Followers

Sumpahan untuk Si Puteri

Tuesday, April 12, 2011

MasterpieceKu yang terakhir

MasterpieceKu yang terakhir

“Evone adalah seorang pelukis yang sangat fanatik dengan lukisan dan meluahkan perasaannyanya di sebalik lukisan. Jadi saya yakin tak lama lagi tentu kita akan dapat melihat juga karyanya yang terbaru dan....”

Television yang mengganggu konsentrasinya sebentar tadi terus di tutup. Perasaannya terus berkecamuk. Karya terbaru? Bisik hati Evone. Canvas putih yang masih kosong direnungnya lama. Evone kemudian mengambil berus lukisan dengan tangan yang menggeletar. Dia cuba melukis sesuatu di atas canvas putih itu. Cuba sedaya upaya meluahkan perasaannya ke dalam lukisan.

“Ah..”

Berus yang tadinya dipegang erat sudah terjatuh di atas lantai. Evone menggigit bibir.

“Kau tak boleh paksa diri kau.. Doktor kan dah cakap yang kau mesti rehatkan tangan kau tu..”

Sherry di muka pintu direnung. Evone mengurut pergelangan tangannya yang sudah mulai sakit kembali.

“Its been a year. Seorang pelukis dah tak berguna lagi kalau tangan mereka dah tak boleh melukis..”

Jawab Evone. Sherry menggeleng perlahan. Dia mengambil berus lukisan yang terjatuh di atas lantai sebentar tadi. Evone merenung lukisannya. Buruk! Macam lukisan budak tadika.

“Baru setahun.. bukan bertahun-tahun.. Bagi sedikit masa lagi.. Tangan kau akan baik macam dulu.”

Evone mengeluh.

“Macam mana kalau aku tak boleh melukis lagi Sherry? Apa aku nak buat selain melukis? Hidup aku jadi kosong..”

Evone cuba menahan air mata yang mahu membasahi pipinya. Dia kecewa dengan dirinya.

“The pain will go away.. but,. I lost my confident.. aku tak tahu kalau aku boleh melukis lagi.. Tengok tu.. buruk!”

“Then try harder.. Ingat tak lukisan pertama kau? Dikritik berkali-kali.. tapi kau tak pernah hilang keyakinan.. Kau makin berusaha menghasilkan karya yang terbaik..”

“Just try...lepas tangan kau dah baik”

Pujuk Sherry lagi.

“No..”

Evone menukarkan canvas yang dicontengnya tadi dengan yang baru.

“Ini yang terakhir..”

~~~~~~~~~~~~~~~~

“Dan...akhirnya, detik yang tuan-tuan dan puan-puan nantikan.. MasterpieceKu yang terakhir dari Evone. Bidaan bermula dari RM1.5 juta”

“2 juta..2.5 juta anyone?”

“2.5 juta? Wei.., dah mengalah ke?”

Kata Hairul perlahan di telinga Tengku Syafiq.

“Sabarlah... Biar diorang berlawan-lawan harga dulu.. aku sebagai penutup majlis.”

Jawab Tengku Syafiq. Hairul cuma menjungkit bahu. Mana dia tahu permainan orang kaya ni.

“2.8 juta! Ada yang yang ingin membida?”

“Fuiyo.. 2.8 juta untuk satu lukisan? Lawak ke apa? Lepas tu lekat kat dinding.. Pencuri pun pandang sebelah mata je..”

Rungut Hairul perlahan. Syafiq menjungkit kening.

“Kau tahu tak lukisan yang sedang dibida sekarang ni ada lukisan yang sangat berharga.. Ini karya Evone yang terakhir tau.. Lepas ni dah takde dah.. Kalau setakat nak beli copy dia je nak buat apa.. tak berharga langsung.”

“Alah.. kau pun beli copy lukisan Evone tu je selama ni.. tak pernah pun beli yang original. Bukan orang tau pun.”

Jawab Hairul lagi. Sungguh dia kebosanan di dalam dewan yang penuh dengan orang-orang berduit ni.. Pelik.. dah tak tahu nak habiskan duit kat mana kot.. tu yang beli lukisan harga yang berjuta-juta.

“2.8 Juta satu.. dua... and..”

“6 Juta!”

Hairul ternga-nga bila mendengar harga yang disebut dengan lantang itu. Kawannya disebelah direnung seperti mahu terbeliak biji matanya. 6 Juta!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ 6 Juta? Dua kali ganda dari harga asal!..”

Kata Yasmine dengan penuh terkejut. Wanita di sebelahnya juga terkejut sama.

“ Itulah namanya orang menghargai lukisan.. Tak macam seseorang tu..”

Sindir gadis di sebelahnya.

“Seseorang tu terpaksa tidak menghargai lukisan atas sebab-sebab tertentu..”

Gadis itu mahu berangkat pergi. Selepas terjualnya karya terakhir dari Evone, ertinya acara bidaan itu pun telah berakhir. Yasmine mengikut dari belakang. Sempat lagi dia mencuri pandang ke arah pembeli lukisan terakhir itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Awak?”

“Maaf?”

Yasmine tersenyum.

“Maafkan saya.. awak yang beli lukisan hari tu.. sampai 6 juta..”

Tengku Syafiq tertawa. Dia ingat gadis itu. Sebelum masuk ke dewan bidaan, dia sempat terlanggar dengan gadis itu. Dan kali ini juga begitu. Agaknya dia dan gadis itu di takdirkan berlanggar bila berjumpa.

“6 juta tu sangat sikit bila membeli sesuatu yang sangat berharga.”

Yasmine tersenyum.

“Saya tak tahu tentang lukisan. Jadi saya tak tahu betapa berharganya satu tu lukisan bagi awak.”

“Em.. Apa kata kita duduk dan minum-minum dulu sambil saya brainwash awak mengenai lukisan.”

“Apa kata kita masuk je gallery yang sedang terbuka luas di depan ni dan awak boleh ceritakan serba sedikit tentang lukisan-lukisan kat dalam ni..”

Tengku Syafiq tersenyum. Macam mana dia terlupa yang mereka sedang berdiri di depan pintu gallery lukisan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Lukisan ni.. cantik.”

Kata Yasmin yang sedang berdiri di depan sebuah lukisan yang dipamerkan di dalam galeri itu. Tengku Syafiq menjuih bibir. Tidak setuju dengan pendapat Yasmin tadi.

“What? Cantik apa?”

Kata Yasmin lagi apabila melihat riak tidak setuju di wajah Tengku Syafiq.

“Kacau bilau..”

Komen Tengku Syafiq. Yasmin membuat muka tidak percaya.

“Komen daripada orang yang membeli satu lukisan dengan harga dua kali ganda dari harga sebenar.”

Balas Yasmin dengan nada sarkastiknya. Tengku Syafiq tersenyum. Sedar dirinya diperli oleh Yasmin. Dia cuma sukakan karya dari Evone.

“So, apa pandangan awak pula tentang lukisan ni?”

Tanya Tengku Syafiq pula.

“Pandangan saya?.. em.. Lukisan ni melambangkan hidup seorang manusia. Putaran ni bermaksud perjalanan hidup.. Berliku-liku dan kita tidak selalunya di atas. Tongkat usang ni nak beritahu kita yang seorang manusia tu tidak boleh hidup dengan sendirinya..Mesti ada kawan.. atau keluarga yang sentiasa di sisi. Dan.. overall lukisan ni mengisahkan tentang keperluan hidup kita.”

Tengku Syafiq merenung Yasmin dengan rasa bangga. Yasmin menjungkit kening.

“Not bad bagi seseorang yang mengatakan dia buta seni.”

Komen Tengku Syafiq.

“Belajar dari kawan. So, mana satu lukisan yang menarik minat awak untuk ke sini?.”

Tengku Syafiq menunjuk ke arah lukisan yang menarik minat ramai di sudut kiri galeri itu.

“Evone’s painting..”

Tengku Syafiq mengangguk tanda mengiakannya. Lukisan ini yang menarik minatnya untuk ke galleri itu.

“Lukisan ni menyampaikan sesuatu.. Pelukis mahukan kebebasan yang tiada batasnya.”

“Pelukis? Bukan perempuan yang dalam lukisan ni?..”

Tengku Syafiq tersenyum.

“Evone menyampaikan rasa hati melalui lukisannya.”

“Kaki perempuan ni terikat dengan tali yang rapuh.. dan tangannya pula tidak terikat. Tiada apa yang menghalangnya dari lepas bebas.”

Yasmin memberi pendapatnya pula.

“Ya.. Dia menunggu seseorang untuk menyelamatkannya.”

Jawab Tengku Syafiq pula. Yasmin tertawa sinis.

“Perempuan ni lemah. Tidak boleh berdiri di kaki sendiri.”

Komen Yasmin lagi.

“Kadang-kadang, hidup tak semudah yang kita sangka. Air yang tenang tak semestinya tiada buaya.”

“Rasanya masih semua orang mentafsirkan lukisan Evone dari sudut yang sama..”

Yasmin beralih ke lukisan lain pula. Tengku Syafiq mengikut dari belakang.

“Sebenarnya lukisan itu adalah mengenai cinta terlarang..”

Kata-kata Tengku Syafiq membuatkan Yasmin menghentikan langkah dan memusingkan badannya menghadap Tengku Syafiq yang sedang tersenyum.

“Lemah.. Selain lemah, sikap seorang perempuan ada menghormati perasaan kaumnya sendiri.. Perempuan dalam lukisan tu memakai baju kurung.. Ertinya dia seorang wanita melayu yang masih berpegang kepada adat. Tali tu rapuh. Melambangkan ikatan perkahwinan lelaki yang dicintainya.. Sangat rapuh.. Kalau dia mahu, dia boleh terus membuka ikatan tali yang melilit kakinya, ertinya menghancurkan perkahwinan lelaki tu. Pemandangan di hadapan wanita itu nampak jauh, seperti wanita itu berpandangan jauh ke hadapan. Tapi sebaliknya wanita tu cuma mahu memandang dari jauh..”

Yasmin mempamerkan wajah bangga mendengar penjelasan Tengku Syafiq.Tengku Syafiq menjungkit bahu.

“Itu hanya pendapat saya.”

“Saya kagum..”

Kata Yasmin lagi. Tengku Syafiq tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~

“Dah berbulan-bulan saya kenal awak, and saya masih keliru..”

Yasmin sedang mengangkat gelas teh di depannya dengan menggunakan tangan kirinya apabila Tengku Syafiq bercakap.

“”Keliru sebab apa?”

“Awak ni right-handed ke atau left-handed?”

“Right-handed.”

Jawab Yasmin ringkas.

“But you grab the cup using you left hand walaupun gelas tu diletakkan di sebelah kanan awak.”

Yasmin tersenyum.

“Saya jarang tengok awak menggunakan tangan kanan awak.”

“Dan awak cakap awak right-handed.. Pelik..”

Yasmin tertawa kecil.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Awak kerja apa?”

“Kerja apa yang awak nak?”

Tengku Syafiq menggeleng kepala sambil tersenyum. Dia pula ditanya balik. Gadis di depannya itu begitu berahsia. Kadang-kadang dia rasakan Yasmin adalah hantu yang ada di mana-mana saja. Dia pergi shopping complex, nampak Yasmin tengah membeli-belah, Dia pergi padang golf, yasmin tengah menilik kayu golf. Gadis ni takde benda lain yang lebih penting ke yang dia nak buat..Bisik hati Tengku Syafiq.

“Kerja awak la.. yelah, kalau saya jalan ke gallery, awak ada.. Kalau saya pergi coffee shop, awak tengah minum kopi sambil goyang kaki.. awak takde kerja ke?”

Yasmin tersenyum.

“Saya belum jumpa kerja yang sesuai lagi..”

Tengku Syafiq membetulkan duduknya.

“Awak lulusan apa? Kebetulan company saya tengah mencari pekerja..”

“Kerja apa?”

Tanya Yasmin dengan terujanya.

“Tea lady untuk saya..”

Kata Tengku Syafiq dengan wajah seriusnya. Yasmin sudah menunjukkan mukanya yang penuh dengan kerutan.

“Takpela.. thank you, terima kasih, arigatou gonzaimas lah jawabnya..”

Jawab Yasmin dengan wajah bengang.

“Ada lagi jawatan kosong..”

Pancing Tengku Syafiq lagi.. Yasmin hanya menjungkit kening. Bertanya dalam bisu.

“Jadi Tea lady untuk saya dan anak-anak saya..”

Kata Tengku Syafiq sambil meletakkan satu kotak kecil di atas meja dan kemudiannya menyorong kotak itu kepada Yasmin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baju pengatin putih yang tersarung ditubuhnya sudah tidak menimbulkan rasa gembira dihatinya. Jam di atas meja sudah balik-balik direnungnya. Telefon pun sudah berkali-kali di dail. Sherry masuk ke bilik dengan muka muram.

“Kenapa dia tak angkat telefon ni Sherry.. Rombongan pengantin lelaki belum sampai-sampai lagi.. Aku risaulah..”

“Evone...”

Sherry mengambil perlahan telefon bimbit di tangan kawannya. Dia cuba mengambil kekuatan untuk memberitahu berita itu.

“Rombongan lelaki tidak akan datang..”

Temannya itu terus berdiri mendengar berita yang sungguh mengejutkan itu.

“Kenapa?”

Air mata sudah mula membasahi pipi. Sherry menyerahkan majalah yang di terimanya dari Hairul sebentar tadi. Majalah seni yang mempamerkan wajahnya di muka depan.

“Dia dah tahu..”

Tak perlu Sherry menjelaskan panjang lebar. Yasmin sudah tahu. Semestinya Tengku Syafiq rasa tertipu.Tanpa kata, Yasmin mengambil Art pack yang sudah tersedia di atas katilnya kemudian meninggalkan Sherry yang terkulat-kulat. Tidak tahu mana arah tuju sahabatnya itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Baguslah awak dah tahu yang awak tertipu..”

Yasmin berjalan mendekati Tengku Syafiq yang masih dengan baju melayunya dan dia masih dengan baju kurung pengantinnya. Dia tahu yang Tengku Syafiq pasti berada di sini. Tengku Syafiq memalingkan wajahnya. Marah dengan Yasmin.

“Tapi awak tak tau yang awak dah tertipu sebanyak 2 kali..”

Walaupun tiada balasan dari Tengku Syafiq, Yasmin terus mendekati lelaki yang mendiami hatinya itu.

“Selain daripada kenyataan yang awak tu Evone? Apa yang lebih teruk?”

Sindir Tengku Syafiq.

“Awak membazirkan duit sebanyak 6 juta untuk membeli karya palsu saya yang terakhir kononnya.”

Tengku Syafiq mengalihkan pandangannya kepada Yasmin.

“Pertama kali saya berbual dengan awak, saya tak sangka ada orang yang boleh mentafsir lukisan yang menyampaikan isi hati saya dengan tepat.”

Yasmin membuka Art Pack yang dibawanya tadi. Isi hati yang dia cuba terjemahankan dalam bentuk lukisan buat Tengku Syafiq.

“Kalau lukisan je yang boleh menyampaikan isi hati saya pada awak.. Jadi walau sesusah mana pun saya akan cuma melakar di atas canvas, supaya awak boleh baca isi hati saya melalui lukisan-lukisan saya..”

Yasmin menyerahkan lukisan yang cukup tidak kemas itu.

“Saya pernah menghasilkan banyak karya.. Dan mungkin ini yang terakhir. Tapi saya tak rasa sedih dan terkilan.. Sebab saya dah berjumpa dengan seseorang yang boleh menterjemahkan perasaan saya di dalam lukisan ini.”

Yasmin terus berlalu meninggalkan Tengku Syafiq yang masih meneliti lukisannya. Ya Allah, Aku sudah temukan beberapa lelaki yang ditakdirkan berada di sisiku untuk sementara waktu.. tapi biarlah dia,... Biarlah dia yang terakhir..

“Tengku Evani Yasmin..”

Yasmin memberhentikan langkahnya. Tapi masih tidak berpaling mengadap Tengku Syafiq di belakangnya.

“Jadilah cinta terakhir saya untuk selamanya..”

2 comments:

nurafiqah airil said...

hehe..best!! :D
hebat betul tengku syafiq tu.

nursya said...

wow..
puitis giler...
tp best...
caya la..
gud job writer...