Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, July 27, 2009

Dana atau Adriana ?? 10

“Hello.. .kita keluar hari ni.. Pelan tu? aku dah siapkan tadi.. aku dah sedaya upaya beri hasil yang terbaik dah..” Adriana mulanya tidak berminat dengan perbualan telefon suaminya itu.. namu apabila suaminya menyebut… “Pelan untuk Adria Holding la..” Senyuman Adriana makin melebar.. Seperti ada tanduk tumbuh di kepalanya seperti ‘she devil’... Mike hairan melihat isterinya tersenyum2..

“Woi! Kau buat apa tu?? cepet siapkan breakfast aku!! Aku nak cepat ni!!” Tengking Mike membuatkan Adriana tersentak.. terkejut sebenarnya.. nasib baik dia tidak melatah..

“Dah siap da.. abang nak minum air apa? Kopi ke tea? “ Tanya Adriana lagak isteri solehah..

“Tea.. Kurang masin!!!” Menyindir atau marah? Adriana buat tidak dengar.

“ Kalau tea nak letak gula ke garam??” Dengan muka innocent yang dibuat2.. Mike yang mahu meradang menahan senyum..

“Kau ni bodoh ke bangang?? Tu pun nak tanya ke??!! Kau letak je lah apa2” Kata Mike dengan nada sinis..

“Oooo..Kalau begitu letak aji-no-moto pun mesti sedap kan.. ah! Tambah belacan sekali.. baru ump.. macam tea BOH tu..” Adriana melalut.. Sambil menunjukkan reaksi yang sedang berfikir... Mike tambah bengang melihat reaksi Adriana. ‘hisy! Nasib mood aku baik pagi ni.. ada isteri pun bangang habis!’ Last2 Mike sendiri yang memcemar duli ke dapur.. ‘baik buat sendiri.. kang tak pasal2 aku masuk ICU sebab keracunan’

“Abang.. buat banyak sikit ya.. Saya pun haus ni..” Selamba Adriana berkata.. mahu menyakitkan lagi hati si suami.

“Dana Insyirah!!!!!!” Jerit Mike apabila melihat Air panas pun belum di masak oleh Adriana.. Adriana yang duduk bersenang lenang di atas sofa terjatuh kerana terkejut dengan jeritan itu..

“Oh mak kau terjatuh!” Sempat lagi dia melatah kemudian berlari masuk ke dalam bilik sebelum di belasah oleh Mike.. ‘Run For Your Life!!!hehehe’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hehehe.. inila pelan terbaik kononnya.. huh! Kalau dia berurusan dengan aku.. dah lama dia nampak kertas2 ni berterbangan di udara kemudian masuk ke tong sampah!” Kata Adriana mengomel sendirian.. Kemudian dia mendail nombor seseorang..

“Hai Laily..” Laily di hujung talian kebingungan.. Illina ke Adriana ni??

“Hai.. siapa ni??” Tanya Laily.

“Saya ni..Adriana..” Laily di hujung talian terkejut.

“Cik Adriana???!” Jerit Laily.. ‘actually.. dah naik pangkat jadi PUAN’ Omel Adriana di dalam hati.

“Yup.. saya nak minta tolong sikit boleh??” Tanya Adriana..

“Boleh cik.. tolong apa??”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ini dia Encik Adrian.. pelan bangunan hotel yang saya janjikan tu..” Mike dengan bangganya membentangkan pelannya.. Adrian meneliti pelan tersebut kemudian tersenyum. Puas hati dengan kerja Mike..

“Bagus.., saya suka dengan rekaan hotel ni.. lebih elegan dan mewah..” Kata-kata Adrian membuatkan Mike tersenyum bangga rasa terbayar semua penat lelahnya bersengkang mata menyiapkan pelan itu..

“Emm.. maafkan saya encik Adrian kalau mengganggu.. Cik Adriana ada hubungi saya semalam dan dia kata dia nak MegaHolding membuat semua pelan bangunan hotel ni selama satu minggu.. kalau tidak syarikat Adria Holding berhak menolak pelan asal dan memberi peluang kepada syarikat lain..” Kata Laily dengan takut2.. Adrian berkerut seribu, Mike apatah lagi..

“Hah?!” Mike dan Adrian berkata serentak. Hairan kerana tiba2 saja timbul nama Adriana..

“Ini surat yang mempunyai tandatangan cik Adriana yang menunjukkan dia tidak puas hati dengan lakaran pelan Encik Mikail.. Kalau tak percaya Encik Adrian boleh tengok.. Cik Adriana yang faks kan semalam..” Terang Laily sambil memberikan surat yang dimaksudkannya kepada Adrian..

“Tapi mana boleh begini.. Saya dan pekerja saya dah penat2 buat pelan ni.. Dan Cik Adriana belum pun tengok hasil kerja saya terus je reject pelan ni..” Luah Mike dengan kesal..Adrian yang selesai membaca surat Adriana menghela nafas panjang. Dia tidak boleh menolak permintaan adiknya itu.. kerana Adrianalah pengarah sebenar Adria Holding dan dia berhak membuat keputusan.

“Maafkan saya Encik Mikail, saya pun tak tahu kenapa adik saya buat keputusan yang melulu. Tapi saya tak boleh buat apa2. Adriana yang paling berhak membuat keputusan.” Kata Adrian sambil memandang simpati Mike yang tengah mengurut kepalanya.. tension.

“Takpe Encik Adrian, saya akan cuba siapkan pelan tu dalam minggu ni..” Kata Mike.. terpaksalah dia bersengkak mata mulai malam ini.. Mike mengeluh panjang.

“Kami boleh tambahkan masa lagi kalau Encik Mikail mahu..” Adrian berbaik hati..Belum sempat Mike mahu menyetujuinya, Laily sudah menyampuk…

“Tak boleh Encik Adrian, cik Adriana kata mesti dalam minggu ni juga..” Mike mengeluh hampa..

“Aduh.., Si Adriana ni berdendam dengan aku ke?” Kata Mike dalam nada berbisik tapi masih boleh di dengari oleh Adrian. Adrian tersenyum kalut.

“Maaf, adik saya tu pernah di kecewakan oleh tunang dia, so mungkin dia nak balas dendam dengan semua lelaki kot..” Adrian berkata dalam sedikit nada bergurau.

“Ah.. mungkin nasib saya yang malang kot..” Kata Mike lagi.. Adrian tersenyum.. ‘mungkinlah kot..’

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

11 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

yes2..
haha..
dana da make her move..
buli2 mike..
tp jgn melampau ek..cz mike still ur hasben..
huhu..smbung2...

Anonymous said...

saya suka je baca cerita ni .
mlh selalu ternanti2 nak baca sambungan dia.
tp kan .
dr 1st day saya baca cite ni lagi ,saya duk ter pk la kan .
mike n dana kawen sah ke ?
wali mana cekau .
lps tu , yg mike duk baca nama sapa tuk akad nikah tu sbb nama btl dana kan adriana.

so, agak2 sexual intercourse yg deme wat kan ,
uhm ..
satu penzinaan gak ke mcm yg mike duk wat kat other girl ?
just asking la .

Anonymous said...

Dana dh jlnkn misi dia..
sikit lg kene le Mike tu...
bile nnt Adriana mncul msti gempak abis ar....
hi2..rasekn Mike..

MeGa_Lisa said...

pasal kawen tu sah.. walaupun nama yang berbeza tapi tetap orang yang sama kan..dan ada saksi yang meng'sah'kan.. asal ada ijab dan kabul.. saya pun dah lama curios sebenarnya kalau bernikah dengan identiti yang berbeza.. tapi sebab idea melimpah menyebabkan saya blm sempat buat kajian yg mdalam..that my fault..
Kalau pasal kekasaran yg mike lakukan thdp Dana tu bukan penzinaan tapi pemerkosaan..
kerana tanpa rela isteri.. dapat dosa tapi bukan zina..(saya rasa) Kalau silap leh betul kan.. sory.. masih form 5.. tak tahu lagi dengan mendalam..

MaY_LiN said...

huhu..
adriana da lancarkan perang..

Arisa Aizawa said...

yes,
misi sudah bermula,
bagus2, dana is on the move,
nak lagi, cepat sambung....

Miss Kira said...

hahaha..
cayalah..
cian mike..
bru best camni

nursya said...

revange time...
hihihi...
bgs adriana...
biar padan ngn muka mike tu...
huuhuu....
nk lg...
tp nk pjg ckit lg...
hik hik hik

Anonymous said...

makin menarik

Ikie Omar said...

wowwwwwww...this story is getting more interesting....good job...keep it up....

Anna Nur'ain said...

Well, nice story! (:
Btol jgak kate one of the comment tu, pasal name lain2 tu..
and padan muke Mike! hehe

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37