Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, April 10, 2009

sekolah_cinta 10

Picnic 2...

“Tengah berdating dengan makanan di tepi pantai ke cousin ku..” Dani menegur sinis Im yang membuat muka seperti asam kecut itu..Dani duduk di sebelah Im.

“Banyaklah kau punya dating..” Im sebal..

“Whats wrong? Kecewa sebab ego kau yang tinggi tu ke?” Masih lagi Dani bernada sinis..Im merenung wajah Dani dengan muka blur..

“Meaning??”

“tak payahlah nak sembunyilah Im.. aku tahu kau tu ada hati dengan Syirah.. aku dah lama jadi cousin kau.. membesar pun sama2.. aku cukup kenal dengan perangai kau tu..”Dani meneguk coca-cola yang baru dibukanya..

“aku tak faham apa kau cakap..” Kata Im selamba.. Dani terus meluku kepala Im tanpa rasa bersalah.

“tak faham, tak faham.. ego kau ni lebih tinggi dari KLCC tau.. cuba kau terus terang dengan Syirah.. Jangan samapai ada orang lain kebas baru kau nak sedar.. time tu kau telan liur je lah…” Dani mula berceramah..

“His! Dani.. kau ni dah mula jadi macam auntie Maria dan ibu akulah..” Im bengang..

“Kalau tak nak abang Dani membebel.. baik kau temankan Syirah kat tepi pantai tu.. mesti romantik..” Nieylla yang datang entah dari mana2 tiba2 menyampuk..

“tak naklah aku.. biarlah dia sorang2 kat sana tu..pandailah dia jaga diri..” Im masih lagi dengan keras kepalanya.

“Susah nak cakap dengan orang macam Im ni Nieylla..” Dani berkata sinis..

“Biarlah dia abang… ada gak boy handsome kat sana leh temankan Syirah..” Selepas sahaja Nieylla menoktahkan ayatnya.. Im terus berdiri dan melangkah ke arah Syirah… Dani dan Nieylla tertawa dengan gelagat Im..ego!


“Oh..hi abang Im… cantikkan pantai ni.. bersih je kan..” Syirah terus membuka cerita selepas saja Im mendekatinya.

“emmm..” Hanya itu jawapan dari Im..Im kononnya concentrate melihat pantai yang tenang itu..

“Abang Im.. kita buat istana pasir nak? Dah lama tak buat istana pasir kan..” Syirah mencuba mendapatkan perhatian dari abangnya..

“Mana ada bahan2 nak bentuk istana..” Im berkata berlahan..

“ala..kita pinjam je budak2 kecik tu punya…” Syirah menunjuk ke arah budak kecik yang lagaknya seperti engineer yang mencuba membuat bangunan.. Im melihat ke arah budak itu..kemudian dia tersenyum..takde nilai estetika langsung..
“Jom Syirah kita tolong budak tu wat istana pasir..”Im menghulurkan tangannya Syirah terpaku memdengar suara mesra Im..kemudian dia tersenyum dan menyambut huluran tangan Im..


“Hah! Tu apasal dua2 pergi kacau budak kecik tu?” Dani yang melihat dari jauh pelik melihat Im dan Syirah mendekati budak kecik yang sedang mencuba membina istana pasir secantik mungkin..

“Biarla diorang abang..asal diorang bahagia..” Nieylla malas mahu mengambil kisah..Dia dengan enaknya menyumbat makanan ke mulutnya sambil berchatting di MSN melalui handphone.(Ceh.. ada unsur2 promote ni..belilah digi..hahaha) Dani hanya membiarkan adiknya hanyut dalam dunia chattingnya..

Syed_Riz : Wei.., kau kat mana?

Allysa_Nieylla: sibuk je kau! Suka hati akulah nak jalan pergi mana pun..

Syed_Riz: ewah! Kerek kau ye..

Allysa_Nieylla: suka hati aku lah.. kau tak payah nak susah2 amik tau pasal aku.. jaga je
cinta hati kau tu!!!

Syed_Riz: aik?! Banyaknya tanda seru…jeles ke? J

Allysa_Nieylla: Takde masa aku nak jeles dengan kau.. bukan handsome pun..

Syed_Riz: abis kau tu cantik sangat ke?

Allysa_Nieylla: mestilah.. tulah kau..aku suruh kau buat cermin mata kau tak nak.. kan
dah tak nampak kecantikan aku ni..

Syed_Riz: Susahlah cakap dengan orang yang masuk bakul angkat sendiri ni..

Allysa_Nieylla: Oo abang syed…sekang ni dah tak guna peribahasa tu lagi.. sekarang ni
kita guna masuk lif tekan sendiri..baru logic cket..

Syed_Riz: Banyaklah kau punya logic.. wei, besok kau ada plan tak?

Allysa_Nieylla: ada..

Syed_Riz: kau wat apa?

Allysa_Nieylla : Jaga anak.

Syed_Riz: Kan abang dah kata..anak2 kita bagi tinggal kat umah mak.. kita bolehlah
Pergi dating besok..hahaha

Allysa_Nieylla: wuek! Bila masa aku bersalinkan anak kau.. simpang malaikat 44..
Kau ni lupa makan ubat kawalan mental ya?

Syed_Riz: Wei..mental aku terkawal lagi la…aku nak belanja kau besok.. tanda
Damai antara kita.

Allysa_Nieylla: sounds great..jam brapa?

Syed_Riz: aku gtau kau nanti...

Allysa_Nieylla: okaylah.. Abang Dani dah tengok lain2 dah ni..

Syed_Riz: okay.. bye..,

Allysa_Nieylla: bye. –out-

Syed_Riz: -out-

2 comments:

MaY_LiN said...

amboi..
bukan main lg abg im kite tu..
hikikhik..

Anonymous said...

hehe..
besh2..
nk lagi..nk lagi ^_^

-che na-

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37