Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, July 5, 2011

Dana atau Adriana??, 27

Bab 27
            “Aku tak percaya dia tulis surat ni..”

            Surat yang diberi Reego sebentar tadi diserahkan kepada Adrian untuk membawanya. Illina tumpang sekali membaca ditepi abangnya. Jelas sekali disurat itu yang Rya mahu sedikit ruang untuk menyembuhkan hatinya. Dan Rya baik-baik sahaja. Surat itu ditulis menggunakan komputer, tapi tandatangan Rya memang sama dengan tandatangannya sebelum ini. 

            “Betullah tandatangan Rya.”

            Kata Adrian. Illina mengangguk mengiakan kata-kata abangnya. Ikhwan tersandar lemah. Sesekali terdengar dia mengeluh. Dia mahu melihat Rya. Bukan surat dari gadis itu. Dia betul-betul rindukan gadis itu. Ikhwan meraup wajah.

            “Bagi dia masa.”

            Kata Reego pendek. Marina yang baru sampai menjungkit kening bila melihat semua berwajah serius selepas dia sampai ke restaurant GHI. 

            “Kenapa semua muka macam lepas makan cengkudu ni?”

            Adrian menyerahkan surat yang dibacanya tadi kepada Marina. Marina membaca surat itu kemudian memandang Reego tanpa kata. Reego tahan senyum. Kemudian menghantar isyarat yang dia akan jelaskan semuanya nanti. 

            “Ikhwan tak percaya yang Rya yang buat surat ni.”

            “Ooo..”

            Jawab Marina pendek. Aku pun tak percaya. Bila masanya Rya ada masa nak buat surat yang penuh kata-kata puitis ni. Reego ni pun, nak menipu pun melampau sangat. Saya mahu menyembuhkan luka yang berdarah di hati ini. Rya cakap macam ni? Huh! Dalam mimpi. Bebel Marina di dalam hati.

            “Di mana Rya sekarang?”

            Tanya Ikhwan. Illina yang sedang bermain dengan straw di gelasnya teruja mendengar soalan dari Ikhwan itu.

            “A’aa.. mana Rya sekarang? Dia belum sain cek bulanan akulah..”

            Adrian menyekeh kepala adiknya itu. Benda tu pulak yang dibimbangkannya. Bukan nak Tanya kakak dia sihat ke, dah gemuk ke, atau masih cantik. Padahal dia sudah memberi sejumlah duit yang cukup untuk adiknya itu. Masih tidak mencukupi ke? Berapa selalunya Adriana ni memberi duit bulanan kepada adik mereka itu.

            “Sakitlah bang.. Adik bergurau je pun.”

            Tak. Memang dia betul-betul mahu Adriana yang memberinya duit bulanan. Adriana tidak banyak tanya seperti abangnya. Masa nak bagi duit siap dengan tazkirah lagi. Mungkin sebab Adriana adalah kembarnya, jadi Adriana lebih memahami keperluannya kot. Marina buat muka tak percaya. Illina bergurau pasal duit. Lucunya!.

            “Dia di mana sekarang Reego?”

            Serius Ikhwan bertanya. Marina dan Reego berpandangan seketika. Kemudian Reego menggeleng. Tidak mahu memberitahu. Adriana menarik nafas panjang. 

            “Kalau begitu, takpelah.. Kita biarlah Rya tenangkan fikiran dulu.”

            Kata putus dari Adrian membuatkan Ikhwan mendengus. Tidak setuju dengan kata-kata Adrian itu.

            “I want to see Rya.. aku nak jelaskan semuanya kepada dia.. Ini salah kau Reego, kau yang bocorkan semua rahsia. Kau mesti lebih bertanggungjawab dengan beritahu aku di mana Rya sekarang.”

            Reego menjungkit kening mendengar kata-kata Ikhwan. Aku pulak yang bersalah. Bisik hati Reego.

            “Ikh.. kalau aku tak buat macam tu, kau masih tak sedar-sedar akan kesilapan kau.”

            Ikhwan mendengus lagi. Kata-kata Reego ada benarnya juga. Kalau tidak, sampai sekarang dia masih menipu Adriana. Ikhwan meraup wajah. Kenapalah dia bodoh jadi sebodoh itu. Menduakan Rya bukan tindakan yang bijak! Adrian mengeleng kepala kemudian menepuk bahu Ikhwan. Dia harap Ikhwan tidak melakukan apa-apa lagi tindakan yang akan membuatkan Adriana semakin benci pada lelaki itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

            Marina mengerut dahi. Rasa seram juga bila kereta dibelakangnya tidak berhenti mengekorinya. Bila dia belokkan kereta ke kiri, kereta dibelakang pun ikut sama. Bila dia masuk lorong kanan kereta tu nak ikut juga. Tukar lorong pun nak ikut ke? Setahu aku pengintip selalunya jarakkan kereta sikit kalau nak mengekori suspek. Ni tak, macam nak melekat je kereta yang mengekorinya itu denga kereta aku.. Okay ke tak orang ni. Bisik hati Marina. Dia cuba melihat dari cermin keretanya. Manalah tahu boleh nampak pemandu yang mengekorinya sedari itu.  Kemudian Marina tersenyum lebar. 

            “Illina..Illina.. dah tukar profesion nak jadi detektif pula ke?”

            Marina menguman sendiri. Dia mendail nombor telefon bimbitnya. 

            “Hah awak? Apahal?”

            “Uish! Kasarnya.. baru je pagi tadi awak lembut semacam je..”

            Sempat lagi Marina menyindirnya. Reego tertawa kecil bila di sindir sebegitu.

            “Itu bohong sunatlah..”

            Jawab Reego. Dia melihat ke cermin sisi, Reego mengeluh. Selang tiga kereta dari keretanya kelihatan kereta milik Ikhwan. Reego mengeleng kepala. Ikhwan ni pun kalau nak mengintip gunalah kereta lain. Skill dah ada dah.. bisik hati Reego.

            “Tau tak yang saya sekarang ni tengah diekori oleh Illina dengan jarak yang begitu dekat sekali.”

            Kata Marina tanpa sebarang perasaan. Reego tersenyum.

            “Same here. Ikhwan tak mahu mengalah. Mengekor je dari tadi.”

            Marina mengeluh.

            “Terpaksa balik rumah mama malam ni. Leceh kalau Illina dah tukar minat jadi pengintip ni.. Tak mahu mengalah. Orang tukar lorong pun dia nak ikut.”

            Marina kemudiannya  membelok mengambil lorong sebelah kiri selepas saja selesai menelefon Reego. Melihat kereta Illina masih mengekorinya, dia terpaksa mengambil keputusan untuk balik ke rumah ibunya. Illina bukan boleh simpan rahsia. Kalau dia tahu di mana Rya, sudah semestinya satu dunia pun tahu. Sampai sahaja di perkarangan rumah ibunya, Marina menghantar mesej kepada abangnya.
~~~~~~~~~~~~~
            Yna balik rumah mama,
            Ada problem cket,
            AND
            Jangan cuba buat apa-apa dengan Dana!.

Mikhail tersenyum lebar membaca pesanan ringkas dari adiknya. GREAT!. Bisik hatinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~

“Secubit garam.. minyak masak dah.. pastu.. apa lagi ya? Em..”

Dana terpusing-pusing mengingati bahan apa lagi yang terlupa dimasukkan ke dalam mangkuk besar di depannya itu. Dia mahu mencuba membuat pizza. Buku resepi yang diberikan oleh orang gaji Datin Rafeah dibelek lagi.

            “Ooo... yis.. ni yis satu sudu..”

            Dengan perlahan-lahan dia memasukkan yis ke dalam adunannya sebelum digaul doh tersebut. Mikhail masih tersandar di depan pintu dapur sambil merenung tajam ke arah Dana. Melihat semua gerak geri Dana. Dana yang sedang menggaul adunan mendapat pandangan meluat dari Mikhail dengan tiba-tiba. Dia meluat melihat Dana masih ada di dalam rumahnya. Dia masih meluat melihat Dana seperti bersenang lenang di dalam rumah dan dia pula kepenatan dari pejabat. Mikhail mendengus. Dana yang leka dengan adunan dohnya tersentak. 

            Mikhail dah balik ke?? Kata suara hatinya dengan takut-takut. Bercakap dalam hati pun dah takut! Tu belum bercakap dengan suara.Memang gerenti menggeletar kepala lutut.

            “Kau buat apa tu? Kau tak dengar aku ketuk pintu?!"

            Tegas dan garang bunyinya. Dan dia tiada mengetuk pintu pun.Dana terketar-ketar meletakkan sudu di tangan. Mahu menarik nafas pun serba salah.

            “Kau nak aku ulang balik soalan tadi?!”

            Sinis, Sarkastik, Garang semua dalam satu. Cukup perisa!

            “Te..tak.. De..dengar tadi Encik.”

            ”Maaf!” 

            Sesaat selepas tu. Perkataan maaf cepat terucap. Mikhail masih membuat muka bengis. Gerenti ayat maaf tak sempat masuk dalam hati nuraninya. Dana menelan air liur,kesat!. Macam dah sepuluh hari tak minum air. 

            Cepatlah pulang Yna!..  Jerit hati Dana. Mikhail tersenyum sinis. Macam terdengar jeritan batin gadis di depannya itu.

            “Yna tak pulang malam ni! So, jangan ingat hidup kau akan senang macam sebelum ni. Aku tak teragak-agak bagi pelempang baik punya kat pipi kau yang tak berapa cantik tu kalau kau tunjuk muka buruk kau tu kat aku! Masuk bilik sekarang dan jangan keluar sampai pagi besok!”

            Suara Mikhail yang meninggi merendah itu membuatkan Dana balik-balik tersentak. 

            “Tap..” 

            Dana tidak jadi membantah apabila Mikhail member renungan tajam.

            “Kau buat apa lagi tu?!”

            Tanya Mikhail yang kelihatan agak rimas.

            “Saya nak bersihkan dapur dulu.”

            Jawab Dana perlahan. Haisy! Kempunan nak buat pizza malam ni. Belum sempat makan malam pulak tu.. Agaknya dia marah tak kalau aku berkelah kat dalam bilik. Bisik hati Dana

            “Cepat kemas lepas tu berampus masuk bilik kau!”

            Setelah melihat Mikhail beralih ke ruang tamu, Dana sempat menculik beberapa bungkus snek kemudian berlari masuk ke dalam biliknya. Bagus juga! Selamat dia dari jerkah dan makian Mikhail untuk malam ni.

            “Yes dear.. Miss you too.. Come to my house please. Hah? Nak I ambil you? Oo.. okay. Tunggu kat situ ya.”

            Tangan yang mahu memusing tombol pintu menggeletar apabila mendengar kata-kata Mikhail itu. Hati terasa sakit dan serba salah. Membiarkan Mikhail berdua dengan gadis lain padahal dia masih berada di dalam rumah. Berdosa jika dia tidak menghalangnya. Tapi dia tiada kuasa untuk menegur Mikhail. Takut melayang juga dia di dinding. 

            “Apa lagi kau tercegat di depan pintu tu?! Masuk!”

            Dana tersentak lagi. Mulut mahu berkata-kata, tapi melihat muka bengis Mikhail yang baru selesai berbual di telefon membuatkan dia hilang keyakinan. Akhirnya dia masuk ke bilik dengan hati yang serba salah. Setelah sejam terguling-guling di atas katil, memikir cara yang terbaik, akhirnya Dana mengeluh kuat. Ah! Biarkan.. Mikhail tu dah besar! Tau beza baik dan buruk.. Tapi mahu juga  pilih buruk. Biarlah!.. Kenapa hati aku ni...

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37