Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Sunday, January 10, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 4

“Heiy… Are okay Miss? any problem?” Tanyanya dengan lembut dan senyum yang tidak lekang di bibir. Dahlia mengangkat mukanya yang sedari tadi merenung rumput padang Kolej Angsana 2. Dia merenung wajah Paied yang ceria.

“Miss?” Ulang Dahlia kembali dengan rasa serba salah. Kakinya mengais-ngais rumput di padang.

“Kenapa ni? sejak balik cuti monyok je..Ada masalah ke?” Paied meneguk air minumannya. Dahlia menghela nafas panjang. Dan kemudiannya menggeleng.

“Takde apa-apa.. Ira rasa tak selesa la.. balik hostel dulu ek, nak berehat kejap..malam nanti ada kelas dengan Puan Madhihah lagi.” Paied mula merenung wajah Dahlia. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu. Lama mereka berbalas pandang sehinggalah Paied mengesan ada air mata yang ingin jatuh ke pipi gadis itu.

“Kenapa? Paied ada buat salah ke?” Tanyanya risau. “Atau Chill bawa mulut lagi ya? Marah Paied layan Chill ya?” Tanyanya bertalu-talu dalam nada perlahan. Dahlia menggeleng untuk semua pertanyaan.

“Tak.. Paied tak pernah buat salah.. I just feel so sleepy.. that’s all.. Tu yang dah berair mata asyik menguap je dari tadi.. You know I don’t like sport right?.. Tapi demi Paied, Ira sanggup turun padang” Dahlia Cuma menutup rasa serba salahnya.. Cuba tersenyum selebar dan seceria yang mungkin. Paied turut tersenyum walaupun hatinya tertanya-tanya apa terjadi dengan gadis itu.

“Okaylah, Pergilah balik hostel dulu and sleep.. Besok Paied tak nak tengok muka cemberut macam ni lagi..” Dahlia mengangguk. Satu demi satu langkah kakinya meninggalkan padang itu.. Dia tahu Paied masih memandang ke arahnya.. Dahlia pandang ke belakang.. dan Paied masih di situ, tersenyum dan melambai ke arahnya.. Tambah berat beban yang di rasakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tanpa sempat menghamburkan tangisan di atas katilnya, Dahlia membaringkan diri di atas katil temannya, Pony. Bilik yang di kongsi bersama dua orang temannya menjadi sunyi. Hanya mendengar esakan dari gadis yang bernama Dahlia. Seminit, dua minit.. lima minit dan Dahlia bangkit menghadap Pony dan Fie yang berdiam diri sedari tadi melihat tingkahnya..

“Pony… aku sedih…” Katanya sambil mengelap saki-baki airmatanya. Pony menggeleng kemudian mendekati Dahlia.

“Aku tahulah kau sedih.. Dah kau masuk bilik ni lepas tu terus membasahkan katil aku dengan air mata kau tu.. Takkan aku mahu cakap kau gembira pula..” Balas Pony menghulurkan kotak tisu. Fie tahan senyum mendengar omelan Pony.

“Janganlah sinis sangat.. Tahu pun aku sedih.. Kamu bagi biar je aku menangis hiba.. Tak pujuk pun..” Katanya dalam nada merajuk. Satu persatu tisu di ambil untuk mengelap air matanya.

“Hisy! sudahlah.” Pony mengambil semula sekotak tisu yang dia berikan tadi.. Rimas melihat pembaziran yang Dahlia lakukan. “Aku blur tadi.. Tiba-tiba ja masuk bilik lepas tu nangis..mana tau kau mau minta pujuk..” Jawab Pony.. Agak kasar tetapi itulah persahabatan.. Kedengaran agak kasar, sinis tetapi semuanya adalah kasih sayang seorang teman.

“Kau kenapa? Paied buli kau ke? Nanti dia.. Aku ketuk2 kepala dia dengan buku PP gemuk ni..” Fie pula duduk di sebelah Dahlia. Dahlia sempat lagi mengalih pandangan kepada buku Prinsip Perakauan Fie di atas meja. Cepat dia menggeleng.

“Bukan..” Diam sebentar.. Mana mungkin dia beritahu hal perkahwinannya kepada teman sebiliknya. Bukan tidak mempercayai.. Tapi.. mereka memang tidak boleh simpan rahsia. “Aku terjatuh atas rumput tadi.. Saja je action menangis macam hilang laki.” Katanya dengan muka selamba. Pony mengetuk kepala Dahlia menggunakan kotak tisu yang dipegangnya sedari tadi.

“Sekali aku karate kau kat sini, 10 bulan kau pakai wheel chair tau..” Kata Fie dan kemudiannya menyambung pembacaan novelnya semula. Dahlia mencebik dan beralih ke katilnya.

“Wei, Ieyna dan kawan2 ajak pergi tengok wayang hari ni. Kau nak ikut ke?” Tanya Pony sambil membetulkan alas katilnya yang sudah berserabai disebabkan Dahlia.

“Aku ada kelas Puan Madhihah malam ni.. Lagipun dalam dompet aku dah takde kertas biru, purple, merah pun sikit.. Ada kertas warna biru kecil dan warna hijau je..” Sambil menekan-nekan punat telefon bimbitnya.

“Apa yang kau merepek ni? Aku bawa tengok wayang, bukan nak buat origami nak bawa kertas segala. hisy.. Angau!” Dahlia buat muncung itik. Buat tak dengar kata-kata Pony.

“Yelah, nak tengok wayang mesti bawa kertas…” Dengan nada meleret-leret.. Pony mengaru kepala. Agaknya Dahlia jatuh dengan teruk tadi sehinggakan jadi senget akal sebegini fikir Pony. Fie menjadi pendengar.

“Bawa kertas apa?” Tanya Pony..

“Bawa DUIT kertas…” Rasa mahu di humban saja benda yang ada di depannya sekarang ke arah Dahlia yang sedang bantai ketawa.

3 comments:

fzm2 said...

hye sis!daa lma
x jeng0k blog nih..
besh2 cter bru nie..
keep it up k

MaY_LiN said...

oho..
2-2 ader partner yea..
aish..aish

nursya said...

hai...
2-2 ader scandal nie...
taufan katrina bakal melanda nieh..
wakakaka...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37