Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, September 19, 2009

Rumah Terbuka Sekolah Cinta 2

“Wei! Apasal lambat sangat.. berjanggut aku tunggu tau!” Marah Ek.. Penat dia tercacak menunggu Lulu touch-up mekap kononnya.

“Lah.. apa pulak lambatnya.. sekejap je pun..” Lulu membela diri.. Dia dan Ek nak membeli baju raya yang sama warna, jadi terpaksalah mereka berdua keluar hari ni.BERDUA!

“Honey!Intan payung, mutiara, diamond, tah apa2 lagi kesayangan beta.. Awak masuk tadi dah jam 10.. awak keluar dari tandas yang maha wangi ni jam 10.30.. can you explain that?!” Kata Ek kegeraman.. memang mereka berdua tidak boleh keluar berdua.. Hilang semua tembok kesabaran..

“Well.. “ Lulu terdiam mencari alasan.. terkebil2 matanya mencari alasan yang sesuai.. “Perempuan memang begitu.” Itu saja yang terfikir oleh otak kecilnya..

“hisy,,, Lama2 boleh kena darah tinggi aku begini..” omel Ek sambil mengurut dadanya..

“Ala.. baru setengah jam.. baby janganlah marah..” Pujuk Lulu..

“Ni panggil baby2 ni mesti nak sesuatu..” Kata Ek dengan curiga. Lulu tersengih.

“Kita tengok satu butik lagi ya? Satu je lagi.. kalau tak jumpa jugak kita pulang lah..” Kata Lulu dengan nada memujuk..

“Aduh….. Perempuan memang macam ni ke kalau shoping.. keluar masuk butik.. tapi belum juga beli apa2..” Bebel Ek.. Tapi dikerahkan juga kakinya mengikuti Lulu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“waalaikumsalam..” Lembut je suara Amy menjawab salam Dani dihujung talian.. Dari tadi dia tersengih2 menunggu panggilan dari Cinta hatinya.

“Buat apa tu?” Tanya Dani..

“Tunggu Dani Call lah.. baru sampai ke?” Tanya Amy pula..

“A’aa.. baru je sampai rumah ni.. tengah berehat2..” Jawab Dani..

“Dani dah dapat surat dari sekolah ke?”

“Surat? Surat apa?”

“Surat jemputan.. RUMAH TERBUKA..”

“Rumah terbuka?”

“A’aa.. macam best tau aktiviti dia..setiap kelas buat rumah terbuka..terpulang dengan kreativiti kita sekelaslah macam mana nak menceriakan rumah tebuka di kelas kita. . jadi kita boleh berjumpa dengan kawan2 lama..” Excited Amy bercerita.

“Yeke.. Mungkin mama terlupa nak mention pasal surat tu kot.. nantilah Dani tanya Mama..”

“mungkinlah.. Eh.. Okaylah.. nak tolong mak masak ni..”

“Okay.. bye.. miss you..” Amy tersenyum manis di hujung talian setelah mendengar ucapan dari Dani.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Aik? Surat dari sekolah..” Ken membuka sambul yang berwarna putih itu.. “Sambutan hari Raya di sekolah dot.dot.dot pada hari raya ke 2..” Ken tekun membaca surat itu..

“Apa tu Ken?” Tanya Areana(watak Lavine ship) sambil berjalan kea rah Ken.. Areana ialah kakak sepupu Ken.

“Eh.. bila kakak mendarat semula ke daratan ni?” Tanya Ken..

“Hari tu.. Apa tu?” Tanya Areana sambil mengambil surat di tangan Ken.

“Jemputan dari sekolah menengah Ken dulu.. Suruh memeriahkan lagi sambutan kat sana..”

“hurm.. jadi perosak lagi adalah..” Usik Areana.

“yelah tu.. So, apa cerita kat tengah laut tu?” Tanya Ken. Areana tersenyum.

“Akak jumpa Ikan Duyung Jantan yang lemas.” Ken memandang Areana dengan pandangan keliru+ blur….

“Akak.. Dah nama ikan kak.. boleh lemas pulak??”

“Adalah…” Areana masih tersenyum. Ken menggeleng kepala. ‘Terjumpa dengan penunggu laut kot akak sepupu kesygan aku ni..’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“So,, apa kita nak buat semperna rumah terbuka kelas kita ni” Tanya Riz. Dia baru sahaja sampai beberapa jam yang lalu di tanah Melaysia ni..

“Cikgu cadangankan kamu bakar lemang kat sekolah ni.. special sikit.. boleh makan panas2” Cikgu Rose memberi idea.

“Tapi macam mana nak cari buluh? Bukan senang nak cari kat tgh2 bandar ni..” Komen Ken pula.

“Aku tahu satu tempat ni..” Kata Ek memecah kebuntuan.

“kat mana??” Tanya Nieylla pula..

“Kat hutan yang berdekatan dengan bukit DESTINY!” Ek bercakap dengan cara yang menyeramkan.. (Penulis: buat2 je seram)

“Aku tak pernah dengar pun..” Kata Amy pula. Lulu mengangguk.. setuju dengan Amy.

“Aku pun tak pernah dengar.. Fail geografi lah..” Tambah Im pula..

“ Ek, kau masih bercakap mengenai Malaysiakan? Asal tak pernah jumpa tempat tu kat dalam peta?” Nathalie pula menyatakan kekeliruannya.

“Ala.. Korang ready je pagi besok.. aku tunjukkan korang kang..” Kata Ek..

“Okay.. tapi kamu semua kena hati2 tau..” Kata Cikgu Rose.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37