Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, November 23, 2021

Tiada Drama di Kampus 21

 Bab 21


Tahun 2021

“One…two…”

  Kafi menepuk belakang kepala Lokman.

“Auch!” Lokman berpaling menghadap Kafi sambil menggosok kepalanya.

Feralina mengetap bibir. Cuba menyembunyikan senyuman. Perbalahan yang sama setiap kali mereka ingin menangkap gambar bersama.

“Kau pakai kamera zaman batu ke apa? Apasal lambat sangat? Snap jelah” bebel Kafi sambil mengurut mulutnya yang mula terasa kebas kerana terpaksa senyum sejak bermulanya majlis.

Lokman menurunkan telefon bimbitnya dan menarik nafas panjang.

Okay, kita dah selalu buat benda ni. Semua senyum tengok kamera dan pastikan penjarakan sosial. Sekali lagi, senyum” tegas Lokman sebelum mengangkat semula telefon bimbit dan tersenyum selebar-lebarnya. Dia mengeluh panjang sebelum sempat menekan butang rakam di skrin telefon bimbitnya.

“Afid, kau dah macam orang kena paksa kahwin tu apahal? Senyum ikhlas sikit” tegur Lokman, “Kafi, kau senyum macam isteri dah lari tinggalkan kau. Auch” Lokman menggosok kepala yang ditampar oleh Sayd.

Korang boleh tak kita tangkap gambar yang proper sikit? Aku dah baik hati menawarkan diri untuk ambil gambar ni? Lagipun,” Lokman memandang pakaiannya yang lengkap dengan kain samping, “kenapa aku pula yang kena ambil gambar hari ni?”

“Kita jadi tangkap gambar ke tak ni?” tanya Feralina yang sedang duduk di kerusi pengantin.

Lokman mengeluh lagi.

“Okay sekali lagi,” kata Lokman sambil mengangkat kamera, “kita try sekali lagi dan semua mesti senyum lebar! Korang macam tak ikhlas pula hadir hari ni” Lokman tunduk untuk mengelak dengan cepat sebelum Kafi sempat menampar kepalanya.

“Eh,” Afid memandang di sebelahnya, “Sayd mana?” Afid mengerut dahi. Baru tadi Sayd berdiri di sebelahnya.

Semua mula memandang sekeliling untuk mencari kelibat Sayd.

Lokman mengeluh nafas panjang apabila melihat Sayd yang lengkap bersongkok beratur di meja buffet yang menyajikan pelbagai jenis makanan. Dia terduduk di kerusi pengantin yang kosong di sebelah Feralina selepas melihat Sayd sedang seronok memilih makanan.

“Tak payah… bubar! Kita tak payah tangkap gambar wefie dah lepas ni” Lokman terus menyimpan telefom bimbit ke dalam poket baju melayu.

Feralina mengetap bibir untuk menyembunyikan gelaknya. Sementara yang lain mengeluh panjang sebelum masing-masing bersurai dari atas pelamin.

Kini boleh didapatkan melalui aplikasi 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲 𝗣𝗹𝗮𝘆 & 𝗘-𝗦𝗲𝗻𝘁𝗿𝗮𝗹


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37