Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, August 13, 2010

Sir Ooo Sir

P/s: Rehat kejap tulis en3 D@a and miss/mrs.. nak tukar angin malam ni.. tiba2 terkeluar idea mengarut ni... harap sudi membaca..enjoy..

Sir Oooo Sir


“Adush! Handsome betul Sir tu... Terjatuh cinta lagi pula aku bila tengok muka dia tadi..”
Aliya menutup telinganya. Bosan dengan bicara Amira yang seperti orang angau itu.
“Liya... kau rasa Sir tu dah ada girlfriend tak? Ei... mudah-mudahan takde kan? Kan Liya... Liya!!”
Amira menggoyang-goyangkan tubuh Aliya yang sedang berbaring di sebelah katilnya..
“Apa dia?!!”
Tanya Aliya dengan wajah bengang.
“Sir Kamarul.... minta-minta dia takde girlfriend kan?”
Aliya mendengus geram.Gamaknya Sir Kamarul tu buat ubat guna-guna dekat budak bernama Amira ni..Sebab itu dah jadi angau tahap gaban dah budak ni..
“Amira.... dah jam 12 tengah malam... 12 tengah malam! Boleh tak kau berhenti bercakap pasal Sir kau tu.. aku di atas pun dah naik muak... Bosan!!!”
Amira tertawa mendengar luahan dari Eita yang berada di atas katilnya. Entah kenapa dia tidak dapat berhenti dari berfikir mengenai lecturenya itu.. Itulah.., dulu masa cuti lepas SPM taknak terus tunggu STP..nak juga sambung belajar.. Kan dah kegatalan anak Pak Rasydan ni..
“Yelah.. aku tidurlah ni.. tak sabar nak masuk kelas besok.. Isy! Excitednya aku...”
Aliya menggeleng mendengar bicara temannya itu.
“Ya Allah... Kau betulkanlah otak kawan ku yang sudah biol ini..”
Gaya seperti orang berdoa.. Amira yang tahu dirinya disindir hanya membiarkan saja. Yang penting dia tidak sabar menunggu hari pagi.. Kalau boleh dia mahu datang lagi awal dari Mak Cik cleaner.
“Aliya... jangan lupa bangunkan aku sahur nanti..”
Sempat lagi dia berpesan kepada kawannya sebelum tertidur lena dengan mimpi-mimpinya.......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Aik? Awalnya sampai kelas..”
Amira yang sedang menyiapkan tugasannya membesarkan matanya.. Dia kenal dengan suara itu.. Betulkah ini?? Betulkah?? Dia tergamam seketika. Dia berpaling mengadap orang yang menegurnya itu.. Sir pujaan hati dinda rupanya... Bisik Amira di dalam hati.
“Aaa... em.. saja.. nak siapkan tugasan yang Miss Erdina bagi kelmarin..”
Kawal emosi Amira.. kawal.. jangan cemas..Amira cuba berkata-kata dengan dirinya sendiri..
“Oo.. Patutlah.. selalu Nampak awak jalan dengan kawan-kawan..”
Hah?selalu?? Jadi selama ni Sir perasan dengan kehadiran aku?? Oh tidak... Aku macam mahu menjerit keriangan...
“Em... Dorang lambat sikit hari ni.. Jadi saya jalan dululah...”
Sir Kamarul mengangguk faham. Bagi Amira pula.. Pergerakannya jadi tidak menentu.. Cemas.. tidak selesa.. shy2 cat.. semuanya di alaminya pada waktu ini..
“Tugasan apa ni?”
“Hah?”
Hah kan..terlampau cemas sehingga blur depan Sir handsome.. Buat malu aku je.. Kenapalah diri aku ni mengkhianati dirinya sendiri...
“Saya tanya... tugasan apa yang Cik Amira Bte Rasydan ni tengah buat?”
Ulang Sir Kamarul dengan nada sedikit lembut dan menyebut perkataan satu persatu.... Amira mula terkaku... Dia tahu full name aku.... Bolehlah ajak nikah ni.. tentu sekali lafaz je ni.. aduh Pak Rasydan.. kenapa anakmu sungguh gatal sekarang ini...
“Em...Aaa.. Seudo code.. Programming...eh...”
Blur seketika.. Bila masa Miss Erdina ajar programming..
“Tengah buat description mengenai logo yang hantar hari tu.. lupa nak letak description..”
Malunya... apasal boleh tercakap pasal seudo code pulak ni...Ejaan Seudo pun salah.. ada hati nak cakap pasal programming.. Ni Sebab Sir Handsome lah ni.. Kan aku dah merapu yang bukan2..
“Amira.... kita kahwin..”
“Haha.. Sir ni pandai buat lawak.. HAH????!!!!!!”
Tidak berkelip matanya memandang lecturenya itu... Muka Sir Kamarul Nampak serius.
“Saya tak buat lawak.. Saya memang dah jatuh hati dengan awak.. sejak pertama kali kita berjumpa...”
Terlopong mulut Amira mendengar kata-kata dari mulut sir Kamarul.. Tidak sangka.. Mereka sama-sama memendam rasa...Betul ke ni? Ya Allah... Andai ini hanyalah mimpi... biarlah aku terus terlena...
~~~~~~~~~~~~~~~
“Selamat pengantin baru Mira... Dapat juga Sir Handsome kau tu..”
Mendengar kata-kata Aliya membuatkannya tersenyum sehingga ke telinga..
“Alhamdullilah.. Kalau dah memang jodoh .. tak ke mana kan...”
“Em.. lepas ni adalah orang yang balik-balik escape kelas ni.. sebab selama ni dia pergi kelas bukan nak belajar... asyik nak skodeng Sir Handsome dia je kan.. Skang ni dah tak payah skodeng.. Sir kau tu akan sentiasa berada di depan mata..”
Amira termalu sendiri mendengar gurauan dari teman-temannya..
“Amira... mari sini kejap..”
Amira mengerut kening.. Apasal laki aku memanggil ni.. siap ajak ke dalam bilik pulak ni.. Taulah tak sabar.. tunggu2lah tetamu balik pun....
“Kenapa bang?”
“Kita Bercerai..”
“Hah!!!!”
Sungguh kuat jeritannya...
“Saya lupa yang saya dah ada girlfriend..”
“Abang tak boleh buat macam ni....”
Katanya sayu..
“Kenapa pulak.. Kau tu yang tak sedar-sedar lagi..Suka hati akulah nak buat macam mana pun...”
“TIdAK!!!!”
“Sedarlah Amira.. Sedar!!”
Suara Sir Kamarul sebentar tadi perlahan-lahan bertukar menjadi suara Aliya.. Hah? Aliya?
“Sedarlah bengong... Kau nak aku bangunkan kau macam mana lagi ni.. kang aku simbah dengan air juga budak ni.. Oi Amira.. Bangun Sahur!”
“Hah?”
Masih kebingungan.. Baru je tadi dia bersama dengan Sir Kesayangannya..
“Mana Sir Kamarul?”
“Hisy! Angau tak habis2.. sampai mengigau menyebut nama Sir tu.. Hoi! Sahurla.. bangun..Apasal liat sangat nak bangunkan kau ni...”
Eita sudah bising dari katil atas..Tiba-tiba Amira teringat sesuatu.. Dia mengukir senyuman yang dengan penuh malu-malu..
“Hehe...mimpi rupanya...Sory Aliya.. Sory Eita...Heeee... Jom sahur jom... Tak sabar nak pergi kelas ni..”
Aliya dan Eita menggeleng melihat telahat temannya... Angau!

3 comments:

Hanna Iha said...

haha~..
ingatkn betul2
rupanya mimpi je..

apepon.. best!

G3-lina said...

macam kisah aku jep! haha!

MaY_LiN said...

huhuhu..
skali mimpi daaa

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37