Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, April 29, 2009

sekolah_cinta 17

Setibanya di tapak perkhemahan mereka diarahkan memasang khemah masing-masing dan Cikgu Trisya memecahkan mereka kepada beberapa kumpulan dan di beri tugas masing2.

“Hah! Aku kena memasak?” Nieylla menunding jari ke padanya sendiri. Rasa tak percaya yang dirinya yang ditugaskan memasak. ‘jangan salahkan aku kalau semua kena food poisoning.’

“aku kena ambil air dengan Amy..” Nathalie berkata. Kemudian mereka berlalu melakukan tugas masing2.

Setelah berlatih satu jam dengan Syirah macam mana cara membuat sambal belacan. (di tengah2 hutan buat sambal belacan?) ‘Dah cikgu suruh.. aku buat jelah’ sekarang giliran ikan sardine pula untuk dimasak kari. Nieylla mengacau perlahan masakannya yang hampir masak itu sambil bernyanyi2 kecil.

“Kacau, kacau, kacau ikan sardine..Kacau, kacau , kacau perlahan2..” Nyanyiannya terhenti apabila menyedari Riz yang baru selesai mencari kayu api merenung tajam ke arahnya. ‘Ei…, Riz ni, janganlah tenung2 macam tu.. malu I..’ Nieylla bermonolog dalam hati.

Riz mendekati Nieylla kemudian duduk berhampiran dengan Nieylla, jarak mereka hanya seperti sebatang rokok saja. Nieylla merenung Riz di sebelahnya.. kemudian Riz pula merenung Nieylla..mata bertentangan mata. Dup dap dup dap bunyi jantung Nieylla.’aduh., lomah jantung oden ni.’. Kemudian Riz membisikkan sesuatu ke telinga Nieylla

“Lauk ni selamat di makan ke?” Tanya Riz selamba. Dan sebangai tindakan reflek Nieylla mengetuk kepala Riz dengan kuat.

“makan boleh sebarang makan, ini Nieylla chef terhandal, cakap tu jangan sebarang cakap.., nanti ku baling dengan tutup periuk ni!” ceh,, garang tu.. ‘suspen tul mamat ni.., ingatkan nak confess ke,, rupanya nak kutuk masakan aku ni..’

“Hehehe…, Riz tengok Nieylla macam baca mantera je tadi… mulut terkumat kamit.. tu yang nak tanya.. kang Nieyll letak ubat pengasih lak kat sardine ni.. walaupun sardine tu dah kehilangan rupa asalnya..” Start dari walaupun tu Riz memperlahankan suarannya dan ada sedikit nada sinis. Nieylla menjeling Riz.

“Yelah2.., Nieylla mengaku memang tak reti masak. Ikan sardine ni pun satu… cepat sangat hancur..” Ikan sardine yang tidak bernyawa disalahkan. Riz tersenyum.

“apa2 je lah… asal takkan ada yang kena food poisoning selepas makan ni..” Riz ingin beredar untuk membantu Dani menyusun kayu api.

“Emm.., yang itu Nieylla tak jamin..” Nieylla berseloroh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“wah.., cantiknya suasana pagi di hutan ni.. damai sangat..” Lulu keriangan.

“yup.., ni belum lagi kita naik bukit tu.. mesti lagi cantik pemandangan dari sana..” Syirah menyampuk.

“Okay murid2 aktiviti hari kita hari ialah mendaki bukit tu.. ia agak sedikit curam dan saya harap kau berhati-hati. Ada 2 orang guru pengiring yang menanti kamu di puncak bukit.. sepanjang perjalanan kami ada meletakkan kad Info.., jangan alihkannya.. cuma baca kemudian letak semula di tempatnya tadi.. faham? Atau ada apa2 pertanyaan?” Cikgu Trisya memberi taklimat sedikit. Mereka semua memgeleng tanda tidak ada sebarang soalan..(kira confidentla semua)

Kumpulan Delorita sesama pelajar2 yang lain mendaki bukit itu.., kemudian kumpulan Hairi, Kumpulan Dani dan akhir sekali kumpulan Nieylla. Mereka mendaki berpandukan kad Info yang telah di sediakan sampailah mereka tiba di puncak. Kelihatan pelajar lain sudah berehat atau menangkap gambar kenangan. Tidak lupa juga gambar secara berpasang-pasangan. (walaupun ada yang masih belum berdamai) hehe.

Nieylla and the geng memilih untuk mengambil masa yang lama sedikit di atas puncak itu.

“Eh kenapa aku dengar perempuan2 tu menjerit ya?” Lulu menegur selepas mendengar hingar bingar bunyi teriakan teman2 mereka. ‘macam parti je diorang kat bawah tu..’

“Entah.., gimik kot..” Nieylla masih leka melihat pemandang laut yang biru dari puncak bukit itu..

“Eh., jomlah turun.. nak makan tengah hari dah ni..” Syirah mengajak teman2nya..

“Yalah.., Jomlah turun..” Lulu menarik tangan Nieylla. Mereka berjalan perlahan sehingga sampai ke kad info yang terakhir. Tetapi kad info terakhir itu agak sedikit pelik..

“Jangan menjerit?” Nathalie kepelikan..

“Habis tu yang tadi diorang menjerit tu?” Amy bingung.

“Lantaklah.., jom turun cepat..” Nieylla pula yang menarik tangan Lulu.Dengan tertibnya mereka menuruni bukit tersebut sehinggalah Nathalie menjerit. Mereka semua memandang Nathalie..

“Tu…” Nathalie menunjuk kepada sesuatu.. Mereka semua terkejut dan seram sejuk..

“Kuburan…” Sejurus dengan itu ,mereka semua berlari terkoncoh2 dan terpaksa melalui kuburan lama itu

1 comment:

eiDnuT said...

makk aiiiiiii tringin lak nk g camping....nak lagiiiiiii hehe tq

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37