Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, February 4, 2022

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu - 25

Terlambat 

Terlambat. Sebuah perkataan yang ringkas namun memberi kesan yang besar - Andi

"pergi tandas dulu," Kata Nadya sambil menyerahkan dompet kulit kepada Ashrul yang baru meletakkan Afiq di atas sofa yang tersedia di lobi sebelum mendaftar masuk untuk mendapatkan bilik kosong di motel itu.

"Okay, eh... you bilik nombor berapa?" tanya Ashrul yang membetulkan kedudukan Afiq yang sedang berdengur kecil.

"Um," Nadya mengeluarkan kunci biliknya untuk melihat nombor biliknya. Kejadian malam itu membuatkan otaknya terasa penuh.

"402," Andi menjawab bagi pihak Nadya sebelum meletakkan Ashraf di sebelah abangnya dengan perlahan.

"Ah, ya. 402." Kata Nadya pula sebelum berpaling menuju ke tandas.

Ashrul pandang Andi dengan tajam bila mengetahui Andi tahu nombor bilik Nadya. Namun mulutnya tidak berkata apa-apa. Sebaliknya dia berjalan terus menuju ke kaunter.

"Selamat malam Encik. Encik nak bilik single ke double?" tanya penyambut tetamu yang bertugas pada malam itu.

"Saya nak semua bilik di tingkat empat." Jawab Ashrul tanpa nada.

"Hah?" penyambut tetamu di motel tersebut terkebil-kebil bila mendengar permintaan dari Ashrul.

Andi yang baru sahaja mendekati kaunter tersenyum sinis sebelum menggelengkan kepala apabila Ashrul menghadiahkan jelingan tajam kepadanya.

"Tapi ada bilik di tingkat empat yang dah ada penyewa encik." Jawab si penyambut tetamu sebelum memandang Andi pula.

"Saya lupa ambil kunci bilik tadi. Bilik 403." Kata Andi sambil menunjukkan kad pengenalannya kepada penyambut tetamu tadi.

Ashrul memasukkan tangan ke dalam poket sambil mendengus perlahan.

"Early bird get the worms," Andi tergelak kecil.

"But the second mouse gets the cheese," Ashrul menghadiahkan senyum sinis kepada Andi.

"So cacing atau keju?"

Kedua-dua jejaka itu terus berpaling ke belakang apabila ada suara yang menyampuk.

Andi mengetap bibir dan kemudian memberi ruang untuk Nadya maju ke depan kaunter.

Ashrul membetulkan lengan baju sambil mengelak jelingan tajam dari Nadya.

"Kenapa you selalu terjemah pepatah secara literal," kata Ashrul sebelum berdehem sambil membetulkan kolar baju. Namun masih mengelak dari pandangan Nadya.

"Sebab tu dia selalu dapat B setiap kali exam bahasa." Jawab Andi pula.

Nadya menjulingkan mata bila kedua-dua lelaki mengenakan dirinya pula.

"Diamlah Andi!" marah Nadya sambil menampar lengan Andi.

"Auch!" Andi menggosok tangan yang menjadi mangsa Nadya.

"Sikit je pun... Drama sangat," Nadya sempat menjeling Andi sebelum memandang ke arah penyambut tetamu yang sabar melayan mereka, "Dik, bagi Encik ni satu bilik je. Kalau boleh, bagi bilik di sebelah saya." Senang dia dan Ashrul sama-sama menjaga si kembar bila bersebelahan bilik.

Ashrul terkebil-kebil melihat keganasan yang berlaku di hadapannya. Selama ini, dia ingat Nadya hanya tahu membebel sahaja.

Penyambut tetamu yang ingin menyerahkan kunci bilik kepada Andi terpinga-pinga melihat sketsa di hadapannya.

"Patutlah suara macam pernah dengar..." seorang wanita keluar dari pejabat kecil di belakang kaunter.

"Eh!" Nadya menunjuk ke arah wanita itu, "Mary? Eh.. Maryam kan?" Nadya cepat-cepat membetulkan nama panggilan wanita itu apabila teringat yang Mary adalah nama julukan yang diberikan oleh Andi kerana Maryam seorang gadis yang suka berketrampilan agak daring.

Nadya sempat melaga siku ke perut Andi apabila mendengar lelaki itu berusaha menahan gelak apabila dia tersalah menyebut nama. Kerana nama panggilan itu hanya dipanggil bila Maryam tiada di hadapan mereka sewaktu di sekolah dulu.

Maryam tergelak tanpa mengambil hati dengan tingkah Andi.

"It's okay... panggil Mary pun boleh... Eh, korang dah lama sampai ke? Dah dengar cerita tak? Baru tadi polis jumpa sesuatu di belakang sekolah kita."

Andi dan Nadya berpandangan. Hairan bila kejadian itu tersebar dengan cepat. Tapi tiada yang mustahil di Pekan kecil itu.

"Jumpa apa?" tanya Ashrul sambil mengerut dahi. Dia mengambil kunci bilik yang diserahkan oleh penyambut tetamu.

Maryam ingin membuka mulut untuk menjawab soalan Ashrul namun tumpuannya terganggu apabila terdengar bunyi lif.

Nadya berpaling melihat lif sebelum mengecilkan mata apabila melihat susuk tubuh yang keluar dari lif tersebut. Kenapa dia ada di sini juga?

Bersambung...

*Bab ni sebagai ganti sebab tak post hari rabu tu ek.. hehe

Iklan Tiada Drama di Kampus

Dapatkan di E-sentral / Google Play ya.. 


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37