Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, January 7, 2010

Biarkan ku bersandar 3(i)

“Betul kau nak jumpa dia besok? tak takut kena culik ke? maklumlah, manusia alam maya sekarang susah nak percaya 100%..” Kata Shazlin yang berbaring di atas katil sambil memeluk patung tweety yang dah kehilangan matanya.. Aku yang duduk bersila di tepi katil berfikir sejenak..

“Betul jugakan.. Ada kawan kita kat kolej tu ceritalah kan kat aku.. Orang tu bagi dia gambar macam rupa Elvis the legend rupa2nya bila jumpa..muka orang tu setaraf dengan Elvin the chip munk..” Aku dan Shazlin terkekeh2..

“His! tak baik kita ketawakan orang.. Ciptaan Allah tu.. Sepatutnya kita perlu panjatkan lagi rasa kesyukuran sebab dianugerahkan kita wajah yang sedap mata memandang,, “ Shazlin menegur kealfaan kami..

“Astagfirullah al-azim.. Tak baik kita ni.. nasib baik kau ingatkan.. Bukan apa.. aku ketawa bukan sebab orang tu lah.. tapi perumpamaan yang kawan kita guna tu lah.. tak patut betul..” Aku mula membetulkan duduk ku.. Telefon bimbit yang tengah dicas balik2 ku renung.. takut tidak sedar jika ada mesej baru.

“Tulah.. eh Ann, apasal kau tak suka balik rumah ek?” Aku menjungkit bahu. Aku menginap di rumah Shazlin seperti malam2 sebelumnya.. Mungkin kerana keriuhan di rumah Shazlin membuat aku sengan berada di sini.. Kalau di rumah pusaka tu… Hai…. sunyi..

“Kenapa? dah keberatan aku share bilik kau ke?” Tangya dengan nada terasa hati yang di buat2..

“Eh! siapa kata gitu..Aku okay apa kalau kau di sini.. Tapi curious juga nak tahu di mana rumah kau,, Siapa mak bapak kau.. sepanjang kita berkawan aku belum jumpa pun dengan parent kau..” Shazlin sudah bangkit dari katil dan menuju ke bilik air.

“Jap.. aku berus gigi dulu.. nanti sambung balik..” Sempat lagi Shazlin berpesan.. aku tersenyum tawar.. Aku sendiri pun jarang jumpa parent aku.. macam mana nak kenalkan dengan orang pula.. Aku menggeleng kesal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Aik? Lawa anak ibu yang sorang ni.. nak pergi mana?”Tanya puan Mariam pada ku.. Shazlin sudah mengambil tempat duduk di sebelah ayahnya sambil mengambil sekeping roti canai yang siap di masak oleh ibunya, Puan Mariam.

“Nak keluar kejap ibu..ada urusan sikit..” Jawab ku perlahan.. aku pula mengambil tempat di sebelah Shazlin..

“Nak dating tu b u,Blind date lagi..” Kata Shzalin dengan mulut yang penuh.. Aku mencubit perlahan pinggangnya..”Auch!”

“Hisy Shazlin ni.. Tak senonoh.. cuba makan tu senyap sikit.. mulut penuh pun nak bercakap..”Kata Haji Hadi, Ayah Shazlin.. Penyayang orangnya, sama macam Puan Mariam.. Sebab itu aku tak jemu berkunjung di sini.

“Shazlin tu memang.. entah bilalah orang masuk merisik kalau gaya kamu tak ubah2.. macam budak kecil..” Kata Puan Mariam pula.. Aku tersenyum.. seperti di bela..
“Aik? kenapa aku terasa seperti diriku di anak tirikan ni..” Kata Shazlin bermadah.. “Jangan risau mak.. Lain tahun gerenti ada orang merisik…” Ceh! confidentlah sangat..

“Ha! yelah tu.. belajar pun tak pas lagi…” Kata Puan Mariam lagi.. Shazlin mengaru kepala yang tidak gatal. Kejap suruh ini.. kejap suruh itu..pening..baik tutup mulut..selamat dunia akhirat..Shazlin teruskan mengisi perutnya.

“Annisah.. nanti malam balik sini ya.. Ibu cadang nak masak mushroom goreng dinner nanti..” Kata Puan Mariam sambil menarik kerusi yang berhadapan suaminya. Sempat lagi tangannya menuang air kopi ke cawan suaminya..

“Emm.. Malam ni tak dapatlah ibu, abang Annisah balik malam ni.. lama tak jumpa dia.. jadi cadang nak makan kat rumah..” Aku menghirup air teh yang masih panas itu perlahan.. Sedap teh bancuhan ibu.. Atau mungkin aku yang tidak pandang membancur tea..

“Oo.. kalau begitu Annisah ajaklah abang datang dinner kat sini..” Cadang Haji Hadi pula.. Uh! the idea is too good to be true..
“Emm.. Rasanya tak dapat kot Ayah.. sebab abang tu bukan suka bergaul dengan orang..susah nak bawak dia jalan pergi mana2 ni.. “ Kata ku memberi alasan.. tangan yang ku sorokkan bawah meja sudah berlaga sesama sendiri.. Aku khuatir jika kata2ku membuat mereka terasa hati.

“Oo.. takpelah kalau begitu.. lunch besoklah Annisah makan kat sini.. ibu masak sedap2..” Pelawa Puan Mariam lagi.. mana mungkin aku akan menolaknya kali kedua.. rezeki tak baik di tolak..

“Insya_allah I’ll be here..” Kata ku dengan senyuman.. Ah! keluarga ni.. terlalu baik dengan ku…

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37