Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, July 2, 2018

Open House Sekolah CInta 2018 part 2

Beduk dipukul dengan kuat, sementara orang-orang istana sedang sibuk ke sana dan ke sini untuk menyiapkan tugasan masing-masing. Suasana di perkarangan istana lebih sibuk dari biasa.
 Tun Amina tersenyum melihat Raja Ahmad seronok bermain dengan kawan sepermainan di kawasan kediaman istana. Kelihatan Puteh berlari-lari sambil membawa buluh yang telah dipotong pendek. Tun Amina yang melihat melalui jendela mengerutkan dahi.
“Puteh” Panggil Tun Amina.
Puteh memberhentikan langkah di hadapan jendela dan tersenyum kepada Tun Amina.
“Buluh itu untuk apa?” tanya Tun Amina.
Puteh mengerut dahi.
“Entahlah Tuan Puteri, buluh ini disuruh hantar ke dapur untuk santapan hari esok katanya” jawab Puteh.
Tun Amina terkebil-kebil.
“Masakan apa yang boleh dibuat dengan buluh itu?” tanya Tun Amina kepada dirinya sendiri selepas Puteh meminta diri.
~~~~~
“Lemang” kata Mukhriz sambil memandang sekeliling yang gelap dan hanya diterangi cahaya lampu jalan dari luar perpustakaan itu, “tentu sekali lemang. Itu hidangan kegemaran saya setiap kali hari raya” jawab Mukhriz sambil memandang wanita di sebelahnya.
“Awak pula?” tanya Mukhriz kepada wanita di sebelahnya.
“Saya lebih suka ketupat” jawab Amira kepada Mukhriz.
Mukriz mengangkat tangan agar cahaya lampu jalan dapat menyuluh ke arah jam tangannya.
“Dah satu jam kita terperangkap dalam library ni. Satu kerja pun tak dapat selesaikan kalau macam ni” bebel Mukriz sambil mengelap peluh di dahi. Suhu di dalam perpustakaan terasa panas tanpa penghawa dingin.
“Mesti kejap lagi kot sekuriti buat rondaan” jawab Amira sambil memandang skrin telefon bimbitnya yang kehabisan bateri.
Mukhriz mengeluh panjang. Situasi ini bagaikan satu dejavu bagi Mukhriz. Entah dia sendiri tidak tahu kenapa. Dia memandang Amira, teringat mengenai cerita rakan sekerjanya mengenai Amira.
By the way, takziah” kata Mukhriz.
Amira mengerut dahi. Pada usianya sekarang, Mukhriz harus khususkan berkenaan apa ucapan takziah itu diucapkan sebentar tadi. Kerana, sudah terlalu banyak kehilangan yang dialami sehingga saat ini.
“Darul. Kekasih Awak. Saya dengar cerita dari kawan yang satu kelas dengan awak waktu di universiti, Kyriell.” jelas Mukhriz. Mukhriz sendiri tidak pasti kenapa dia harus membuka lembaran lama kisah hidup wanita itu. Mungkin kerana bosan di dalam kegelapan.
“Oh” Amira kemudian tersenyum nipis. Sudah dua tahun kisah itu berakhir. Namun hatinya masih terasa seperti ditusuk sembilu bila nama Darul di sebut. Jangankan Darul, Dahari juga masih meninggalkan kesan yang jelas di hatinya. Dua lelaki dari era yang berbeza namun mempunyai rupa yang sama.
“Bagaimana dengan hati lelaki?” tanya Amira secara tiba-tiba.
Mukhriz yang hampir terlelap di atas meja sementara menunggu sekuriti membuat rondaan dan membuka pintu perpustakaan yang tersekat disebabkan ketiadaan elektrik. Mukhriz mengelap mata dan mengerut dahi.
“Kenapa dengan hati lelaki?” tanya Mukhriz semula.
“Cinta di hati lelaki, bagaimana rasanya? Adakah senang hilang bagaikan angin lalu ataupun kekal bagaikan sebuah tatu di hati?” tanya Amira sekali lagi dengan memanjangkan soalannya agar lebih difahami.
Mukhriz terdiam seketika. Ada sesuatu menjentik hatinya. Mukhriz mengetap bibir. Secara jujurnya, dia sendiri tiada jawapan yang tepat.
Depends” jawab Mukhriz dengan pendek.
Kening Amira bertembung.
Depends on what?” tanya Amira lagi.
Mukhriz menjongket bahu dan mengeluh panjang. Kemudian dia menggelengkan kepala.
“Saya tak tahu. Mungkin bergantung kepada seseorang. Terlalu banyak variables yang harus dikira sebelum mendapat jawapan yang tepat untuk soalan awak” jawab Mukhriz sambil memandang ke arah pintu perpustakaan yang masih terkunci dan hanya mereka berdua di dalam perpustakaan itu.
Mereka tidak dapat menelefon keluar untuk meminta bantuan kerana telefon milik Mukhriz yang habis bateri dan Amira pula, Amira.. tidak selalu membawa telefon bimbit. Kata wanita itu bagaikan telefon bimbit pada abad sekarang bukanlah satu kewajiban setiap kali keluar dari rumah.
“Tapi untuk awak, apa variables yang membuatkan seorang wanita itu berhak berada di dalam hati awak dalam masa yang lama?” Amira bertanya lagi sambil meneleku memandang lelaki muda di hadapannya. Lelaki yang sering bertukar-tukar kekasih. Semenjak bekerja di situ, dia mengenali lelaki di hadapannya sebagai kasanova. Sehingga dia tertanya-tanya apakah cinta dari pandangan lelaki itu.
“Mungkin perangai seorang wanita itu. Bagaimana dia present diri dia.” jawab Mukhriz. “Matang dalam sesuatu keadaan. Manja bila bersama orang yang terdekat dan..” Mukhriz tersenyum tiba-tiba biarpun dia sendiri tidak tahu kenapa, “garang dan lantang menegakkan kemahuannya. Dia tahu apa yang dia mahu dan boleh berdiri di kaki sendiri” Mukhriz tersenyum lebar. Seperti lupa Amira di hadapannya kerana ada seseorang dalam bayangannya.
“Terlalu specific” komen Amira. Kini dia tahu kenapa Mukhriz tidak pernah tetap dengan satu orang wanita. Kerana hati lelaki itu sudah diikat oleh seseorang. Amira tersenyum lebar, “wanita itu, pasti sudah ada nama?” tanya Amira sambil menjongket kening sebelah.
Mukhriz tersenyum nipis.
“Mungkin” jawab Mukhriz dengan pendek. Dia mengeluh pendek dan kemudian merenung pintu perpustakaan. Kenangan itu kembali lagi. Mengusik memori Mukhriz. Mukhriz cepat-cepat menggelengkan kepala. Cepat-cepat menepis memori itu. 
bersambung..
Kembali ke👉 PART 1👈   Bab Seterusnya 👉Part 3👈

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37