Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, November 9, 2010

My EX-BF List BooK... 3

Bab 3.
Kedua-dua tangannya mengurut-ngurut tengkuk yang sudah kelenguhan. Kertas yang bersepah memenuhi meja kerjanya. Telefon yang berbunyi sedari tadi tambah memeningkan kepalanya. Adui….Siapa pulak yang telefon tengah-tengah waktu kerja ni.. menyibuk je.. time aku mengelat kerja takde pulak orang call..
“Hello…” Malas…
“Lili.. mama jumpa dengan Datin Faezah tadi……”
Belum sempat mengatakan hasratnya Lili sudah menyampuk kata-katanya..
“Love you too Ma.. bubye..”
Talian telefon terus di matikan.. Setiausahanya, Madiah tercengang di depan pintu.. Baru je bos aku angkat telefon tu pastu dah letak balik.. Mama dia call sebab nak cakap I love you je ke?.. Lili tersengih.. Dengan selamba dia mencabut wayar telefon pejabatnya.
“No… comment..”
“Bagus! Kalau mama saya call., kata saya melawat toilet.. kena cirit-birit..”
“Oookay.. Kalau besok pulak?”
“Kata saya tengah bertapa di bilik rehat..,”
“Alasan untuk lusa pulak?” Sindir ni…
“Kata saya di hospital.., kena H1N1.. kuarantin.. Takde seorang pun boleh melawat..” serius!. “Kalau tulat pulak, Kata saya di dalam lokap., kena tahan sebab membunuh diri sendiri..”
Madiah mengangkat kening tinggi.. Betul-betul serius bos aku ni..
“Ookay.. em.., Tadi cousin Cik, Cik Farhana telefon.. dia kata dia tunggu Cik Lili di secret recipe..”
“Any idea Secret Recipe yang mana satu kat Malaysia ni tempat dia menunggu saya?”
Madiah menggeleng..
“Then I just go to… anywhere…Beginilah.. senang cerita awak bagi alamat office ni kat dia.. Lagi senang saya jumpa dia..” Sarkastik..
“Cousin Cik bukan dah tahu ke alamat office ni?” Bingung..
“Dia hilang ingatan.. Kepala dia terhantuk kat seterika waktu dia nak rebonding rambut guna old method…”
Selamba je aku mengutuk cousin aku sendiri.. Tapi takpe, dia tak dengar pun.. Nanti 1 syawal aku minta maaflah.. Mungkin.. Tapi sebelum tu dia kena minta maaf dengan aku dululah..
“amboi-amboi-amboi… Berdesing-desing telinga aku dengar kau mengutuk aku dari dalam office kecik kau ni..”
Huh! Macam tau-tau je orang mengutuk dia.. Tiba-tiba je muncul kat depan pintu pejabat aku ni.. Aku tak tau pun nenek aku ada keturunan david copperfield.. Sampai cik Farhana ni boleh muncul tiba-tiba kat depan aku..
Madiah terkejut melihat Farhana yang tiba-tiba muncul di sana.. Dah tau nak sampai apasal susah-susah suruh aku cakap kat bos aku ni yang dia tunggu kat Secret Recipe.. hai.., aku ingatkan bos aku je ada mental ill sikit.. rupa-rupanya cousin dia pun sama..
“Jangan terkejut Madiah.. Farhana ni ada kaitan dengan Sabrina the teenage witch.. Saudara sebelah mak dia punya nenek punya moyang angkat..”
“Ookay.. kalau begitu saya keluar dululah..”
Madiah meminta diri.. Gila-gila bahasa betul Cik Lili ni..
“Aku tak tahu pulak telefon kat office kau ni wireless.. sampai kau tidak memerlukan wayar telefon ni lagi..”
Wayar telefon yang dicabut oleh Lili tadi ditatap seperti mahu mengkaji kewujudan wayar itu..
“Eh! Kau tak tau ke.., Malaysia kan dah canggih.. telefon zaman tuk kaduk macam ni dah tak pakai wayar-wayar ni.. Kalau nak boleh masuk dalam beg tangan… Boleh buat bisnes public phone bergerak..”
Lili membalas sindiran sepupunya itu dengan ayat selamba..
“Mak kau nak kenalkan kau dengan siapa lagi ni?”
“Entah.. anak datin mana tah.. tak sempat dia cakap aku dah letak.. nak Match maker macam aku ni tak laku sangat.. Aku yang tak kahwin dia pulak yang gabra..”
“Memanglah.. Umur kau tu kalau dah kahwin boleh dapat dua,tiga orang anak tau..”
Lili tersenyum lebar dan sinis.
“A’aa.. makan nasihat sendiri ek wahai cousin ku..”
Farhana tersengih.. aku pulak yang kena.. yelah, umur aku sama je dengan Lili ni.. Nasib pun sama juga.. belum kahwin….
“Agak-agaklah.. Antara kau dengan aku.. siapa yang bawa malang sebenarnya sampai kita tak kahwin sampai sekarang?”
“Amboi! Taulah dah beli insurans baru.. Tapi Insurans kau tu tak melindungi kecabulan mulut kau tu tau!” Diam sebentar.. “Aku rasa kau tu yang bawa malang.”
Lili selamba.. Farhana geram..
“Mana pulak aku yang bawa malang.. kau tulah pembawanya..”
Tidak mahu mengalah..
“Sebab-sebabnya??”
“Setiap kali kau putus cinta aku pun terkena badi sekali..”
“Tu bukan sebab aku,.. tu sebab boyfriend-boyfriend kau tu mata keranjang.. Dengar je aku putus cinta terus je dorang excited nak ambil aku jadi girlfriend.. tu pasal kau diputuskan.. hahahaha”
“Hantu kau!”
Susah dapat cousin yang imaginasi tinggi ni.. Kalau budak-budak nampak comellah.. Ini dah tua Bangka nak berangan tak tentu pasal apahal.. Dah tak boleh diklasifikasikan sebagai comel dah...

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37