Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, January 12, 2022

Cinta yang akan selalu aku rindu 19

Kekal

Tiada yang kekal di dunia. Tidak dia, dan tidak juga aku. - Nadya

"You...balik sekarang." Suara Ashrul perlahan namun ada ketegasan dalam ayatnya. Berharap Nadya muncul di hadapannya sekarang ini. Namun hanya deruan nafas sahaja yang kedengaran di hujung talian.

Kalau ikutkan hati, memang dikelek sahaja Nadya ke sana sini. Tapi Ashrul tahu, Nadya takkan selesa untuk ikut bercuti bersama dengan keluarganya. Dia sedar ketegangan antara Nadya dan adik beradiknya. Bukan baru sekarang, malah sejak dulu lagi adik beradiknya masih tidak dapat menerima Nadya. Kerana bagi mereka, Nadya terlalu kaku untuknya. Hanya Ashrul sahaja yang sering menunjukkan perasaan kepada Nadya. Tapi tidak Nadya.

"You ingat janji kitakan? Dua tahun. I bagi you ruang dua tahun dan lepas tu you janji akan kembali pada I. Tempoh dua tahun dah nak habis. Lagi beberapa bulan." Ashrul menarik nafas panjang, "tak guna awak ke situ lagi. Please...comeback Dya."

Asalnya Ashrul yakin Nadya akan kembali. Terlalu yakin hingga dia sanggup berikan apa yang Nadya mahukan. Penceraian untuk dua tahun. Dia tahu, Nadya akan kembali kepadanya semula. Tapi keyakinannya semakin hari semakin merundum.

"Ash..." Nadya bersuara perlahan di hujung talian.

Ashrul menyebak rambut ke belakang. Dia tahu Nadya akan terus berdegil.

"You fikir you boleh kekalkan dia macam tu sampai bila-bila? Preserve him from the world? From everything? Hanya kerana you nak Andi you yang dulu?" bertubi-tubi soalan Ashrul utarakan dengan suara yang tenang.

Terdengar suara tersedu di hujung talian.

"I rindu dia Ash... I rindukan dia..."

Ashrul mengeluh simpati apabila mendengar suara esakan dari Nadya.

"Satu ketika dulu, I sanggup korbankan apa je yang I ada untuk jumpa dia semula. Andi yang I rindu. Nyawa I pun I sanggup beri untuk dapat berjumpa dengan dia sekali lagi. Dan sekarang, dia ada dengan I. I tak nak kehilangan dia lagi." Nadya berkata dengan tegas dengan suara yang hampir serak basah.

"I tak sanggup lalui pengalaman yang menyakitkan tu lagi. Setiap kali I terserempak dengan Andi sebelum ni, I nak lari dan peluk dia. Tapi setiap kali I buka langkah, akal I menghalang. Sebab I tahu dia bukan Andi. Tubuh dan muka dia adalah Andi tapi dia bukan Andi. You tahu tak betapa sunyinya I rasa? I rasa sunyi Ash... tapi I tak dapat nak buat apa-apa."

Ashrul menggenggam telefon bimbit apabila Nadya mula meraung perlahan di hujung talian Akhirnya Nadya mula membuka mulut mengenai sakit yang dipendam selama ini. Bukan dia tidak pernah berusaha untuk mendengar cerita Nadya. Tapi Nadya, sentiasa mengunci mulut bila Ashrul mahu bercerita mengenai kisah lama bekas isterinya.

"Tapi Dya... you sedar tak? You pun bukan Nadya yang dia kenal dulu."

Nadya menarik nafas panjang sebelum teresak-esak di hujung talian.

"You ada anak-anak kita. Ada I. Andi yang sekarang ni dengan you tu. You yakin you dapat kekalkan dia macam tu?"

Ashrul mengeluh perlahan. Tenang memegang telefon di tepi telinga sambil mendengar esakan Nadya.

"Sama ada you nak atau tidak, Andi yang ada dengan sekarang ni perlahan-lahan akan berubah juga. Hidup mesti diteruskan Dya. Itu realiti kehidupan. So comeback to us..." pujuk Ashrul lagi.

"Papa!" Afiq muncul di muka pintu bertemankan Ashraf yang sedang berair mata.

Bersambung...

Sedutan Bab: 

Sedutan Bab: 

"Diorang?"

Erna ternganga.

"Diorang as in The Four Hot Guys! Jejaka pujaan Kampus. Seriuslah Fera? Kau belajar di Angsana ke atau kat mana ni?" Erna bercekak pinggang. 

~~~~~~~~~~~~

"Hah.. The Four Hot Guys," kata Erna yang berdiri di sebelah Feralina, dia mengetatkan cardigan di tubuhnya. Kesemua mereka masih lengkap dengan baju kurung dan baju melayu. Mereka keluar dari dewan dan terus memandu ke Angsana.

"Kalau lima tahun lalu, waktu di Love Kafe, kau kata yang aku akan berkahwin dengan salah seorang dari diorang, aku takkan percaya," kata Feralina masih memandang ke arah keempat-empat jejaka yang kini sedang cuma membuat unggun api di dalam tong cat untuk memanaskan badan sementara menunggu matahari terbit.

"Kau sangat anti sosial waktu kau datang ke sini. Aku pun takkan percaya" jawab Erna dengan selamba.

Jom dapatkan Ebook TIada Drama di Kampus di aplikasi Esentral / Google Play


 

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37