Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, June 27, 2018

Open House Sekolah Cinta 2018 Part 1

Open House Sekolah Cinta part 1

“Encik Taqiuddin Qawi.. awak memang tak boleh tinggalkan kerja awak walaupun untuk makan tengah hari ke?” kata Nieylla selepas duduk di hadapan meja Taqiuddin.
“Cik Daniella Allyssa, awak dah kenapa?” tanya Taqiuddin sambil merenung Nieylla, “dah lupa hari ni hari apa?” tanya Taqiuddin lagi bila Nieylla kelihatan terkebil-kebil.
What?” kemudian Nieylla mula teringat, “Oh! First puasa” Nieylla menepuk dahinya.
Taqiuddin tergelak lucu.
“Ni lupa sebab tak ada sahur ke atau dah buka puasa sebelum datang ke pejabat saya?” Taqiuddin tersenyum manis sambil mengemaskan dokumen-dokumen di atas meja. Lukisan pelan gelanggang bola jaring sekolah digulung dan diletakkan ke dalam rak di tepi meja.
Hello, saya puasa okay. Saya cuma terlupa” kata Nieylla sambil memegang bingkai gambar yang mempamerkan gambarnya dan juga Taqiuddin.
“T, ini gambar raya dua tahun lalu kan?” tanya Nieylla sambil mengangkat bingkai gambar tadi.
Taqiuddin memandang ke arah Nieylla dan kemudian ke arah gambar yang dipegang Nieylla.
“Oh my.. tengok betapa kurusnya saya waktu ni” kata Nieylla sambil menarik muncung selepas memandang gambar tadi.
Taqiuddin tergelak.
Really? Tak ada beza pun” kata Taqiuddin selamba sambil mengemaskan dokumen-dokumen yang masih berselerak.
Seriously? Awak tak nampak ke? Tengok gambar ni dan tengok saya sekarang. Sangat berbeza” kata Nieylla sambil mengeluh dan meletakkan bingkai gambar kembali di atas meja Taqiuddin.
You look fine..” kata Taqiuddin tidak mahu memanjangkan cerita.
Anyway, my mum.. tanya pasal kita lagi” kata Nieylla sambil menongkat dagu sambil memandang Taqiuddin yang kembali duduk di hadapannya.
“Apa awak jawab?” Taqiuddin menjongket kening sebelah.
Nieylla melarikan pandangan dan kemudian menjongket bahu.
“Saya cakap yang saya dan awak masih nak fokus dengan karier dulu” kata Nieylla sambil mengetuk jari di permukaan meja sambil pandangannya meliar ke sekeliling bilik kecuali ke arah Taqiuddin.
“Kalau awak nak, saya boleh suruh keluarga saya datang jumpa keluarga awak” kata Taqiuddin.
Nieylla tergelak kecil kemudian menggeleng kepala.
“Kalau saya nak?” Nieylla mengetap bibir dan kemudian memandang ke arah Taqiuddin.
“Macam mana dengan awak, T? Apa yang awak nak?” tanya Nieylla lagi.
Taqiuddin mengusap dagu.
“Kenapa setiap kali perbincangan kita, awak mesti nak serang saya?” tanya Taqiuddin perlahan, “saya dengan awak. Mestilah saya nak awak” kata Taqiuddin lagi sambil jarinya diletakkan di bawah bibir seperti sedang menongkat dagu. Wajah Nieylla dipandang dengan penuh kerutan.
Well then, jom kahwin” kata Nieylla tanpa sebarang keterujaan. Dia menjongket bahu dan menyandarkan badan di kerusi bila Taqiuddin memandang ke arahnya.
~~~~~~~
“Nak bertunang? Seriously?” tanya Lulu yang sedang memegang anak lelaki yang berusia lima tahun di tangan kanan dan barang belian di tangan kiri.
“Ya” kata Nieylla sambil membelek baju kurung di dalam butik kemudian memandang ke arah Lulu, “tolong jangan cakap apa-apa” kata Nieylla sambil menggeleng kepala dengan mata yang sengaja dibesarkan.
“Aku tak cakap apa-apa pun” kata Lulu sambil mengangkat kedua-dua tangannya. Bakul plastik di letakkan di atas lantai sementara anaknya sedang bermain PSP. Lulu menjongket kedua-dua kening apabila Nieylla berpaling.
“Lulu.. just.. don’t. Okay?” kata Nieylla lagi.
Lulu mengerut dahi.
“Aku tak cakap apa-apa” kata Lulu sambil tergelak kecil.
Bad decision” kata Fared, anak lelaki Lulu yang masih bermain PSP sambil membetulkan cermin matanya. Fared mengangkat pandangan apabila Lulu dan Nieylla memandang ke arahnya, “game” kata Fared sambil tersengih lebar dan menunjuk ke arah Psp yang dipegangnya. .
Nieylla memandang tajam ke arah Lulu.
Lulu menjongket bahu.
“Dia 100% macam bapa dia” kata Nieylla sambil menunjuk ke arah Fared, “100%” kata Nieylla lagi sambil memandang Lulu.
Daddy said..” mulut Fared terus ditekup oleh Lulu.
So.. bertunang. Bila?” kata Lulu sambil tersenyum lebar sambil sempat menjengkil mata ke arah Fared sebelum melepaskan mulut Fared.
“Keluarga dia datang raya ketiga” kata Nieylla sambil mengeluh apabila memandang koleksi baju-baju di butik itu, “aku tak buat majlis besar, just buat rumah terbuka je” tambah Nieylla sambil memegang fabrik baju kurung di hadapannya.
“Ekkk.. wrong turn” kata Fared bersuara sambil menekan butang pada Psp.
Lulu tersenyum serba salah apabila Nieylla memandang ke arahnya.
“Ini yang kau dapat bila kau kahwin dengan Farek” kata Nieylla sambil bercekak pinggang, “Kau dapat mini Farek yang judge every move people make. It’s like highschool never really over and Farek masih pengawas yang judge setiap orang dan perangai dia menurun pada anak kau” bebel Nieylla sambil memandang Fared.
Fared hanya menjongket kening sebelah.
“Kenapa kau kahwin dengan Farek?” kata Nieylla sambil menggelengkan kepala. Namun Nieylla sendiri tahu jawapan buat soalannya tadi.
“Sebab aku sayang dia” kata Lulu sambil tersenyum manis, “walaupun, dia selalu membebel” kata Lulu sambil menggeleng kepala.
Nieylla mengetap bibir.
“Itu yang aku nak, jawapan yang senang dan tak ada orang yang akan persoalkan kau kembali. Because I love him” kata Nieylla sambil menelan air liur.
I love him” ulang Nieylla dengan nada mendatar sambil mengambil baju kurung yang penuh dengan manik dan labuci.
“Kenapa semua baju kurung dah macam baju pengantin? Aku cuma nak baju kurung yang ringkas” Nieylla meletakkan kembali baju kurung tadi dan mengeluh bila melihat koleksi baju kurung seterusnya, “Seriously? Aku tak perlukan baju princess cut or whatever this is sementara aku dihakimi oleh makcik bawang waktu raya” kata Nieylla lagi sambil meletakkan baju ke penyidai semula.
“Huh, you just bitter because Uncle Riz has new girlfriend” kata Fared yang masih bermain dengan PSP.
Lulu terus menekup mulut anaknya sambil menyembunyikan Fared di belakangnya. Lulu tersengih memandang Nieylla kemudian memandang ke arah Fared.
“Diam kalau nak hidup lama” kata Lulu sambil berbisik perlahan.
Nieylla menggigit bibir dan menarik nafas panjang.
~~~~~~~~
Azan mula kedengaran, Fikri mengangkat tangan untuk membaca doa sementara Taqiuddin mengeluh panjang.
“Aku nak bertunang” kata Taqiuddin dengan tiba-tiba.
Fikri tidak jadi mengangkat tangan untuk berdoa.
“Nasib aku tak makan kurma lagi tau, kalau tak mungkin dah arwah sebab tercekik kurma. Bagi mukhadimahlah dulu lain kali” kata Fikri sambil menggeleng kepala dan membaca doa dalam hati sebelum mengambil kurma yang tersedia di atas meja.
“Bila kau nak bertunang?” tanya Fikri selepas makanan yang dipesan mereka dihantar ke meja.
Taqiuddin mengeluh lagi.
“Raya ketiga” jawab Taqiuddin.
“T, kau nak bertunang macam kena panggil masuk ke bilik Kumbang pula, bilik disiplin yang paling menyeramkan” kata Fikri sambil tergelak.
“Aku tak tahu lah” kata Taqiuddin sambil mengoyakkan roti canai di hadapannya menjadi cebisan kecil.
“Apa yang kau tak tahu? Kau kena paksa ke?” tanya Fikri.
Taqiuddin menggeleng laju.
“Aku yang ajak dia kahwin” kata Taqiuddin setelah menguyah roti canai.
“Laa. Habis tu?” Fikri mengerut dahi. Mee celup di hadapannya dijamah.
“Aku pun tak tahu” kata Taqiuddin sambil tergelak paksa, “Nieylla tu, baik. Sangat baik” puji Taqiuddin kemudian meneguk air limau ais.
“Hidup ni T, kena sentiasa pandang ke depan” kata Fikri sambil memandang ke arah Taqiuddin.
“Aku terjumpa dia bulan lalu” kata Taqiuddin sambil menguyah makanannya.
Fikri menjongket kening sebelah.
“Waktu aku pergi melawat projek gelanggang bola jaring di sekolah lama kita tu, aku jumpa dia kat sana” kata Taqiuddin sambil tersenyum nipis.
“Kau cakap apa dengan dia?” tanya Fikri.
Taqiuddin menjongket bahu.
“Dia lari” kata Taqiuddin selamba.
Fikri tergelak kecil.
Move onlah T. Lagipun kau dah lama dengan Nieylla. Aku nampak korang okay je berdua” kata Fikri sambil meneguk air miliknya.
Taqiuddin tersenyum nipis.
Ya..kami memang okay” kata Taqiuddin sambil merenung roti canai yang masih tersisa. Perutnya terasa kenyang.
~~~~~~~~~~
“Ah!” Nieylla terjerit kecil apabila sepasang tangan melingkar dipinggangnya.
Amy tergelak lucu dan meletakkan dagu di bahu Nieylla.
You look beautiful” kata Amy sambil tersenyum lebar.
“Abang dah tak best untuk dipeluk ke?” tanya Nieylla sambil tersenyum melihat Amy melalui biasan cermin meja solek.
“Tak best. Lagi best peluk adik ipar yang sedang termenung di hadapan cermin macam tengah memikirkan masalah negara” kata Amy sambil melepaskan pelukan dan berdiri di hadapan Nieylla.
“Berbuka puasa dengan T ke hari ni?” tanya Amy sambil memandang ke arah Nieylla yang sedang bersiap.
“Ya. Beli barang sikit-sikit juga untuk hantaran” kata Nieylla sebelum membuka penutup gincu.
Are you sure?” kata Amy sambil memandang ke arah Nieylla.
Sure? Pasal apa?” tanya Nieylla yang buat-buat tidak faham dengan soalan Amy.
“Perkahwinan bukan sesuatu yang perlu dikejar. Perkahwinan patut berlaku bila kau dah sedia” kata Amy sambil menjongket kedua-dua kening apabila Nieylla memandang ke arahnya.
“Taqiuddin, adalah lelaki yang baik. Aku tahu tu. Tapi kau yakin ke dengan keputusan ni?” tanya Amy lagi.
Nieylla meletakkan gincu di atas meja solek dan kemudian merenung ke arah Amy.
“Bukan semua orang dapat apa yang kau dapat Amy. Nowaday, love is overrated” kata Nieylla sambil mengambil beg tangan dan telefon bimbitnya.
“Apa yang aku dapat, kau pernah dapat juga. Love is not overrated. Kau pernah ada cinta seperti aku dan Dani” kata Amy sambil mengekori langkah Nieylla.
“Ya.. dan aku kehilangan cinta tu” kata Nieylla perlahan, “cinta yang aku tak akan dapat balik” Nieylla mengeluh panjang.
“Aku sayang T” kata Nieylla lagi, “dia baik, dia prihatin, dia..” Nieylla terkebil-kebil ingin mencari ayat yang sesuai untuk menerangkan siapa lelaki yang bersama dengannya selama tiga tahun itu.
“Aku tak tahu” kata Nieylla perlahan, “T.. dia baik. He’s the one-” kata Nieylla, “seseorang yang layak jadi suami aku” tambah Nieylla lagi.
~~~~~~~
“Jangan lupa, cari sekali cincin. Nanti kalau beli sendiri, tak tahu saiz pula” bebel Umi Lina kepada anak lelakinya, Taqiuddin.
Okay mak” kata Taqiuddin sambil tersenyum. Lucu dengan keterujaan Uminya selepas dia mengatakan hasrat untuk memperisterikan Nieylla.
“Mak,” panggil Taqiuddin kepada Umi Lina yang sedang membuat biskut makmur.
Umi Lina memandang ke arah Taqiuddin.
“Umi rasa Nieylla okay tak?” tanya Taqiuddin.
Umi Lina berhenti membuat kerja.
“Kenapa tanya macam tu?” tanya Umi Lina dengan suara yang sedikit kuat kerana terkejut mendengar soalan Taqiuddin.
“Tanya je” jawab Taqiuddin selamba.
“Kenapa tanya Umi pula. T, yang selalu jumpa Nieylla. Dah tiga tahun berkawan. Takkan tak yakin lagi?” kata Umi Lina yang mula bertenang semula.
“Bukan tak yakin” kata Taqiuddin perlahan. Matanya terpandang ke arah magnet peti ais yang dibelinya lama dulu ketika melawat Queensland, Australia. Taqiuddin mengetap bibir.
“T cuma risau kalau apa yang jadi dulu, jadi balik dengan Nieylla pula” kata Taqiuddin sambil memandang ke arah Umi Lina.
Umi Lina mengeluh sambil membulatkan adunan sebelum diletakkan ke atas dulang.
“Dulu tu dah tak panjang jodoh. Nak buat macam mana” kata Umi Lina, “Ambillah kisah dulu tu dan jadikan pengajaran supaya T tak buat yang sama bila dengan Nieylla” nasihat Umi Lina.
Taqiuddin tersenyum nipis.
“Dah, pergilah bersiap. Nanti lama pula Nieylla menunggu” kata Umi Lina.
Taqiuddin tergelak kecil.
“Risau sangat dengan bakal menantu dia” kata Taqiuddin sambil melangkah ke biliknya.
“Ei.. mestilah” jawab Umi Lina.
Taqiuddin tersenyum lebar.
~~~~~~~~~
“Takkan nak kecilkan cincin pun lama sangat?” tanya Nieylla yang kelihatan penat. Jam menunjukkan jam sepuluh setengah malam. Sudah sejam, selepas sembahyang tarawih sampailah sekarang mereka mencari cincin yang sesuai.
How about this?” tanya Taqiuddin sambil menunjukkan satu lagi koleksi cincin.
Nieylla menggeleng pelahan.
“Tak muat” kata Nieylla yang hampir mengalah.
Nieylla menguap.
“Cincin belah rotan simple begini pun tak boleh kecilkan sekejap ke?” tanya Nieylla lagi kepala pekerja kedai emas di hadapan mereka.
“Kita cari tempat lainlah” pujuk Taqiuddin yang melihat Nieylla mengeluh panjang.
“Kat mana? Kita dah cari hampir satu jam lebih. Cincin belah rotan yang ringkas pun susah nak jumpa. Tak boleh kecilkan, terlalu besar, terlalu kecil.. Saya dah penat. Kita just beli cincin emas korea ke atau cincin dari mainan budak-budak tu. Saya tak kisah” kata Nieylla sambil mengangkat kedua-dua tangannya seperti menyerah.
Taqiuddin tersenyum lucu.
Okay.. apa kata kita rehat dulu, cari makan. Lepas tu kalau nak cari lagi, kita cari lagi” pujuk Taqiuddin, “atau awak bagi je saiz jari awak, nanti saya ada masa.. saya cari cincin” kata Taqiuddin lagi.
Nieylla mengeluh. Semua persiapan bertunang tidak berjalan seperti yang dirancang olehnya. Ada sahaja yang menjadi masalah. Dari baju sehingga ke cincin.
“Jangan monyok sangat, nanti kita cari lagi” pujuk Taqiuddin.
Mereka keluar dari kedai emas dengan tangan kosong dan berjalan ke arah food court. Taqiuddin membuka minuman tin dan kemudian penutup minuman tin dipisahkan dari tin yang masih penuh. Taqiuddin tersenyum dan kemudian menarik tangan Nieylla perlahan.
Perfect fit. See, awak dah jumpa cincin yang muat di jari awak kata Taqiuddin selepas menyarungkan penutup minuman tin di jari manis Nieylla. Nieylla tergelak kecil sambil memandang ke arah jarinya.
Quite romantic T” puji Nieylla sambil tersenyum ke arah Taqiuddin.
Bersambung...
klik sini untuk PART 2 

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37