Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, February 3, 2022

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu - 24

 Janji

Sampai di satu saat, mulut mula bersuara tanpa mengendahkan apa kata hati - Nadya

"Ash?" Nadya cepat-cepat turun dari kereta apabila melihat kereta milik Ashrul diletakkan di hadapan motel.

Andi mengerut dahi melihat langkah laju Nadya yang menuju ke sebuah kereta.

"You buat apa kat sini?" tanya Nadya sambil cuba memeriksa tempat duduk belakang. Kedua-dua anak kembar mereka tertidur di kerusi khas untuk budak-budak seusia si kembar. Nadya mengeluh lega sebelum mencekak pinggang memandang Ashrul yang kini berdiri di sebelahnya.

Ashrul memeluk tubuh sebelum membuka pintu belakang untuk mengangkat anaknya yang sedang tidur.

"No. Ash. You buat apa di sini? Sepatutnya you dengan anak-anak bercuti dengan family you sampai hari isnin kan?" Nadya menghalang Ashrul dari membuka pintu kereta.

Ashrul mendengus kuat.

"Janji dengan I." Kata Ashrul sambil memandang Nadya.

"Hah?" Nadya yang sedang berapi terus mengerut dahi bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ashrul.

"Janji dengan I yang you takkan paksa I lagi untuk berbaik dengan Kak Long dan yang lain lagi." Kata Ashrul dengan wajah serius.

"What?" Nadya terkebil-kebil bila mendengar permintaan Ashrul, kemudian menyedari apa yang telah berlaku. Mesti Ashrul bergaduh lagi dengan adik-beradik bekas suaminya itu. "Tapi diorang keluarga you Ash...adik beradik you." Suara Nadya kini menjadi lembut. Seperti memujuk budak-budak yang sedang merajuk.

"Janji dengan I!" pintas Ashrul bila Nadya mula memujuk.

"Okay! I janji..." Nadya mengeluh perlahan. Lebih baik dia mendiamkan diri sehingga mara Ashrul reda sebelum memujuk lelaki itu semula, "tapi..." ah, dia masih mahu bersuara biarpun Ashrul masih memandangnya dengan tajam.

"You..."  

Nadya mengetap bibir.

"Okay...okay... I takkan paksa you lagi. Apa dah jadi sampai you marah macam ni?" Nadya memeluk tubuh sambil mendongak memandang Ashrul.

"You tengok apa yang anak Kak Long buat dengan Afiq... Depan-depan I, dia tolak Afiq. Tapi Kak Long masih cakap bukan salah anak dia."

Nadya terus memandang ke cermin kereta. Kelihatan tangan Afiq yang berbalut dengan anduh. Dia terus membuka pintu kereta dan melihat dengan lebih jelas kecederaan anaknya. Ashraf dengan kepala berplaster seperti yang dikhabarkan oleh Ashrul sebelum ini. Afiq pula memakai anduh pada tangan. Nadya mula rasa ralat kerana memaksa Ashrul untuk menyertai percutian keluarga biarpun Ashrul sudah berkali-kali menolak. Nadya cuma mahu Ashrul dan anak-anak berbaik-baik dengan keluarga bekas suaminya itu.

"Bahu Afiq terkehel sikit. Doktor dah buat x-ray tadi. Mujur tak teruk sangat. Tapi tangan dia berbalut macam nilah sampai sembuh. Lepas jumpa doktor, I terus bawa diorang datang sini." Jelas Ashrul.

"Dah lah, dah malam sangat. Kasihan diorang tidur macam ni. Mari daftar masuk bilik dulu," kata Nadya sambil memberi ruang untuk Ashrul mengangkat Afiq yang masih tertidur lena.

Nadya kemudiannya bergerak ke pintu sebelah kiri untuk mengangkat Ashraf yang juga masih tidur.

"Biar aku tolong angkat."

Nadya hampir terlupa Andi yang menghantarnya kembali ke motel. Dia terus memberi ruang buat Andi untuk mengangkat Ashraf.

"Thank you." Kata Nadya apabila dia dan Andi sempat bertentang mata.

Andi tersenyum kecil sambil membetulkan kedudukan Ashraf di dalam dukungannya.

"Um, tangan kau kena support di sini..." kata Nadya apabila melihat Andi yang janggal membetulkan posisi Ashraf. Nadya menahan senyum melihat situasi di hadapannya. Andi mendukung budak-budak. Tak pernah terbayang oleh Nadya yang dia akan melihat situasi seperti itu.

"Oh," Andi tersengih setelah membetulkan posisi Ashraf yang terlentok di bahunya.

"You."

Nadya dan Andi terus memandang ke arah Ashrul yang sedang mendukung Afid.

"Tolong ambilkan dompet I." Kata Ashrul kepada Nadya. Namun matanya tepat memandang ke arah Andi. Itulah kali pertama dia bertentang mata dengan lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka beberapa bulan yang lalu. Lelaki yang membuat hatinya tidak tenang. Lelaki yang boleh mencantas kehadirannya dalam hidup Nadya. Dalam kebisuan, Ashrul mula takut kehilangan.

Nadya terus membuka pintu hadapan kereta dan mengambil dompet kulit berwarna coklat di dalam kereta tanpa perasan Andi dan Ashrul dalam keadaan tegang. 

Bersambung....

IKLAN Tiada Drama di Kampus

"Love Kafe? Tak ada nama yang lebih macho ke?" komen Lokman sambil menguyah kek lapis Apollo

"Love Kafe? Tak ada nama yang lebih macho ke?" komen Lokman sambil menguyah kek lapis Apollo.

"Korang nak makan tak? Kita makan kat situ. Eryn dengan kawan-kawan dia ajak makan kat situ," pelawaan Afid membuatkan masing-masing terdiam dan berpandangan sesama sendiri.

"Aku nak ambil adik aku, Pak Mail Cuti."

"Aku kena bawa Puan Director Angsana pergi pasar."

Serentak dan senafas. Kafi dan Sayd cepat memberi alasan selepas bertukar pandangan.

"Aku kena tanam lipas mati," alasan dari Lokman. Dia mengeluh apabila tersedar yang dia sudah terlambat memberi alasan. Dia menjongket bahu apabila kawan-kawannya pelik mendengar alasan yang tak masuk akal darinya.

"Okay... aku pergi dengan kau. Makan di kafe tak macho dengan mak tiri dan Kakak-kakak tiri Cinderalla," katanya dengan nada sebal.

"Wah, ikhlasnya," kata Afid dengan nada sarkastik. 

Dapatkan di E-sentral / Google Play ya... 


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37