Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Sunday, January 2, 2022

Cinta yang akan selalu aku rindu 18

 

Bukan Aku

Dan ada satu ketika, kau sendiri bertanya.. Siapa aku? - Andi

Andi melonggarkan tali lehernya. Sesak dan rimas. Dia memandang sekeliling bilik pejabat miliknya. Teratur dan putih! Dia memandang komputer riba yang terpasang. Dia faham apa yang terpapar pada skrin komputer namun hatinya seakan tidak mahu melakukan semua itu. Bosan dan kosong.

“Encik Andi, Puan Sheila dalam perjalanan balik dari airport. Dia tanya kalau Encik Andi nak makan tengah hari bersama nanti,” Vivian, wanita yang memperkenalkan diri sebagai setiausahanya memunculkan diri di depan pintu bilik.

“Puan Sheila…?” Andi terkebil-kebil kerana tidak dapat mengingati satu nama itu.

Vivian ikut terkebil-kebil apabila mendengar pertanyaan Andi.

“Puan Sheila, bekas isteri Encik Andi. Merangkap co-partner syarikat ni…” kata Vivian cuba menerangkap seringkas yang mungkin. Sudah seminggu Andi datang bekerja, namun bosnya itu masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri disebabkan tidak mampu mengingati apa-apa selepas pembedahan.

“Oh… dia.” Kata Andi dengan nada selamba.

So?” Vivian masih menunggu jawapan untuk soalannya tadi.

“Tak. Suruh dia makan dulu sebelum balik pejabat. Dan um, cuti saya masih berbaki berapa hari lagi?” tanya Andi sambil memandang Vivian.

“Um… sick leave Encik Andi dah habis. Tapi cuti tahunan ada berbaki dua minggu lagi.” Jawab Vivian selepas memeriksa cacatan pada tablet di tangannya.

Great! Saya nak habiskan semua cuti tu bermula hari ni.” Kata Andi dengan bibir yang penuh dengan senyuman.

“Tapi Encik Andi…” Vivian garu kepala.

“Puan Sheila dah balik dari outstation. Jadi dia boleh tengok-tengokkan syarikat ni. Saya nak habiskan cuti tahunan saya.” Kata Andi sambil membuka tali lehernya.

Andi mengeluh kelegaan selepas melangkah keluar dari bangunan pejabat biarpun dikejar oleh Vivian pada minit pertama dia melarikan diri. Dia naik rimas memakai baju kemeja bersama blazer setiap hari. Walhal waktu di sekolah, baju seragamnya tak pernah lengkap pun. Kadang-kadang dia hanya memakai baju kemeja berlengan pendek tanpa tali leher. Bila ada perhimpunan atau pemeriksaan dari cikgu disiplin barulah dia kelam kabut mencari Nadya untuk dipakaikan tali leher.

“Nadya!” Mentol lampu seakan menyala di atas kepalanya apabila melihat galeri tempat Nadya bekerja. Dia melintas jalan dan terus menuju ke arah galeri tersebut. Ternyata Nadya sudah menunggunya di hadapan pintu galeri dengan memeluk tubuh.

Escape dari kerja lagi?” tanya Nadya sambil mengangkat kening sebelah setinggi mungkin.

“Aku ambil cutilah,” jawab Andi sambil memeluk tubuh.

Nadya mengetap bibir. Geram bila mendengar jawapan Andi. Ikutkan hati, memang mahu je dia piat telinga Andi seperti waktu sekolah dulu. Nadya memandang Andi dengan tajam.

Andi perlahan-lahan menutup kedua belah telinganya. Seakan tahu apa difikiran Nadya sekarang ini.

Melihat tingkah Andi membuatkan Nadya hampir tergelak.

“Berapa hari kau ambil cuti?” tanya Nadya. Malas mahu memanjangkan hal kecil. Andi sudah besar. Tahulah urus diri sendiri.

“Dua minggu.” Jawab Andi dengan selamba.

Nadya mengetap bibir. Hampir tangannya mahu menyekeh kepala Andi bila mendengar jawapan dari lelaki itu. Mujur Ibu Suri beritahu yang Andi bekerja di syarikat sendiri. Kalau kerja di bawah orang lain memang sah-sah dah diberhentikan kerja.

So what’s your plan? Dua minggu cuti ni kau nak buat apa?”

“Aku ambil cuti untuk cari punca kita berpisah.”

Nadya jadi lemah bila mendengar jawapan Andi. Lelaki itu membazirkan cuti untuk mengorek semula kisah yang dah lama tertanam.

“Andi…” Nadya menarik nafas panjang apabila Andi meletakkan tapak tangan di hadapan mukanya untuk menghalang dia dari berkata apa-apa.

“Aku akan buktikan yang aku takkan suka-suka sakitkan hati kau atau tinggalkan kau.” Tegas Andi.

“Aku yang tinggalkan kau, Andi. Aku tinggalkan Pekan Teluk lepas ayah aku meninggalkan dan mak aku kahwin lain. Buat apa kita nak cakap pasal benda yang dah lepas? Lagipun kita sekarang dah berkawan balikkan?” tanya Nadya dengan lembut.

No. Bila kau kata we’ve hurt each other. Ertinya aku juga punca perpisahan kita. Dan aku nak tahu sebab apa aku buat macam tu dengan kau. Seriously Nad… aku tak pernah terfikir langsung nak lukakan hati kau. Apatah lagi tinggalkan kau.”

Nadya mengeluh panjang.

“Suka hati kaulah.” Nadya malas melayan. “So, macam mana kau nak cari punca tu?” tanya Nadya cuba memecahkan ketegangan yang terasa di antara mereka. Pandangan Andi juga membuatkan jantungnya berdebar-debar.

“Balik ke Pekan Teluk.” Kata Andi dengan senyuman lebar, “Ikut aku Nady?” pintanya pula. “Lagipun besok cuti umum dan lusa dah hari sabtu. Ikut aku Nad. Kita balik Pekan Teluk.” Pinta Andi lagi dengan mata yang penuh harapan.

Nadya menarik nafas panjang. Kebetulan keluarga Ashrul pergi bercuti hujung minggu ini. Dia pula terasa janggal untuk ikut bersama. Nadya pandang kolar baju Andi yang kosong.

“Mana tali leher kau?” tanya Nadya tanpa menjawab soalan Andi.

Andi mengerut dahi sebelum memegang kedua belah poket seluar sebelum mengeluarkan tali leher yang dilipat dari poket sebelah kirinya. Tali leher dihulurkan kepada Nadya.

Nadya mengambil tali leher milik Andi. Seperti sudah menjadi kebiasaan, tangannya mengikat tali leher dengan mahirnya. Dia menjeling Andi yang masih menatapnya dengan pandangan mata yang tak berkelip. Tali leher dikemaskan sebelum dia memandang bibir Andi yang mengukir senyuman. Tangannya menarik tali leher dan mengetatkan lagi tali leher tersebut.

“Oh! Nad… tak boleh bernafas…” Andi termengah-mengah mengambil oksigen.

“Aku bawa kereta aku. Besok pagi. Jam 10 tepat.” Pesan Nadya sebelum meninggalkan Andi yang terbatuk-batuk di hadapan pintu galeri.

Andi menggelengkan kepala sambil melihat langkah Nadya yang semakin menghilang.

“Sawan gila dia masih ada lagi.” Andi bermonolog sendiri sebelum melangkah pergi dari galeri tersebut bersama senyuman lebar tertampal di bibirnya.

Bersambung... 

Author note: 

Jangan lupa ya baca bab awal Tiada Drama di Kampus. Kisah Feralina dan 4 hot guys yang mengharu-birukan hidupnya selepas melangkah masuk ke Angsana. Siapa sangka, peristiwa hitam yang cuba Feralina tanam dan tinggalkan jauh ternyata masih menghantui hidupnya. Jom Baca kisah Feralina di Tiada Drama di Kampus. 

Full ebook boleh didapatkan melalui aplikasi E-Sentral atau Google Play ya!

Hanya RM 15 sahaja.. 

XOXO..



No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37