Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Thursday, July 14, 2011

Dana atau Adriana??, 28

Dana berpusing-pusing di dalam biliknya. Serba tak kena. Mahu keluar dari bilik itu, tapi takut pula Mikhail mengamuk. Dana mengeluh. Dia mendekatkan telinganya di muka pintu bilik. Cuba mengesan apa-apa bunyi dan pergerakkan di luar bilik. Senyap sunyi je, mungkin Mikhail belum balik lagi dari tadi. Huh! Buat project kat luar lah tu.. Lantak! Kurang juga dosa aku.. Bisik hati Dana. Dengan perasaan yang ala-ala berani di memusing tombol pintu dan perlahan-lahan menarik daun pintu itu supaya tidak mengeluarkan bunyi yang akan menarik perhatian siapa-siapa yang berada di dalam rumah itu.

            “huh!”

            Keluhan dari ruang tamu membuatkan Dana menghentikan langkahnya. Dia ada ke? Dana cuba memanjangkan lehernya untuk melihat siapa yang berada di ruang tamu. Ada dia bawa perempuan ke? Bisik hati Dana lagi. Puas mengskodeng, dan cuma kelihatan Mikhail sahaja yang berada di ruang tamu, sedang duduk termenung.

            “Dana, buatkan aku kopi.”

            Mendatar sahaja bunyinya tapi arahan itu membuatkan Dana terkejut. Macam mana pulak dia boleh sedar yang aku ada kat sini ni.. Cepat-cepat dia bergerak ke dapur dan membuat secawan kopi. Nasib baik dia ada menyimpan air panas di dalam flask. Kalau nak menunggu dia masak air lagi.. Mengamuk pakcik tu. Tak payah air panas, darah dia pun dah cukup panas untuk buat kopi. Mengelegak!

            Mikhail mengeluh lagi. Kenapa boleh terjumpa perempuan tu? Elina.. Elina.. Kau langsung tak berubah!
~~~~~~~~~~~~~
            “Hai Dear..”

            Sapa Mikhail apabila seorang gadis cantik masuk ke dalam keretanya. Linda tersenyum manis. Sempat menghadiahkan ciuman di pipi Mikhail.

            “Sayang.. Takpe ke I pergi rumah you? Your wife and sister tak bising ke? I takutlah..”

            Kata Linda dengan nada mengoda. Tidak ketinggalan tangannya yang tidak diam dari tadi. Merayap ke sini sana. Mikhail tersenyum. Sukalah tu.

            “My sister takde kat rumah.. And wife? Huh! Beranilah dia nak marah you, I buang dia dari balkoni rumah.”
            Kata-kata Mikhail ibarat gurauan bagi Linda. Dia tertawa kecil. Tangannya yang tadi merayap sudah di dalam genggaman tangan Mikhail. Tangan kanan Mikhail pula cekap mengawal stereng kereta.

            “Lagipun I dah warning dia awal-awal supaya jangan keluar bilik. So, dia takkan ganggu kita..”

            Katanya dengan nada mengoda. Sesekali sempat juga menjeling manja ke arah gadis di sebelahnya itu. Linda sudah menyandarkan kepalanya di bahu Mikhail. Mungkin sudah biasa dengan keadaan itu jadi pemanduan Mikhail tidak terganggu sedikit pun. Masih bergerak laju di atas jalan raya. Sehingga sampai di lampu trafik, Mikhail menperlahankan keretanya dan menekan brek apabila sampai di garisan putih. Sempat lagi tangannya menjelajah muka Linda yang masih bersandar dibahunya sementara menunggu lampu trafik bertukar hijau. Entah macam mana dia boleh terlihat ke cermin kereta disebelahnya. Sepasang kekasih yang sedang hangat berkucupan di dalam kereta itu. Menyempat lagi tu. Mulanya Mikhail tidak mengambil kisah. Dia kan open minded. Tapi pergerakannya seperti terkaku seketika bila melihat wajah perempuan itu. Dadanya seakan mahu meletup pada saat itu juga. Elina! Tanpa menunggu lampu trafik bertukar hijau, Mikhail terus memecut kenderaannya. Mujur pada waktu tengah malam seperti ini tidak banyak kereta di atas jalan.

            “Sayang.. Kenapa ni?”

            Linda membelai-belai wajah Mikhail namun tangannya direntap kasar oleh Mikhail. Linda mengerut dahi.

            “I takde mood hari ni. I hantar you balik rumah.”

            Kata putus dari Mikhail membuatkan Linda terkejut. Apasal ni.. Tadi baik je mengatal, sekarang dah macam hilter je. Rungut Linda di dalam hati.

            “But you..”

            “Diamlah Linda!”

            Bentak Mikhail sebelum sempat Linda menghabiskan ayatnya.

            “Fine!”

            Mikhail mengurut kepalanya. Sakit kepala! Sakit hati! Semua sakit lah! Kali terakhir dia berjumpa dengan Elina, Dia berharap yang satu hari, Elina akan meraung kembali, melutut di kakinya. Tapi bila melihat ‘kegembiraan’ Elina sebentar tadi membuatkan dirinya sakit hati. Ah! Perempuan tu, tahu je dimana nak cari lombong duit.

            “Encik..”

            Mikhail mengalih pandangan ke arah Dana yang sedang memegang dulang. 

            “Letak je kat sini.”

            Dengan tertib Dana meletakkan secawan kopi di depan Mikhail. Senyap seketika sehinggalah Mikhail mendengus kasar. Dana menggigit bibir sambil menunduk. Apa lagi salahnya ni.

            “Kenapa perempuan selalu tak setia?”

            Dana cuma mendiamkan diri.

            “Aku sanggup beri dia segalanya yang aku ada. Malah sudah buat wasiat yang menyatakan 50% harta aku adalah milik dia. Tapi apa yang aku dapat? Kecurangan dia! Duit aku tak cukup untuk dia! “

            Dana hanya mendiamkan diri mendengar ketidakpuasan hati Mikhail. Menyesal dia keluar dari bilik!.

            “Dia sanggup bagi badan dia untuk duit!.. Perempuan murahan!. Dan kau?!”

            Mikhail menolak perlahan dagu Dana supaya gadis itu mendongak melihatnya. Tidak menunduk sahaja seperti tadi.

            “Kau sanggup tak korbankan body kau untuk duit? Kau sanggup?!”

            Dana hanya mampu menggeleng. Tetapi gelengannya membuatkan Mikhail tertawa berdekah-dekah. Bau! Mikhail mabuk ke?. 

            “Tak sanggup?.. Aduh.. baiknya perempuan macam kau ni..”

            Kata Mikhail sambil membelai-belai wajah Dana. Dana sudah berdiri tegak di hadapan Mikhail yang masih duduk.

            “Saya masuk bilik dulu.”

            Tegas Dana berkata. Dia tidak yakin yang dia akan selamat kalau terus berada di sisi Mikhail.

            “No.....”

            Mikhail menarik kuat tangan Dana sehingga gadis itu terjatuh di dalam pangkuannya. Dalam keadaan separuh sedar Mikhail mula menjelajahi tubuh Dana yang sedang meronta-ronta dengan tangannya. 

            “Encik!..”

            Jerit Dana.

            “Elina.... Kau memang tak guna..”

            Mikhail masih tidak sedar. Bukan kerana arak yang diminumnya sehingga dia tidak boleh bezakan gadis didepannya itu. Namun kerana kemarahan yang bercampur-baur.  Dia benci dengan gadis yang bernama Elina. Dan dia juga sayangkan gadis itu.

            “Encik! Saya Dana.. Bukan Elina.”

            “Saya sayangkan awak.”

            Semakin kuat Dana meronta, semakin kuat juga pegangan Mikhail. Dana semakin takut. Mikhail sudah tidak dapat membezakan betul atau tidak. Bau arak semakin menyesakkan nafasnya. Bau.. sesak nafas.. takut.. semua perkara itu membuatkan Dana pengsan tidak sedarkan diri.

2 comments:

Anonymous said...

nak lagi!!!
-nor

pinkpurle amie said...

oh tidak!!!!... jgn la jadi apa2 kat dowang nie....

next please ;p