Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Sunday, January 24, 2010

Hanya Kerana Apple Blossom..

Arina melajukan lagi langkahnya.. cemas! itulah perasaannya ketika ini.. tapi air mukanya tetap tenang seperti selalu.. jikalau orang lain mungkin mereka sudah lama berlari tangkas untuk mengejar masa.. tapi tidak bagi Arina.. Dia tidak suka bermandi peluh walaupun untuk mengejar kelas Sir Kaelvin yang sudah berlangsung selama 30 minit! Tapi yang pasti dia mungkin di hujani dengan sindiran dan beberapa pertanyaan sinis sebagai penyedap rasa.. Dalam keadaan kelam kabut sempat juga dia mengapai botol minyak wangi apple blossom keluaran bodyshop itu.. Di fikirannya mungkin Sir Kaelvin akan terdiam bila haruman apple blossom memenuhi bilik ‘ceramah motivasi’ itu.. ‘tak salah mencuba nasib..’ Sempat lagi dia tersenyum manis..lucu memikirkan kata hatinya..


Dia tahu keretanya tidak di letakkan dengan baik.. Dan dia tidak sedikit pun kisah jika ada yang mengamuk melihat keretanya sedang menghalang jalan semua kereta.. Dia berlari sambil membetulkan tali lehernya yang senget ke kanan dan kemejanya yang tidak di butang dengan betul.. sibuk memperkemaskan diri hingga tidak sedar yang di hadapannya ada seorang gadis yang juga mahu memasuki bilik yang sama hingga menyebabkan berlakunya pertembungan antara mereka.. dan.. botol apple blossom melayan ke dalam bilik kuliah dan menumpahkan isinya,. mata Kaelvin terkelip2 melihat gadis yang di langgarnya..

Arina tidak mengendahkan mata yang memandang, sama ada rakannya atau prof.Kaelvin yang baru melanggarnya. Tumpuannya hanya pada Minyak wangi kesukaannya..

“Sir.. that is the last bottle of apple blossom perfume and its limited edition.. “ Arina menerangkan dengan secubit ketenangan yang masih ada dalam dirinya.. Kaelvin cuba berlagak tenang.

“ Oo.. feel so sorry for you.. that why people need to pay attention when they are walking.. that your lesson for today..” Kaelvin berkata tanpa perasaan bersalah sambil berdiri dan membetulkan kot yang dipakainya

“We don’t have class today actually.. I forgot to tell you yesterday that I have meeting today..” Masih lagi selamba.. Kaelvin melihat jamnya.. masih ada 20 minit untuk menghadiri mesyuarat itu dan masih sempat untuk dia meletakkan keretanya di tempat yang sewajarnya..

“ Hah!! Why don’t you inform us early? haiya..” charlotte mengaru kepala.. terbuang masanya selama 30 minit dengan sia2..

“As I tell you.. I forgot.. and I don’t like to wasting my time to calling all of my student just to tell that I have meeting to today.. Not my style..” Arina yang sudah berdiri di sebelah Kaelvin cuba menahan sabar melihat wajah selamba profesornya..

“Sir.. zaman dah maju.. facebook kan ada.. kenapa tak inform je kat page facebook sir..” Helmi memberi cadangan walaupun tahu yang profesornya boleh di anggap ketinggalan zaman dalam bab2 dunia social internet ni..

“Sound great.. but,I don’t have one.. okay., class dismiss..” Dia segera berlalu tanpa mengendahkan Arina yang mengajuk2 cara percakapan profesornya dengan hati yang sebal..

“Berjanji ke datang lambat dengan Sir kesayangan kau tu?” Tanya Charlotte yang menghampiri Arina yang mengutip botol minyak wanginya..

“Hantu kau aku nak berjanji2 dengan mamat tu.. aku ingat dia buta Facebook je.. rupanya.. mata dia pun dah nak buta.. Habis minyak wangi aku.. mana aku nak cari lagi.. Ni botol yang terakhir tau.. benci betullah aku dengan mamat tu..” Arina membebel..

“Dahlah.. jom kita pergi shopping.. mana tahu ada minyak wangi baru yang menarik perhatian kau..” Pujuk Rita.. Arina menjungkit bahu sambil mengikuti langkah rakan2nya..

Langkah gadi2 itu terhenti apabila melihat keadaan yang menyakitkan hati.. belum sempat Charlotte dan Rita berkata apa2 kedengaran jeritan dari Arina..

“Kaelvin Hakimi!!!!!!! I’ll kill you…” Arina menjerit geram apabila melihat kereta Kaelvin menghalang jalan keretanya dan tiada cara lain untuk di keluar dari tempat letak kereta itu selain menghilangkan kereta Honda biru itu dari pandangan,.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“I want to see En.Kaelvin Hakimi immediately, mana office dia?” Arina berkata dengan tegasnya kepada kaunter bertanyaan di blok pejabat,,

“Em.. ada urusan apa ya?” Tanya Cik Zulaikha sempat lagi menjeling2 Arina.. ‘ek eleh minah ni.. macam manalah orang macam ni boleh kerja kat kaunter pertanyaan.. kalau kolej ayah aku dah lama aku buang orang macam ni.. langsung tak peramah..’ Selamba saja Arina mengutuk gadis itu di dalam hati

“Ada urusan antara professor dan pelajar..” Kata Arina perlahan sambil menahan sabar..

“Ke nak mengurat En.Kaelvin tu.. tolonglah.. kalau dah nama pelajar tu.. belajar jelah.. ada hati nak mengurat professor sendiri..” Komen gadis bermekap tebal itu..

“Wei.., macam mana kau boleh kerja kat sini hah?? makan gaji buta.. dari pagi tadi sampai ke tengah hari ni aku tengok kau bermekap je.. tak juga cantik2.. Muda2 dah merosakkan muka dengan bahan2 kimia ni semua.. Kalau masa kerja.. kerja.. Lagi2 kerja kat kaunter pertanyaan ni.. amalkan kempen yang bertempek kat dinding tu.. budi bahasa budaya kita..” Sesudah penat dia membebel, Arina berlalu meninggalkan gadis itu tercengang2..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kaelvin yang meneliti kertas yang ada di hadapannya terkejut mendengar pintu di buka dengan ganasnya dari luar.. Dia dapat mengagak siapakah gerangan orang itu.. Kelihatan gadis itu sedang menahan marah.. mukanya merah dan bibirnya di ketap geram.. Kealvin cuba menahan senyuman..

“Apa yang you nak ni????” Tanya Arina terus terang..

“ Oo.. Cik Arina.. sila duduk..” Pelawa Kealvin dengan senyuman. Arina memfokuskan matanya ke arah jejaka perasan hensem itu.. Nafasnya turun naik menahan geram.

“Kenapa tak terima assignment yang saya hantar? awak tau tak yang saya bersengkang mata menyiapkan benda bodoh tu?!” Hilang sudah bahasa baik dari Arina. Kaelvin sengaja membuat muka tidak bersalah di hadapan Arina.. Suka melihat wajah marah gadis itu.

“Siapa suruh awak bersengkang mata? saya dah bagi lebih sebulan untuk siapkan tugasan tu.. So, that not my fault.. Itulah suka sangat buat kerja last minute.. Tugasan pun tak detail..” Komen Kaelvin selamba sambil memfokuskan matanya ke arah tugasan yang bertimbun di atas mejanya..

“Awak nak balas dendam kan? sebab saya tolak lamaran awak? sepatutnya saya yang balas dendam kat awak sebab awak pecahkan botol minyak wangi saya..” Arina berpeluk tubuh sambil melihat reaksi wajah Kaelvin yang masih selamba. Sempat lagi dia menyalahkan Kaelvia atas kemalangan yang menimpa minyak wanginya.

“Hisy.. takdelah.. saya seorang yang professional.. Saya tak main balas2 dendam ni.. Dan sebab minyak wangi tu, awak nak ganti rugi ke? setakat minyak wangi murahan tu 11 botol saya boleh bagi beli awak..” Kaelvin memandang tepat ke mata Arina sambil bermain dengan pen yang ada di tangannya. Buat seketika tiada antara mereka berdua mahu mengaku kalah sehinggalah Arina mengubah pandangannya.

“ye..,sampai kucing kat rumah saya bertanduk pun awak takkan dapat minyak wangi tu… kalau awak dapat saya akan terima pinangan awak tu.. dan saya takkan siapkan semula tugasan tu..” Arina bercakap dengan wajah sedikit angkuh kemudian meninggalkan Kaelvin yang tersenyum2.. ‘Cabar nampak? setakat minyak wangi.. tugasan yang simplelah Ari..’ Bisik hati Kaelvin.

“The choice is your.. Fail or pass.. choose one..” Sekali lagi Kaelvin menyakat Arina.. Arina yang mendengar dari luar pintu sempat lagi menendang kuat pintu coklat itu.. Kaelvin hanya mengeleng kepala dengan senyuman.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Arina berjalan ke arah taman kolej itu.. Entah apa lagi rancangan Kaelvin untuk memusnahkan ketenangannya.. Langkahnya terhenti apabila melihat sebuah bakul yang berisi apple hijau yang mengelilingi 11 kuntum mawar merah.. Arina ingin menghidu wangian mawar merah itu tetapi tindakannya terhenti apabila melihat di dalam kelopak mawar itu ada minyak wangi berbotol kecil.. (One drop perfume).. Arina cuba menghidu wangi dari botol kecil itu.. tak salah lagi.. wangian kegemarannya.. Dia memandang Kaelvin yang berdiri di hadapannya.. entah bila jejaka itu memunculkan diri di sana..

“Saya tak jumpa apple blossom yang original.., so, saya belilah minyak wangi one drop ni.. lagipun boleh bawa pergi sembahyang..” Kata Kaelvin sambil berjalan kearah Arina..

“Now., will you marry me?” Tanya Kaelvin.. Entah untuk kali ke berapa dia bertanya benda yang sama untuk tahun ini,.

“ Awak tahu tak yang ini kali ke4 awak tanya saya soalan yang sama? Tak malu ke berkali2 kena reject?” Kata Arina dengan senyuman..

“Asal yang meReject tu Cik Arina.. anak dara kepada Tengku Adriana Illyana dan Dato Mikail.. saya sanggup berkali2 di reject.. tapi saya pun sanggup meReject segala tugasan yang dia hantar dengan senang hati” Arina tertawa..

“Dalam berayat jiwang ada juga awak masukkan ugutan ek? awak tahu tak kenapa saya reject awak balik2” Tanya Arina.. Kaelvin menggeleng tanda tidak tahu.

“Kenapa?” Tanya Kaelvin ingin tahu.

“ Sebab cara awak melamar tu tak beradat.. cara orang putih.. kita ni orang melayu.. ada adat.. kalau betul2 nak membooking kenalah bawa rombongan pergi rumah saya.. apalah awak ni., nama je professor tapi tak tahu nak fikir.. ingatkan buta facebook je., rupanya adat pun tak tahu..” Selamba Dana Arina mengamplen professor alias kekasihnya itu.

“ Itu ke yang awak fikir? aduh! sebenarnya saya nak minta persetujuan awak dulu.. itu yang saya tunjukkan cincin kat awak.. kalau saya datang terus bawa rombongan tanpa pengetahuan awak.. tak ke malu saya kena reject depan mak bapak awak..” Terang Kaelvin pula.. Arina tertawa..

“Lain kali cakaplah.. Arina, boleh saya bawa rombongan datang rumah awak tak? ini tidak, Arina.. will you marry me?.. mana saya tak gabra kalau begitu..” Protes Arina.. Kealvin mengaru kepala.. betul juga apa yang Arina katakan..

“Okay.. besok juga saya hantar rombongan pergi rumah awak!” Kaelvin berkata dengan semangat yang membara.

“Emm.. di mana rumah awak?” Tanya Kealvin memandang wajah Arina.. Arina tertawa..

“Awak kan ada semangat juang yang tinggi.. Carilah sampai dapat.. Apple blossom saya amik dulu ye..” Arina berlari meninggalkan Kaelvin yang kebingungan.. ‘Mesti ma,pa and kakak gembira dengan berita ni.. Aku dan Kaelvin dapat mengeratkan hubungan yang lama terputus antara ma dan uncle wan….Dan ma takkan rasa bersalah lagi..’ Arina memandang ke arah Kaelvin Hakimi bin Dato Ikhwan Munir.. sempat lagi mereka berbalas pandangan… dan tersenyum sesama sendiri..

6 comments:

abnormalkah ? said...

comel je
hahaa
comel tul

MaY_LiN said...

huhuhu..
sweet

fzm2 said...

heee
besh laaa..
dluw psl parents..
skank psl ank d0rnk
plak..huhuhu
suka2

Anonymous said...

it's not my false
tu sepatutnya
it's not my fault



in_wired88

MeGa_Lisa said...

Tq... banyak kesalahan grammr tadi..hehehe

Anonymous said...

lps nih u buat psl cucu mereka2 nih ek...sweet la!!
x dpt bygkan kalo cite nih derank wat drama...sure sweet banget!