Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, May 18, 2009

sekolah_cinta 18

“Apa Cikgu?!” Kedengaran suara Delorita kuat bertanya. Pelajar yang lain terpaksa menyokong Delorita buat masa ini termasuk Nyiella, Syirah, Nathalie, Amy dan Lulu.

“Ya cikgu? Cuba cikgu ulang semula.., Saya rasa saya tersalah input fakta..” Dengan nada yang sedikit sinis Nieylla berkata.

“Malam ni kita buat kembara malam.. dan kamu hanya akan di bekalkan dengan lampu suluh dan bergerak kat dalam kumpulan..” Cikgu Trisya menerangkan semua pada pelajarnya.

“Tapi cikgu.. kat bukit tu kan ada kuburan lama…” Lulu seperti berat hati.

“ Ada cikgu Rahmat, Cikgu Rozita, madam Alisa ,Ustaz Salleh yang stay kat sana..janganlah takut.” Cikgu Trisya menyakinkan anak muridnya. “Tapi…” Dia menyambung lagi..

“Tapi apa?” Hairi tidak sabar.

“Cikgu2 ni akan menggangu kamu dalam gelap.. menguji tahap keberaniaan kamu.. so kamu tak payah nak menjerit bagitahu yang kamu kena kacau oleh hantu lak..” Cikgu Trisya berseloroh.Lulu mengangkat tangan. “Ya Lulu, ada soalan?”

“Cikgu saya dengan 100% yakin nak bagitahu semua orang yang saya memang takde tahap keberanian. So, tak payahlah susah2 nak uji tahap keberanian saya ni.. “ Dengan muka selamba Lulu berkata

“Amboi! Awal2 lagi dah mengalah ni.. jangan risaulah.., tempat ini okay.. jangan terlalu ikut perasaan takut kamu tu..” Ustaz Salleh Menenangkan pelajarnya.

“Okay semua.. no more comment.. malam nanti pukul lapan lepas makan kamu semua berkumpul di sini ya..” Madam Alisa menyampuk setelah lama mendengar comment dari pelajarnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Langkah Nieylla terhenti apabila terdengar perbualan Riz dan Ken.. ‘Pasang telinga jap..hehehe’

“Kau betul2 ke suka kat Nieylla tu.. aku harap betullah..” Ken bertanya.. Riz tertawa mendengar pertanyaan Ken.

“Kau rasa?” Tanya Riz kembali sambil mengangkat2 keningnya..

“Muka kau ni macam tak boleh percaya.. kau jangan mainkan Nieylla,. Kalau setakat gaduh2 kamu macam selalu tu.. tak kan nak berdendam sampai nak kenakan dia kot..” Ken meneguk air minumannya..

“Ala, sekali-sekala.. dia selalu kenakan Rita..” Ken menepuk dahinya ..

“Kau masih dengan Rita?! Jadi semua ni…” Riz memotong ayat Ken..

“Lakonan semata2.. aku tak perlu sesiapa untuk bagitahu aku siapa Rita.. aku
kenal dia.. Nieylla tu yang bertopeng2..” Kata Riz agak sinis.

“Riz.. takkan kau kata Nieylla tu yang jahat.. Nieylla tu adik Dani.. kau ni terlampau taksub percayakan Rita tu..” Ken cuba menasihati Riz..

“Aku tetap dengan keputusan aku.. aku harap kau boleh tutup mulut..” Riz terus berlalu meninggalkan Ken tanpa perasan yang Nieylla turut mendengar. ‘aku ingat kau dah nampak kebenaran Riz.. tapi kalau kau tetap mahu bermusuh.. okay.. kita tengok siapa yang menipu siapa..’ Nieylla tersenyum sinis (dalam sedih..)..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam itu.. pelajar dilepaskan berjalan mengikut kumpulan dengan hanya berbekalkan satu lampu suluh..

“Wei.. Nieylla perlahanlah sikit.. dah lah gelap ni..” Nathalie menarik baju Nieylla..Lulu pula menarik baju Nathalie.. Syirah dan Amy berpegang tangan. Semuanya ketakutan bila mengenangkan mereka terpaksa lalu di kawasan kuburan lama..

“Amy.. kau dengar tak bunyi tu..” Tanya Syirah dengan suara yang bergegar..

“Dengar.. Kau terhidu tak bau wangi tu..” Tanya Amy dengan perlahan..

“Wei korang berdua ni nak kena sampuk ke.. mana boleh tegur2 benda2 tu.. diam2 je la..” Lulu menekankan suaranya.. tetapi masih berbisik seperti Amy..

“Oo..” Amy dan Syirah menjawap serentak.. tidak beberapa lama selepas itu..

“Warhhh!” Nieylla menjerit.. Mendengar jeritan Nieylla.. mereka ber4 yang tidak tahu apa yang terjadi join menjerit sama..

“apasal korang menjerit?” Tanya Nieylla pelik..

“Lah.. dah kau menjerit.. kitorang pun menjerit samalah..” Lulu mewakili yang lain.

“Huhu.. korang ber5 ni memang panakutlah..” Kedengaran suara Cikgu Rozita di sebalik semak..

“Habis tu Cikgu.. yang cikgu pegang kaki saya.. saya ingat hantu gatal tadi.. saya menjeritlah..” Nieylla membela diri..

“Dahlah.. memang sah2 lima2 penakut.. pergi cepat teruskan perjalanan.. tapi kalau nampak apa2.. jangan lupa sampaikan salam cikgu..hehe” Cikgu Rozita sengaja menakutkan pelajarnya.

“Ei..Cikgu ni..” Kedengaran keluhan mereka berlima.. tetapi mereka tetap teruskan perjalanan… Delorita dan kumpulannya berada di hadapan ..

“Rita.. cepatlah sikit..” Lina mengesa Delorita.

“Kejaplah.. dahlah jalan gelap ni.. Nina.. cuba kau tengok tanda arah tu?..” Delorita menyuluh ke arah tanda arah itu..

“Jalan ikut kiri lah..jom..” Nina menarik Atikah di belakangnya. Cikgu Rahmat yang bersembunyi di belakang semak kehairanan.. ‘kenapa tanda arah tu berubah.. sepatutnya pegi kanan?’

“Rita.. kamu nak bawak kumpulan kamu pergi mana tu?” Dengan cepat Cikgu Rahmat menghalang kumpulan Delorita..

“Kan tanda arah ni kata ikut kiri cikgu..” Lina menunjuk tanda arah itu..

“Kamu ikut kanan.. jalan kiri tu nak pergi gaung..mungkin kumpulan yang awal tadi pandai2 ubah...” Cikgu Rahmat sengaja berkata begitu.. Padahal, kumpulan Delorita lah kumpulan pertama yang melalui jalan itu..

“Oo..” Serentak mereka menjawap walaupun ada rasa takut di hati mereka. Cikgu Rahmat dan Ustaz Salleh hanya berpandangan sesame sendiri.. Kumpulan Riz dan lain2 berjalan dengan tenang..

“Tak adventure lah begitu.. kita dah lalui jalan ni pagi tadi..” Ek berada di depan memulakan topic bicara..

“Yalah.. tak menakutkan langsung..” Kata Dani seperti kebosanan..

“wei.. kita buat kerja macam dulu..?” Ken memberi Idea.. Riz sudah tersenyum nakal.. Im sudah tersenyum ala-ala evil.. Ek blur.,.

“Kerja tengah2 hutan?” belum sempat persoalan Ek di jawab.. kedengaran suara Nieylla dan lain2..Dani terus menarik Ek yang blur bersembunyi di ikuti dengan yang lain2..

“Nieylla.. kau dengar tak suara2 orang bercakap tadi?” Nathalie berbisik perlahan..Tetapi masih boleh di dengari oleh ‘Nates2’ empat orang itu..(Ek tak termasuk..)

“Aku dengarlah.. apa tu?” Lulu menyampuk..

“Wei Lulu.. tak boleh tegur2 lah.. “ dengan muka innocent Amy mengingatkan Lulu..

“Kau sindir aku ke ni?” Tanya Lulu..Amy tersengih dalam kegelapan.

“Tau takpe..” Nieylla tolong jawabkan untuk Amy.. Riz melemparkan sapu tangannya yang berwarna putih di hadapan gadis2 itu..

“hah! Apa tu?” Syirah pucat..

“Kain putih..” Jawab Nathalie yang sedikit loading..

“Boleh berikan satu daripada ahli kamu..” Ken mengaraukan suaranya yang sememangnya garau..

“Wei korang.. janganlah main2..” Nieylla bersuara denga suara yang bergetar2..

“Mana ada kitorang main.. Suara kami tak garaulah..” Lulu menjawab mewakili teman2nya..

“Eh.. apasal suara tu garau sangat ya..” Lulu bertanya dengan Blur..

“Kain putih.. Suara Garau…” Nathalie berfikir seketika..

“Hantu!!!” serentak mereka ber5 menjerit kemudian lintang pukang berlari.. Ken dan lain2 keluar dari tempat persembunyian sambil ketawa terbahak2..

“Wei.. tak baik korang buat begitu… tapi lucu gak..” Ek turut ketawa.. tengah seronok mereka tertawa.. tiba2 mereka terhibu bau yang sungguh wangi..

“Aslamalaikum..” Lembaga berwarna hitam berada di hadapan mereka memberi salam.. tetapi bukan dengan sebutan yang betul...menyedari sebutan salam itu tidak dapat di sebut betul oleh lembaga itu.. kelima2 jejaka tidak tampan itu..(Sebab dorang mainkan budak ppuan..tu yang tak tampan tu..) berpandangan sesama sendiri.. kemudian berlari lintang pukang…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 comments:

MaY_LiN said...

hahah..
padan muka..
pandai nk takutkan org lg..

Miss Kira said...

jht la riz tu..
neylla jgn caya kat riz tu..
riz tu tolol la sbb caya rita..
cpt smbg ya..

eiDnuT said...

nk tkutkan org tpi drik sndri x sdar dri gak..hahah bagai lah depa nih..

neway akuh rsa c riz tuh mmg suka nieylla but...well nma pon laki an msti ah EGOMANIAC..x kan nk ngaku snguh2 kt dpn2 kwan dia..

Anonymous said...

haha....2 lh suka sgt tkutkn org....
kn dri sndri yg kna.....
hikhik

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37