Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, November 15, 2021

Tiada Drama di Kampus Promo 14




 Kini boleh didapatkan melalui aplikasi 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲 𝗣𝗹𝗮𝘆 & 𝗘-𝗦𝗲𝗻𝘁𝗿𝗮𝗹

Google Play : https://bit.ly/3BBQiuu
E-Sentral : https://www.e-sentral.com/book/info/347079
ROMANCE | THRILLER | MYSTERY
~~~~~~~~~
“Siapa perempuan tu?” tanya Eryn dengan tiba-tiba. Eryn meletakkan telefon milik Afid di atas dashboard dan berpaling menghadap Afid.
Afid cuba berlagak selamba. Tekak terasa kering dan kereta miliknya tiba-tiba terasa kecil dan menyesakkan dada. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Eryn. Satu nama yang bermain di kepalanya. Afid melarikan pandangan.
“Perempuan mana?” tanya Afid perlahan.
Eryn mencengkam bahu Afid supaya Afid pandang dirinya kembali.
“That girl. Di booth waktu karnival. Di Kompleks Renang. Di perhentian bas!”
Afid mula mengusutkan rambutnya.
“There’s no girl!” tegas Afid. Seperti tegasnya hati menafikan kehadiran nama Feralina yang mula menyelinap masuk ke hatinya, “tiada yang lain selain dari you,” sambung Afid dengan perlahan.
Eryn mendengus dan menjeling tajam apabila mendengar jawapan Afid. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan beberapa gambar Afid bersama Feralina.
Afid mengambil telefon bimbit Eryn dan memeriksa gambar tersebut. Barulah dia faham beberapa kejadian di mana dia sering terserempak dengan seseorang yang mencuri mengambil gambarnya. Terutama sekali apabila dia terserempak dengan Feralina.
“You stalking me?” tanya Afid sambil mengetap gigi. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya pada saat itu. Marah, mungkin. Geram, tentu sekali. Namun sebahagian hatinya terasa sedih bila hubungan dia dengan Eryn membuatkan Eryn bertindak sampai begitu sekali.
Eryn memeluk tubuh apabila mendengar pertanyaan dari Afid.
“Dia lain dari I kan? Sebab tu you tertarik dengan dia? Perempuan yang tak banyak kerenah. Tak gila macam I? kan?”
Afid menggeleng laju.
“Afid kena pulang sekarang,” kata Afid yang mula sesak dada dengan situasi antara dia dan Eryn sekarang ini. Afid menghidupkan enjin kereta dan kemudian dia mengeluh perlahan apabila Eryn masih tidak mahu berganjak dari tempat duduk di sebelahnya.
“You tahukan apa yang I akan buat kalau I kehilangan you?”
Afid menelan air liur kesat.
“I nak you buat pilihan sekarang. Perempuan tu atau I?”
Afid mengetap rahang.
“You pilih I atau dia? Jawablah Afid!” Jerit Eryn sekuat hati.
“I pilih you!” jerit Afid pula dan kemudian dia menarik nafas panjang untuk menenangkan hatinya, “I akan sentiasa pilih you. I pilih you, repeatedly.”

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37