Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, August 15, 2011

Diary Isteriku, Cerita Cintanya (15) Last

“kau ada di mana selama empat tahun berturut-turut sebelum kau berkahwin dengan Dya?”

            Soalan Sofian masih terngiang-ngiang di kepalanya. Dia di mana? Fahmi meraup mukanya. Persoalan Sofian membuatkan dirinya masih terpaku di hadapan meja kerjanya walaupun pekerja-pekerja yang lain sudah pun mengosongkan pejabat sejak pukul 5.30 petang tadi. Panggilan telefon Sofea pun entah berapa kali deringan dan hanya dibiarkan sehingga sepi kembali. Fahmi menarik laci mejanya. Diari dya yang masih dalam simpanannya dikeluarkan dari laci itu.

            “Kau bertuah Izhar.. sebab dapat cinta yang didambakan oleh setiap orang. Cinta sejati.”

            Fahmi mengeluh perlahan sebelum dia membuka catatan terakhir di dalam diary itu. Catatan terakhir itu mengisahkan tentang kemalangan yang dialami oleh Izhar sehingga membuatkan nyawa lelaki itu melayang. Fahmi menutup muka surat terakhir yang diselaknya sebentar tadi. Dia menarik nafas panjang. Kemudian dia mula mencari-cari sambungan kisah itu di dalam diari yang seterusnya. Tapi tiada. Hanya empat naskah sahaja. Hanya empat diari milik isterinya saja tersimpan dalam kotak itu. Tiba-tiba dia terjumpa sekeping gambar yang terselit di dalam naskah terakhir dalam pegangannya itu.. Dan….Fahmi terpaku. 

Dia menggeleng perlahan..Ini Diari isterinya, yang mengisahkan cerita cintanya…..

     Hati aku hanya untuk dia.. andai dia mahu aku pergi.. aku akan pergi.. Tapi sebelum itu, biarlah aku tetap dengannya.. 

     Catatan yang terdapat dibelakang gambar itu dibaca perlahan. Memang betul.. gambar wajah Izhar serupa dengannya. Rasa yang bercampur-campur menyerbu dihatinya bila melihat gambar itu. Dya bersamanya kerana wajah itu?... Kepalanya balik-balik mengulang soalan yang sama. Dia kecewa dengan Dya.. Dia sungguh kecewa.... Masa seperti terberhenti tiba-tiba apabila melihat catatan kecil dihujung gambar itu...


 Fahmi Izkandhar & Nadya Alisya, dulu, kini dan selamanya.

            “Mi.... Dya di hospital!”

            Sofian yang tercungap-cungap di depan pintu pejabatnya dipandang dengan pandangan yang begitu sukar. Rupanya Sofian juga sepertinya. Masih lagi belum meninggalkan pejabat.

            “Yan... aku... Dya..”

            Fahmi menggeleng kepalanya. Sofian mengerut dahi. Tidak tahu kenapa dengan kawannya itu. Kemudian otaknya cepat berfikir.

            “Fahmi! Dya tu mengandung anak kau... kau masih nak cakap dengan aku yang kau dan dia bercerai.. jadi kau dah tiada kaitan dengan dia.. Dya tu nak bersalin Mi! Takkan kau nak biar dia sendiri.”

            Fahmi seperti tersedar sesuatu dan kemudiannya meninggalkan Sofian terkaku di depan pintu pejabatnya.

            “Wei! Tunggu akulah...”

     ~~~~~~~~~~~~
            “Rina… telefon abang Fahmi… aku takut…”

            Dya menggoncang-goncangkan tangan Farina. Sakit yang dirasakan membuatkan dia tidak dapat berfikir betul. Dia mahu Fahmi ada disisinya. Tangan Farina yang kecil itu digenggam kuat. Bukan dia tidak nampak kerutan di wajah Farina yang menahan sakit itu.

            “Aku dah call Sofian.. Dah suruh dia bagitau Fahmi.. kau sabar ya..”

            Jawab Farina sambil menahan sakit kerana tangannya digenggam kuat oleh temannya itu. Sesekali  Dya menjerit kerana kesakitan, dia turut serta menjerit sama. Agaknya tinggal kulit sahaja yang ada di tangannya. Tulang di tangan sudah hancur disebabkan genggaman kuat Dya.

            “AHHHHHHHHH..”

            Sekali lagi Farina ikut terjerit sama.

            “Ask my baby to get out already…” tambah Dya lagi sebelum merebahkan badan di atas katil

            Farina tertawa kecil.
~~~~~~~~~~~~~~~

         “Nama saya  bukan miss cendawanlah encik ‘pathway’...”

            Besar mata lelaki itu bila diberi nama seperti itu.

            “Dan Encik Pathway juga bukan nama saya..”

            “Ha?? Bukan ke?? Ada aku kisah??

            Fahmi melajukan lagi keretanya. Sofian di sebelah hanya mendiamkan diri walaupun takut juga dengan cara pemanduan kawannya itu. Adegan-adegan yang sebelum ini tidak wujud dalam memorinya tiba-tiba menyerbu ke mindanya. Fahmi menekan pedal minyak.

~~~~~~~~~~~~~~~

“Nama saya kan Dya..”

“Pendeknya... Nama panjang?”

“Nama panjang Mak Cik Dya yang cantik lagi vogue dan beautiful! Dapat tangkap tak Encik nama pendek, Izhar a.k.a Fahmi Izkandhar”

            Selama ini.. Fahmi seperti tertidur. Dalam banyak-banyak perkara yang dia patut lupa, kenapa mesti suara manis itu yang pudar didalam ingatan. Fahmi ingin cepat sampai kepada wanita itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~

       “Awak tak takut gelap ke?” Suara manja itu muncul lagi di benaknya.

Memori Fahmi kian jelas. Wajah wanita itu mula hadir di ingatannya semula. Selama ini, Dya.. wanita yang tersembunyi dalam memorinya. Dialah Izhar yang selalu diceritakan pada setiap lebar diari isterinya. Fahmi menekan dada. Penyesalan bertimpa-timpa. 

            Telatah Dya kian berubah.. Kenakalan yang mula pudar.. Semuanya kerana dia. Fahmi menyalahkan dirinya..

Fahmi memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk dan terus keluar tanpa meletakkan keretanya dengan sempurna. Dia terus berlari ke arah bilik bersalin. Farina dan ibunya duduk dengan sabar dihadapan pintu bilik bersalin itu.

            “Ma.. Dya mana?”

            Tanya Fahmi tercungap-cungap.

        “Datang juga kamu.. Ingatkan berkepit dengan si Sofea tu..”

            Marah Puan Fatihah. Sebenarnya marahnya sudah mula surut dan boleh menerima keputusan Dya dan Fahmi tentang penceraian anak dan menantunya itu. Tapi bila menerima tetamu tidak diundang petang tadi membuatkan marahnya kembali membara. Sofea datang kononnya mahu mencari Fahmi. Sudah menghancurkan rumah tangga anak dan menantunya, ada hati mahu datang ke rumah dengan perasaan tidak bersalah. Bisik hati Puan Fatihah yang masih geram.

            “Mana Dya??”

   Fahmi yang risau dengan keadaan Dya tidak mengendahkan kemarahan ibunya itu. Wajah Farina dipandang. Meminta jawapan.

            “Room 2” Kata Farina.

            Fahmi tersenyum tanda terima kasih sebelum masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan Farina itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

            Kadang-kadang kita mesti melepaskan seseorang itu pergi.. kalau dia jodoh kita.. Dia tidak akan pergi jauh.. Dia pasti kembali.

     Diary Dya..
    p/s : tengah tunggu my heroes bangun.
    
p/s lagi: Budak kecik n bapa budak kecik ni berdengur kuat. Sampai mama dia yang tak boleh tidur.

     p/s lagi dan lagi: Nadia Alisya sayang Fahmi Izkandhar dan Izhar Farish yang kecik baru nak pandai merangkak tu..

     “Tulis diari lagi?”

  Suara serak- serak basah mengejutkan dirinya. Dya tersenyum lebar kemudian menutup diarinya.

      “Taklah.. tengah main bola tadi.”

            Jawabnya nakal. Suaminya tertawa kecil mendengar jawapan darinya. Dya ditarik ke dalam pelukan yang erat.

    “Terima kasih kerana tidak pernah berhenti menyayangi abang dan sabar dengan kerenah abang.”

        Dya mendongak mencari wajah suaminya.

        “Sama-sama kasih.”

       Dya mengeratkan lagi pelukannya.. Kalau boleh.. dia mahu selamanya berada di dalam pelukan Fahmi Izkandhar . Suaminya… dan juga kekasihnya… Dya tersenyum lebar.

Tamat



No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37