Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, February 17, 2011

Dana atau Adriana?? 14 (ii)

Ikhwan termenung di pejabatnya.. Sofa yang tersedia di dalam pejabat itu tempat dia merehatkan badan yang penat..Sebiji epal yang diberi Syakilla, anak buahnya di tenung.. Ah! Gadis itu tetap di ingatanya.. semua benda di depannya mengingatkan tentang kenangan mereka bersama.. Ikhwan memejam mata mengingat kenangan lalu..........

“Ikh!....”

Adriana memanggil Ikhwan dengan perasaan teruja. Dia mahu Ikhwan juga melihat pemandangan yang sedang dia lihat. Ikhwan berjalan kea rah kekasihnya kemudian mengalihkan pandangannya ke arah yang di tunjuk Adriana sedari tadi.

“Firefly.. cantik..”

Puji Adriana. Tidak rugilah dia turut sama mengikuti Ikhwan dan kawan-kawan yang lain berkhemahan. Ikhwan Cuma tersenyum tawar. Ikhwan kelihatan lain hari ini.. Seperti teragak-agak.. entah apa yang difikiran jejaka itu.

“Em... Rya...um.. Rya nak.. um..”

Adriana menjungkit kening. Pertama kali melihat Ikhwan gemuruh seperti ini. Tangan Ikhwan yang disembunyi dibelakang. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan dari pandangan Adriana.

“Ikh okay tak hari ni?? Tergagap-gagap..”

Ikhwan menarik nafas panjang.

“Bagi Ikh masa 5 minit.”

Adriana mengerut dahi kehairanan. Dia cuma memandang melihat setiap langkah Ikhwan. Pelik!

“Woi! Kau belum bagi lagi??”

Adrian menarik tangan Ikhwan kemudian mereka bersembunyi di sebalik pokok agar Adriana tidak dapat melihat mereka.

“Aku gabra bro..”

“Hah?? Kau ulang sekali lagi? Gabra?”

Tanya Adrian dengan muka yang penuh terkejut. Ikhwan gabra? Boleh masuk berita ni.. Berita tergempar.

“Kau jangan begitu bro... aku memang gabra sangat dah ni.. macam mana kalau dia tak terima aku?? Macam mana kalau tiba-tiba dia minta putus sebab hal ni.. Tak jadilah benda ni.”

Adrian menahan gelak melihat muka ayam berak kapur temannya itu. Pandai gabra pulak mamat ni. Bisik hati Adrian.

“Wei...baik kau bagi hari ni.. hari ni je aku bagi permission. Besok lusa mana tau aku ubah fikiran.. menangis tak berlagu kau nanti.”

Ikhwan mengeluh panjang. Adrian menepuk bahu temannya itu. Dengan langkah yang lemah Ikhwan mendekati Adriana yang sedang menunggunya.

“Seriously Ikh, what wrong with you today?? Demam ke?”

Belum sempat Ikhwan bercakap apa-apa, Adriana sudah mengeluarkan ayat pertanyaan dengan wajah seriusnya.Maka, bertambah kecutlah jantung dan segala hempedu milik Ikhwan.

“Ria... Ikh nak... em.. nak..”

Adriana meraup wajah. Kena sampuk jin hutan ke kekasihnya itu. Ikhwan menggaru kepala sementara tangan kirinya masih menyembunyikan sesuatu di belakangnya.

“Nak apple?!”

Tanya Ikhwan dengan nada kelam kabut apabila saja Adriana mahu membuka mulut.

“Hah?”

Bingung!

“Hah?”

Ikhwan turut sama bingung. Pertama kali dalam hidupnya terasa seperti orang bodoh. Panik tak tentu pasal. Semuanya sebab Adriana. Kekasih hatinya.

“Nak apple..”

Adriana menyambut buah apple yang diserahkan Ikhwan secara kelam kabut itu. Adriana mengerut dahi. Buah apple itu kelihatan seperti sudah terbelah ditengahnya. Adriana memisahkan buah apple itu kepada dua bahagian.. dan, ada sesuatu benda di tengah apple itu. Muka gelisah Ikhwan di pandang tajam.

“Are you trying to.... em..”

Adriana kelihatan kebingungan, Ikhwan semakin gabra.

1 minit...

2 minit..

Diam tanpa sebarang kata.

“Bukan ke time ni, you should... pop the question.”

“Hah?”

“The question? The important question..”

Ulang Adriana lagi. Ikhwan berfikir seketika.

“Oh! Em.. Adriana.. will you...”

Menarik nafas panjang.

“Will you.....”

Wajah berkerut Adriana direnung. Gelisahnya semakin memuncak.

“Will you mar....”

“Yes.”

“Hah?”

“I do actually..”

“Ha?”

Bingung.

“Ikh tergagap-gagap nak tanya, jadi Ria skip jelah bab pertanyaan tu.. lambat sangat.”

Ikhwan tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Adriana..Adriana... kau jelah yang boleh menyebabkan aku gelisah seperti ni.

Dana tiba-tiba tersenyum. Entah kenapa, walaupun dia tidak begitu ingat peristiwa berkenaan buah apple di hadapannya itu, tapi jauh di sudut hatinya dia masih mahu tergelak mengenangkan peristiwa yang masih samar-samar diingatannya.

1 comment:

nursya said...

hai dana ngn ikhwan leh sama2 teringat tragedi buah apple nie...
huk huk huk

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37