Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, July 5, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 24

“Paied tanya pasal kau kelmarin.. Dia cari kau..”

Kata-kata Fie membuatkan tangannya yang lincah memasukkan barang makanan ke dalam almarin terhenti..Sudah hampir sebulan atau dua bulan, entah dia sendiri sudah tidak mengira hari yang di mana Paied tidak mengedahkan dirinya lagi.

“Dia masih sayangkan kau.. kalau kau pujuk dia dan jelaskan apa yang berlaku mesti dia boleh maafkan kau...”
Dahlia hanya mendengar kata-kata Fie tanpa bicara..

“Apa yang susah sangat nak dijelaskan Irah.. Takkan kau nak berpisah terus dengan Paied..”
Masih menjadi pendengar.

“Kalau kau pujuk dia.. gerenti dia balik semula dengan kau...”
Dahlia mengeluh..

“Dia masih sayangkan kau..”
Dahlia merenung Fie di depannya..dengan muka bingung..

“Kenapa ya??”

“Hah?”

“Kenapa ya aku tak lakukan apa yang kau cakap tu?”
Dahlia melabuhkan punggung di katilnya..

“Aku boleh dapatkan Paied semula tapi aku rasa aku malas.. sangat malas..padahal aku sayang Paied..Sayang sangat..”
Dahlia termenung..mungkin sebab semalam sewaktu dia masih di rumah Dannial....

“Dah nak tidur?”
Suara Dannial cukup lembut di menyentuh receptor telinganya.. Dahlia yang baru mahu merehatkan badan di atas katil berpaling kepada Dannial..

“Em.. besok flight awal.. nanti terlambat bangun pulak..”
Dannial duduk di tepinya.. merenung tepat ke wajahnya..

“Tak boleh ke kalau tak pulang?”

“em??”

“pindah sini lah..”

“Kenapa pula?”

“Kenapa tanya begitu... Berat hati nak tinggalkan seseorang kat sana ke?”
Dahlia menggeleng.. Dannial belum tahu apa yang terjadi..

“Nial tak kisah ke bila kita terpaksa berkahwin?”

“Kenapa? Lia dah tak mau teruskan ke?”
Berat hatinya mahu bertanya soalan itu..

“Nial takde girlfriend ke?”

“Lia tak boleh jadi girlfriend Nial ke?”
Perlahan.. Tapi masih boleh di dengari oleh Dahlia.. Dannial masih lagi menunduk.. Dia kenal gadis itu dari kecil lagi.. Tapi dia terlambat.. Orang lain yang dahulu mengambil hati gadis itu.. Kalau dia tahu yang dia akan merindui dan menyayangi Dahlia seperti itu.. dari mereka berumur setahun lagi dia akan mengambil hati Dahlia jikalau boleh..

“Lia layak ke?”

“kenapa tanya begitu? Atau Nial yang tak layak? hem?”
Lembut.. Dahlia menarik nafas panjang.. dia bersandar di kepala katil.. setiap soalan yang dia kemukakan kepada Dannial pasti dijawab dengan soalan juga.. Agaknya suaminya itu gagal dalam bahasa melayu gamaknya..

“Nial nak tak??”

“Nak apa?”

Mukanya sudah penuh dengan senyuman yang agak gatal...

“Jangan fikir yang bukan-bukan.. Lia nak tanya Nial nak tak teruskan hubungan kita? Tanpa ada orang ketiga lagi?”

Dannial agak terkejut dengan pertanyaan Dahlia itu.. Tanpa orang ketiga? Tanpa Paied?

“Tanpa Paied..”
Seperti tahu apa yang berlegar-legar di kepala suaminya..

“Kenapa tiba-tiba? Lia dah break up dengan Paied?”
Dahlia menggeleng.. Entah.. Paied Cuma merajuk seperti selalunya.. Tapi entah kenapa dia berasa dia lebih sesuai berada di sisi Dannial.. Mungkin kerana Dannial itu suaminya.. atau mungkin Dannial membuatkan dia lebih selesa memautkan dirinya di sisi jejaka itu.. Atau dia mula sayangkan Dannial??tak mungkin.. Dia sayangkan Paied...

“Entah.. Lia lebih selesa kalau kita berdua je.. Lia lebih tenang...”
Lancar ayat itu di tuturnya..

“Dah fikir masak-masak?”
Dannial menyoal lagi.. Kalau Dahlia mahu dia menjadi seorang ketua keluarga yang sebenar-benarnya, dia seribu kali sudi.. Bermakna dia berhak menghalang hubungan antara Paied dan Dahlia.. Kerana Dahlia sendiri sudah mahu mengakui yang dia suami gadis itu.. Sungguh dia tidak tenteram berlagak seperti seorang suami yang baik hati dan serba memahami..

“Ya..”
Mungkin.. Tapi memang tempatnya di sisi Dannial.. tiada pilihan lain.. Tapi dia tidak terasa terseksa untuk memilih Dannial..Ciuman di dahi membuatkan dia tersentuh.. Wajah Dannial terlalu hampir dengannya...

“Dan walau apa pun jawapan Lia.. cuti bulanan Lia masih berjalan.. jadi jauh-jauh sikit..”
Fie bercekak pinggang melihat Dahlia tersenyum-senyum sendirian.. Khayalkah kawannya itu? Berarti dia bercakap panjang lebar tadi langsung tidak diberi perhatian oleh Dahlia.

“Irah!!..”

“Ooomak kau terjatuh!..”
Ieyna yang mahu masuk ke bilik mereka melatah apabila terkejut mendengar jeritan Fie.. Dahlia tersedar dari lamunnya tertawa..

“Fie ni.. kalau nak test vocal pun agak-agaklah.. K-box banyakkan kalau kau nak test vocal pun.. nak juga menjerit kat dalam bilik yang tiada kalis bunyi ni..”
Ieyna membebel sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Dahlia..

“Nanti-nanti aku jelaskan pada korang, dan Paied.. kenapa dan mengapa..”
Kemudian mengambil tualanya yang tersidai di kerusi mahu mandi.. sebenarnya melarikan diri dari topic yang mereka bincangkan itu...

“Jelaskan apa?”
Ieyna yang baru melawat ke bilik mereka tidak tahu pokok pangkal ceritanya kebingungan.. Fie menjungkit bahu.. Dahlia masih mahu menutup erat rahsianya...

5 comments:

epy elina said...

hohoho...
ok jg lia ngn daniel tp ada org ke3...

Anonymous said...

suka suka...
wak cepat2 sket daniel ni bercinta ngan dahlia...
x yah lama2...nnt byk knflik...

wahh..bgga,...1st time komen neh
>>niCk<<

MaY_LiN said...

xsabar nak tanye pe reaksi kawan2 lia

Anonymous said...

harap harap hubungan lia n daniel bahagia eehhh...why daniel tak nak tukar sekolah sama ngan lia??

nursya said...

hahaha...
btl ke lia nk wat confession nie???
mcm x caya jer...

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37