-Sedutan sikit... nak lagi? Dapatkan Miss & MRS di pasaran.. and boleh juga beli dari saya.. saya bagi free bookmark yg comel macam kat gambar tu.. (comel bg pandangan mata sayalah.. haha. dah takde yg nak puji.. saya puji sendirila..)
****
“Dah
masak.. tapi dia masih mogok lapar kot.. pulang je tadi terus menghadap
komputer. Dahlah jalan dengan baju tidur dari pagi tadi.. ”
Dannial tiba-tiba tertawa. Dia
terasa gadis bernama Chiell itu seperti memerli dirinya pula. Baru dia tersedar
yang dia berjalan tadi dengan memakai baju tidur. Dahlia melirik sebentar ke
arah Dannial. Suka benar suaminya itu. Entah apa yang sedang suaminya itu
lakukan.
“Agaknya si dia ada masakkan apa-apa
untuk saya tak? Saya lapar... penat mogok lapar.”
Sly membuat muka sedih sambil
memegang perutnya.Chill tertawa dengan gelagat Sly. Jejaka itu pun sedang mogok
lapar rupanya.
“Pergilah check kat dapur tu.. Mesti
ada makanan..”
Jawab Chiell.
“Kalau takde?”
“Dia takkan biarkan awak
kelaparanlah... mesti ada tu..”
“Okaylah... saya nak pergi periksa
dulu.. kalau ada alhamdullilah..Kalau takde.. huhuhu.. alamatnya makan meggilah
saya hari ni..”
Chiell tertawa.
“Okay.. selamat menjamu selera..”
“Tata Chill.. harap-harap dia ada
masak asam pedas.”
Dahlia sekali lagi geli hati.. macam
tahu-tahu je Sly ni yang dia ada masak asam pedas sebentar tadi. Sly sudah
logout. Dannial tiba-tiba bangun dari kerusi meja komputer itu dan terus turun
ke tingkat bawah. Dahlia menjungkit kening. Mungkin Dannial juga mahu memeriksa
tudung saji sama seperti Sly. Lebih baik dia menghidangkan makanan buat
Dannial. Nanti bertambah merajuk pula.
*****
3 comments:
Dah beli ari tuh dgn ur father tyme kitorang kursus kat kem bina diri @kundasang... sempat promot ur father dgn kami...heheeh belum habis baca lg masih mengatur masa utk baca novel... :-)
Alhamdulillah.. terima kasih sebb sudi beli.. hehehe.. ayah memang tukang promote.. :D
Keren sob
www.kiostiket.com
Post a Comment