Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, December 4, 2010

My EX-BF List BooK... 7

Bab 7
“Aku tak tahu pulak kau minat bunga…”
Sindiran pertama yang dia terima hari ini selepas menerima ‘sekebun’ bunga ros merah,putih,pink dan segala jenis warna ros.. kalau ada ros hijau, ros hijau tu pun akan memenuhi bilik pejabatnya.
“Minah bunga juga rupanya kau ni ek?”
Sekali lagi sindiran dari orang yang sama. Meh, kita cek siapakah gerangan yang mahu meninggal sebelum ajal ini.. Dan pemenangnya ialah…….. Darius.. Pang! Amik kau satu dari gubahan bunga ros yang menyemak di mejanya berterbangan ke arah Darius.
“ah… lega.. terima kasih kerana masuk ke dalam office saya untuk menjadi pelepas geram saya. You may go now if there no anything else..”
Kata Lily selamba walaupun dia nampak muka berkerut Darius menahan marah akibat balingan bunga ros darinya sebentar tadi. Siapa suruh…,dahlah dia tengah bengang dengan Adie Sufian.
Hisy! Minah ni datang bulan ke apa nak mengamuk tak tentu pasal. Selalunya kata aku sindir dia, kalau rajin dia balas.. kalau tak rajin dia jeling je..Hari ni pulak terlebih rajin siap baling bunga kat aku ni..
“Hoi minah! Angin tak tentu pasal pehal? Orang dapat bunga happy la.. ni mengamuk sampai aku pun kena tempias skali..”
Marah Darius.Lily menjeling tajam. Dokumen di atas mejadi hempas-hempaskannya.
“En.Darius… bukankah saya secara rasminya tadi telah menghalau anda dari bilik saya.. Kenapa masih di sini?”
Lily bersuara apabila Darius duduk di hadapannya. Darius tersenyum sinis.
“Cik Lily yang masih belum ada tanda-tanda nak jadi PUAN… Boleh tak awak alert sikit dengan kerja awak.. Saya tau awak sekarang tengah busy berkebun dalam office awak ni.. tapi bila hantar dokumen dengan saya.. tolong alert and double check before you send it to me..”
Sarkastik.
“En.Darius yang workaholic… saya ada P.A yang duduk termenung di depan bilik saya ni.. Jadi andai ada masalah apa-apa.. tolong sampaikan saja berita gembira atau duka tu kepada P.A saya kat depan tu.. kalau tidak, P.A saya tu kebosanan takde kerja.. Tq.”
Balas balik ni.. tak mahu kalah.
“Cik Lily yang cemerkap.. awak tu selalu cemerkap.. jadi daripada saya berurusan dengan orang tengah untuk membetulkan kesilapan awak.. Baik saya cakap secara live kat awak.. supaya masuk sikit dalam otak tu..”
Panas! Air-cond pun tak dapat menampung haba panas yang sedang berkeliaran kat dalam bilik ni. Lily menarik nafas panjang.. sabar Lily.. sabar.. S.A.B.A.R
“En.Darius… kenapakah En.Darius suka mencari gaduh dengan saya? Saya tak simpan pun makhluk bernama gaduh tu.. jadi janganlah cari dengan saya.. carilah dengan orang lain.. ini bukan seperti kisah novel En.Darius.. gaduh-gaduh lepas tu jatuh cinta.. tidak En.Darius.. saya rela jadi andartu kalau itu takdirnya.”
Dengan nada sinis mendayu-dayu ni… Darius membuat muka jelek.
“Hello….. Cik Lily masih wujud kat dalam bilik ni ke???? Ke dah hanyut dengan bunga-bunga ros ni..”
Sindir Darius pula. Lily memeluk tubuh.
“Cik Lily.. jangan berangan.. saya dah ada tunang yang lemh-lembut dan sopan santun serta berbudi bahasa.. Jadi jangan haraplah saya jatuh cinta dengan orang yang Cermerkap+Sinis=Bengis macam Cik.Lily ni.. terima kasih.. betulkan dokumen ni then hantar terus kat bilik saya.. that mean, bilik yang berhadapan dengan Cik.lily ni..”
Darius berlalu meninggalkan Lily yang kebingungan. Ek? Dia dah bertunang ke? Agak-agaklah kan, siapa gadis yang malang tu ek? Kesiannya.. betul.betul..betul.. simpati dengan nasib dia bertunangkan Darius si mamat cipan tu.. Hey…malangnya nasib.. Lily menghembus nafas keras bila teringat yang biliknya masih dipenuhi dengan bunga ros pelbagai gubahan. Intekom ditekan-tekannya..
“ya Cik Lily.. ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
Ceh.. ayat skema tu..
“Boleh tolong sedekahkan atau agih-agihkan bunga ros yang ada dalam bilik saya ni kat siapa-siapa yang berminat? Saya allergic dengan bunga ros yang dibeli oleh Adie Sufian.titik.”

1 comment:

Anonymous said...

bunga~bunga~bunga~

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37