu ni kan?” Tanya Ken seperti budak sopan..

“Ah..lalu lah.. jangan segan2..” Kata Mike pula.

“Sambung baliklah gaduh tu bang, akak.. teruskan..” Kata Ken setelah mendapat laluan dari pasangan yang terlebih ‘bahagia’ itu.Ken berpaling semula kea rah pasangan yang sedang berperang mulut itu. “Kak, Warna hijau lagi bagus.. warna selimut Nabi Muhammad S.A.W.. yelah.. semperna bulan puasa ni kan..” Sampuk Ken.. Kemudian dia terus meninggalkan pasangan yang hangat-hangat bergaduh itu.. ‘tak mahu amik kisah!’

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37