Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, February 9, 2022

Cinta yang Akan Selalu Aku Rindu - 26

Terlambat 2

Dia ada tak?” tanya Maryam kepada Farhan yang meletakkan satu kunci bilik di atas kaunter.

“Dia?” Nadya menyampuk sambil mengerutkan dahi. Hairan bila melihat Farhan di motel tersebut. Dia tahu yang rumah Farhan tidak jauh dari rumah Andi. Tak mungkin Farhan menyewa di motel itu.

“Ah, Ressa. Dia dah lama sewa bilik di sini.” Jawab Maryam sambil mengambil kunci bilik yang baru diserahkan oleh Farhan.

“Ressa sewa bilik di sini? Bukan ke rumah mak ayah dia di kampung Fajar je. Tak jauh dari Pekan kan?” Andi pandang Farhan yang mendiamkan diri dan seakan termenung memandang lantai.

Maryam pandang Andi sambil terkebil-kebil sebelum mengerut dahi.

“Um, kenapa korang cari Ressa? Dia tak balik lagi ke dari tadi?”

Andi terus pandang Nadya. Wanita itu seakan mahu menukar topik perbualan dan membiarkan soalannya tadi tanpa sebarang jawapan.

“Kau ada nampak Ressa ke?” tanya Maryam pula.

“Aku jumpa dia tadi jelah. Dekat sekolah.” Jawab Nadya.

“Aku oergi cari dia kat dataran. Nanti kalau dia dah balik, call aku.” Kata Farhan kepada Maryam sebelum berlalu pergi.

Nadya mengerut dahi sebelum memandang ke arah Maryam yang menggelengkan kepala.

“Biarpun dah bertahun, dia masih kalah dengan Alfi.” Maryam mengeluh perlahan sebelum mengeluh perlahan. “Eh, korang pergi sekolah? Jadi korang tahulah pasal tulang budak sekolah yang polis jumpa tu?” mata Maryam membulat kerana teruja ingin mendengar cerita sensasi. Bukan selalu Pekan kecil itu mempunyai berita-berita sensasi seperti itu.

Ashrul mengerut dahi.

“Tulang?” Ashrul pandang Nadya.

“Ah, ya. Di belakang sekolah dulu. Penyiasat awal dari polis tadi, diorang percaya yang tulang tu tulang kawan sekolah I yang hilang berbelas tahun lalu. Kemungkinan arwah tergelincir di tepi bukit waktu memanjat bukit. Dia hilang waktu hujung tahun. Musim tengkujuh. Jadi bukit di belakang sekolah tu bertambah curam waktu musim hujan.” Jelas Nadya dengan nada perlahan. Dia cuba menahan sebak bila sedar yang dia sedang berbicara mengenai Alfi.

Maryam mengeluh panjang bila mendengar cerita dari Nadya.

“Alfi memang suka ambil gambar. Setiap pelusuk Pekan ni dia jelajah untuk ambil gambar.” kata Maryam sebelum tersenyum nipis.

“Argh!” Jerit Andi dengan tiba-tiba. Andi terus menahan tangan kiri pada kaunter dan tangan kanannya menggenggam rambut dengan kuat. Matanya tertutup dan sesekali mulut menyeringai menahan sakit.

“Andi?” Nadya terus memegang bahu Andi, “Kau okay tak?” tanya Nadya dengan riak kerisauan.

“Em.. ya.” Andi tersenyum kecil kepada Nadya sebelum membuka genggaman tangan pada rambutnya. Mukanya berpeluh namun senyuman telah mengantikan riak kesakitan di wajahnya, “Aku masih terasa pening. Tambah pening bila teringat pasal tadi.” Jelas Andi.

“Kau nak panadol tak?” tanya Maryam yang sedia mencapai peti pertolongan cemas yang telah disediakan.

“Eh, tak apa. Aku ada ubat,” jawab Andi sebelum memandang Nadya yang masih risau, “aku okay.” Kata Andi sambil melarikan tangan Nadya dengan perlahan sebelum memegang kejap tangan wanita itu untuk meyakinkan Nadya yang dia baik-baik sahaja.

Ashrul hanya mampu mendiamkan diri melihat adegan di hadapannya. Rahangnya diketap kuat sebelum dia memandang jam di tangan.

“Dah nak jam satu. Kasihan budak-budak tu tak selesa tidur.” Kata Ashrul.

“Ha’ah. Kita masuk bilik masing-masing. Besok pagi kita sambung cerita lagi,” Tambah Andi pula sambil tersenyum kecil kepada Maryam sebelum dia memandang ke arah Nadya.

Nadya mencebikkan bibir. Seakan dapat rasakan yang Andi hanya berpura-pura baik di hadapannya. Dia sentiasa dengar perkembangan kesihatan Andi dari Ibu Suri. Dia tahu yang Andi terlalu berusaha keras untuk mengingati memori yang telah hilang selepas pembedahan dan itu membuatkan Andi sering dibebel oleh doktor.

“Nady… aku okay.” Andi cuba meyakinkan Nadya sekali lagi, “It’s just...” Andi mengeluh berat, “Alfi.” Suara Andi sedikit bergetar bila menyebut nama Alfi, “aku tengah cuba untuk meyakinkan diri aku yang ini bukan mimpi. Mungkin kita patut tidur dan mungkin cuba untuk menghadam apa yang dah jadi malam ni. Boleh Nady?” Kata Andi sebelum memberi sedikit senyuman.

Okay.” Jawab Nadya perlahan. “Ya, sure. It’s been a long day.” Tambah Nadya lagi sambil menganggukkan kepala. Mendengar kata-kata Andi membuatkan dia teringat sesuatu.

Sesuatu tentang Alfi.

Sesuatu memori yang lama tersimpan di dalam kepalanya.

Sesuatu tentang…

Ressa.

Nadya memandang ke arah pintu motel yang ditolak dari luar.

Seorang wanita dalam lingkungan usia 30an, memakai baju t-shirt lengan pendek yang mempunyai logo polis Diraja Malaysia bersama seluar hitam dan berkasut kulit ala-ala kasut boot yang berwarna hitam memandang ke arah mereka semua dengan muka beku. 

P/S: Sorry lambat upload entri baru.  Jangan lupa vote+Comment ya.  


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37