Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, April 16, 2009

sekolah_cinta 12


‘Betul ke abang Im senyum kat aku tadi?? Betul ke? Betul ke? Abang Im senyum kat aku?..’ayat itu terngiang-ngiang di kepala Syirah. Nathalie yang duduk berhadapan Syirah pula membuat muka asam kecut dan seperti tak bermaya. Kelihatan seperti balu untuk yang suami ke 3.hehehe

‘apasal minah 2 orang ni? Yang sorang termenung sampai boleh tembus bangunan sekolah ni..sorang pulak macam perempuan hilang suami pun ya jugak.. hai.. nilah remaja zaman sekarang..hehehe’ Nieylla mengomel sendiri. Kemudian dia melihat ke arah Amy yang sedang meramas2 kasar novelnya seperti melepaskan perasaan marah.. Nieylla mengalihkan pandangan ke arah Lulu, kemudian mengangkat kening..Lulu menjongket bahu tanda tidak tahu kenapa 3 orang teman mereka berkelakuan seperti itu.Nieylla mendengus kuat.

“Okay! Cuba bagi tau kami apa masalah korang bertiga ni… sorang macam kucing hilang anak, sorang macam baru kena hysteria, sorang lak macam…” Belum sempat Nieylla menghabis kan ayatnya Lulu sudah tolong melengkapkan ayatnya.

“sorang lak macam balu yang tengah berkabung suami ke3..” Kemudian dia menghadiahkan sengihannya kepada Nieylla..tanda minta maaflah tu.. Nieylla merenung tajam ke arah Lulu..seperti bercakap menggunakan telepati. Bermaksudnya macam begini lah tu..’lain kali biar aku habis cakap dulu’ lepas tu Lulu pula membalas dengan renungan bersalah.. ‘hehe.., sorry’..

“okay, berbalik dengan korang ber3 ni.. Nathalie mulakan dulu.. apa masalah kau?” Nieylla mengalihkan pandangan ke arah Nathalie..

“aku nampak si Azman dengan perempuan lain…” Nathalie berkata dengan nada geram + terharu – gembira = sedih sangat lah tu..

“jadi?” Lulu bertanya dengan wajah tanpa riak..

“Ya.., so?” Nieylla pula bertanya dengan wajah tanpa simpati.. Kesimpulannya Lulu dan Nieylla tak pernah bercinta..

“Korang boleh tanya lagi? Maksudnya Azman dah tinggalkan aku” Sayunya suara.. Nieylla dan Lulu berpandangan satu sama lain. Kemudian kedua2 mereka berkata..

“Ooo..” Dengan riak yang masih lagi tiada simpati..

“Hah! It je reaksi korang? Korang tak simpati ke dengan aku ni?” Nathalie memohon simpati dengan dua orang kawannya yang blur tentang cinta.

“wah.., simpatinya..” mereka berdua menjawab tanpa riak.. Nathalie mencebik.. ‘Korang lah kawan dunia akhirat..’ bercakap dalam hati dengan nada sinis..

“So what… patah tumbuh hilang berganti..,”belum habis Lulu bercakap, Nieylla memotong ayat Lulu..

“Patah hati carilah lain..” Lulu memandang Nieylla yang memandai2 potong ayatnya..Nieylla tersenyum bak kerang busuk.. ‘Revenge..hehehe’

“ya.., kau kan cantik Nathalie..” Lulu mengalihkan perhatiannya kepada Nathalie semula.

“Tapi Valentine’s day dah nak dekat.. takkan aku nak sambut sorang2” Nathalie meraung dengan nada yang kecil.. takut pelajar lain kata dia meroyan..

“Ala.., kami pun selalu sambut sorang2..” Nieylla berkata tanpa perasaan.. Nathalie mencebik sekali lagi..

“yelah2.. aku nak layan MSN ni jap.. ada cowok baru..” Nathalie kembali seperti biasa selepas meluahkan perasaan kepada orang yang sedikit takde perasaan cinta..

“Okay.., Syirah lak.. kau kenapa? “ Lulu memandang Syirah yang masih termenung.. soalannya tidak mendapat respond dari Syirah.. Lulu memandang Nieylla.. 'kenapa budak ni?’. Nieylla melambaikan tangannya di hadapan mata Syirah yang terbuka luas itu.. ‘Sah yang ini lagi teruk!’

“Assalammualaikum Syirah.!.” Nieylla memberi salam di telinga Syirah dengan lantang..

“Waalaikumsalam.. masuklah..pintu tu tak berkunci?” Syirah menjawab perlahan. Lulu mengerut dahi.. kemudian dia memandang sekelilingnya.. ‘mana pulak ada pintu dekat pondok cendawan ni’ …

“Woi Syirah! Kau ni sleep walking ke?” Lulu menolak lembut bahu Syirah. Kemudian Syirah seperti tersedar..

“Hah! Mana dah abang Im?” Tanpa kesedaran terkeluar nama Im dari mulut Syirah..

“Im! Apa dah dia buat dengan kau? “ Nieylla bertanya cemas..

“Dia buat apa Syirah?” Lulu pun bertanya cemas.. bermula dah kebudayaan kuning di otak mereka berdua.. Syirah memandang kedua2 temannya.. ‘hai kawan.. otak tu banyak sangat dah virus!’ kemudian Syirah mengambil buku rujukannya dan menghempuk lembut ke kepala temannya berdua..

“Dia tak buat apa2 lah.. dia cuma senyum..” Syirah menjawab selamba..

“Senyum???” Lulu dan Nieylla kehairanan..

“Ya! Senyum.. abang Im senyum” Syirah menegaskan perkataan senyum itu..

“kau okay ke Syirah? Demam ke? Kena cacar ke? Atau kena syndrome disorder ke?” Nieylla meletakkan tangannya ke dahi Syirah.. konon nak ambil suhu badanlah tu.. mana tau Syirah betul2 demam..

“apasal? Si Im tu tak pandai senyum ke?” Lulu bertanya blur..

“bukanlah! Abang Im senyum kat aku.. abang Im senyum kat aku” Syirah mengulang ayatnya supaya teman2nya itu faham.. padahal di hati Nieylla dan Lulu.. ‘aduhai,, kasihannya si Syirah ni..’

“Jadi?” Lulu dan Nieylla berkata serentak..

“ Abang Im tak pernah senyum dengan aku selepas kami membesar tau..”
Syirah dengan excitednya bercerita..

“ Ooo” itu saje lah yang keluar dari mulut Lulu dan Nieylla..Syirah tanyang muka sedikit menyampah.. ‘aku ni pun pintar sangat.. yang aku salah pilih tempat untuk meluahkan perasaan ni apasal…


“Kau lak Amy.. janganlah menghancurkan novel tu.. novel baru tu..” Nieylla menegur Amy pula..Amy memandang muka Nieylla lama.. (macam tak puas hati)

“Kenapa muka kau sama dengan Dani??” Amy bertanya selamba..

“Ek eleh.., soalan cepumas mana yang kau ambil ni.. budak tadika pun boleh jawab la tapi..biar aku bagitahu kau ” Lulu mahu menjawab bagi pihak Nieylla..

“takpe Lulu..biar aku terangkan dengan dia..aku gemar betul soalan cepumas ni… excited aku nak jawab..” Nieylla berlagak seperti kanak2 riang..

“Okay.., kau terang kan dengan dia.. aku pun excited nak dengar penerangan kau ni.. kau terangkan jelas2 kat dia..” Lulu mengikut kerenah Nieylla..

“sebab kami kan twin.. mestilah sama rupa…bengap..” Nieylla menghempuk lembut kepala Amy dengan novel yang dihancurkan Amy sebentar tadi.. (aku tak sampai hati suruh Nieylla hempuk kasar2 novel tu., naya anak orang..heeheh)

“Huh! Aku benci dia…” Amy berkata perlahan..

“Aik? Takde angin, takde ribut.. apasal?”Nieylla memandang Amy masih lagi mengosok kepalanya..kononnya sakit sebab kena hempuk novel.

“Dia tu keras hati! Keras kepala! Hati batu! Dan yang bersangkut paut dengannya..” Amy meluah rasa..

“Oo..kau ni ada skandal ya dengan si Dani tu ya..” Lulu cuba mengorek rahsia. Nieylla tumpang sekaki..Amy membuat muka masam..

“His! Rahsialah..” Amy mengangkat beg ingin berlalu ke kelas.. tetapi sempat menghadiahkan jeliran lidah kepada 2 orang temannya yang blur..

“Dorang ada skandal ya?” Lulu masih tak puas hati..

“Entah.., aku pun tak tahu..” Nieylla menjongket bahu..kemudian kelihatan Dani melintas di hadapan mereka.. Nieylla dan Lulu berpandangan.. muncul Idea jahat..

“Kau nak tahu dorang ada skandal ke tak?” Nieylla bertanya kepada Lulu.. Lulu hanya tersenyum ala-ala evil..Di fikiran mereka sudah terngiang2.. ‘Dani tak pandai simpan Rahsia’…hehehehe..

2 comments:

Si Kure-kuree said...

ape agknya ek plan devil si nieylla n lulu tu ek?????

nak lg2!!!!
cpt2!!! tak sabo dah ni...

Anonymous said...

aaa..
saje je ptong citer kt situ..
pat smbg..
excited nih ^_^

-che na-

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37