Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, November 29, 2021

Cinta yang akan selalu aku rindu 13

Hanya Rindu 2

Kejanggalan yang dilalui adalah produk yang terhasil dari perpisahan. Antara aku dan dia, siapa yang dulu mengundurkan diri – Andi

Andi menarik keluar telefon bimbitnya dan mengambil gambar Nadya ketika wanita itu sedang mencuba beberapa topi pantai yang dipamerkan di salah sebuah kedai selepas mereka selesai menaiki Melaka River Cruise.

Nadya memandang ke arah Andi untuk meminta pandangan dari lelaki itu. Pancaran matahari yang semakin terik membuatkan dia tertarik untuk singgah membeli topi seperti yang dipakai oleh sekumpulan pelancong ketika menaiki River Cruise tadi.

“Cantik” kata Andi.

Nadya membuka topi dan membelek topi tersebut.

Andi tersenyum melihat tingkah Nadya yang membelek beberapa topi lagi sebelum membuat pilihan. Andi mengeluarkan dompet dan terus membayar topi yang dipakai oleh Nadya.

“Eh” Nadya cuba menghalang penjual dari menerima duit milik Andi namun Andi lebih cepat bertindak.

Andi meletakkan topi di kepala Nadya dan menarik Nadya pergi dari kedai tersebut.

Thank you” kata Nadya semasa mereka menyusuri jalanan di tepi Sungai Melaka.

Andi tersenyum.

Buat beberapa ketika, mereka sama-sama mendiamkan diri sambil kaki terus melangkah tanpa arah.

“Sunyi” Andi mengeluh sebelum memberhentikan langkahnya.

Nadya menoleh menghadap Andi yang hanya beberapa langkah darinya. Nadya memandang sekeliling. Ada keluarga yang sedang mengambil gambar berlatar belakangkan Menara Taming Sari. Beberapa beca yang dihiasi dengan pelbagai karakter kartun dan warna menunggu penumpang tidak jauh dari tempat mereka berhenti.

“Riuh je” kata Nadya.

 “Kau tu yang sunyi” Andi memandang ke arah Nadya sambil dia melangkah mendekati Nadya.

“Dah takde apa nak cerita” Nadya melangkah ke arah kerusi taman yang kebetulan kosong, dia mendongak memandang Andi yang masih berdiri di hadapannya.

Takde apa-apa cerita atau terlalu banyak cerita?” tanya Andi sebelum melabuhkan punggung pada sebuah kerusi taman yang terpasang di tepi jalan. Andi menepuk kerusi di sebelahnya apabila dia dan Nadya berpandangan.

Nadya mengeluh sambil tersenyum.

Come on Nady.. Aku dah hilang hampir semua memori aku. Apa yang ada sekarang ni pun semua kau dah tahu. Aku tak ada cerita baru. Entertain me please..” Andi buat muka kasihan. Meminta simpati dari Nadya yang masih berdiri di hadapannya.

Please..” Andi memuncungkan mulut sambil merayu.

Nadya tersenyum lebar sebelum menggeleng kepala. Mendengar nama panggilannya disebut oleh Andi membuat hati yang dingin seperti disimbah dengan udara yang hangat.

Entertain you? What are you? 17? Ops..” Nadya tergelak kecil apabila Andi mencebik selepas mendengar ayat sarkastik darinya. Nadya mengeluh dan kemudian duduk di sisi Andi.

“Aku kerja di kedai Bakso jawa.”

Andi pandang Nadya.

Nadya pandang Andi di sebelahnya.

“Kerja pertama aku selepas keluar dari Pekan Teluk ialah jadi pelayan di kedai makan Bakso Jawa. It was so hard. Aku terkena sup panas berbillion kali. Pecahkan mangkuk plastik beratus kali,” Nadya tergelak kecil namun kepala menunduk memandang kasutnya.

“Bertahun juga aku kerja di situ. Kedai tu dekat dengan Universiti tempat aku belajar. Bos pun fleksibel dengan waktu kerja aku. Dan Bakso satu-satu masakan yang aku mahir. Well..takde la mahir. Aku tahu masak sup dan bakso yang sedap. But that’s it. Aku cuma pandai masak tu je. Sampai anak kembar aku complain dengan papa diorang yang aku tak pandai masak,” Nadya tergelak lagi bila teringat keluhan si kembar.

Namun Nadya jadi hairan kenapa Ashrul tidak pernah merungut sepanjang perkahwinan mereka. Atau mungkin lelaki itu sudah kehilangan deria rasa disebabkan makanan-makanannya?

Earth to Nadya..” Andi melambai tangan di hadapan muka Nadya. Ternyata Nadya tidak mendengar soalannya tadi.

“Um? Apa?” Nadya terkebil-kebil.

Andi tergelak kecil. “Anak-anak kau. Siapa jaga tadi?”

“Oh, minggu ni giliran bapa diorang. We’re really trying to make this work.” Nadya mengeluh panjang. Memikirkan usaha dia dan Ashrul untuk memastikan si kembar tidak rasa terpinggir selepas perpisahan mereka.

 “Aku tak tahu sama ada budak-budak sekarang ni memang cepat matang atau cuma anak-anak aku. Sebab anak-anak aku cepat faham keadaan keluarga kami. Jauh di sudut hati aku, aku takut kalau diorang pendam rasa sedih dan buat-buat gembira depan aku dan bapa diorang. Being a parents is hard. Kadang-kadang kau sendiri tak tahu apa yang kau buat atau apa yang baik untuk anak-anak. Aku cuma follow the flow and..” Nadya mengerut dahi apabila Andi hanya tersenyum manis dan tak berkelip memandang ke arahnya.

What Andi?”

Nothing.. is just.. Nady, sebagai seorang ibu,” Andi tersenyum lebar dan kemudian mengerut dahi. Sesuatu yang hampir tidak terbayang olehnya. “Wow..” kata Andi perlahan.

Please jangan…”

“Beberapa minggu lalu, Nadya yang aku kenal beli set Happy Meals terakhir selepas terdengar budak belakang memekik mahu mainan McDonalds waktu di kaunter.”

“Itu dah bertahun! Aku tahu kau akan ungkit pasal benda tu! To be fair.. Budak tu annoying giler. Memekik dengan mak dia nakkan mainan McDonalds and buang makanan yang mak dia dah belikan sebab tu bukan Happy Meals. Annoying! Kalau anak aku, aku dah cubit-cubit budak tu..

Andi berdekah apabila melihat Nadya seakan kembali kepada karakter lama apabila membebel mengenai budak yang mereka jumpa bertahun yang lalu. Betapa dia rindu..

Klik sini untuk bab lalu atau seterusnya 👉 CYASAR 12 | CYASAR 14

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37