Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, March 13, 2018

Siapa Diriku Bab 1 dan 2 (Cinta, Aku Terlambat)

Notes: Cerita "Cinta, Aku terlambat" versi edit kali ke dua puluh kali 😀😀 upload balik.  Selamat membaca...

Bab 1
Pernah tak bila kau tengok ke cermin, kau sendiri tak kenal bayangan siapa yang terpapar di cermin. Kau tak kenal siapa orang tu, tapi kau tahu itu kau. Sebab kau yang sedang berdiri di hadapan cermin tu. Bila aku memandang ke cermin, aku nampak seorang wanita. Dia sedang duduk di hadapan cermin dan sedang menyapu segala macam bedak di atas mukanya. Kemudian, perlahan-lahan dia calitkan gincu merah ke bibirnya. Bulu mata yang sudah sememangnya lentik, dilentikkan lagi dengan mascara. Bibirnya tersenyum lebar. Sementara aku, masih memandang ke arah cermin. Kaku tanpa sebarang rasa.
Datang seorang lelaki memeluk bahu wanita itu. Dan mereka tertawa kecil. Tapi aku masih terdiam. Tidak tahu apa yang lucu sehingga aku harus turut tersenyum bersama mereka. Tapi dari cermin itu, aku nampak yang aku sedang tersenyum lebar. Walhal  bibir aku tetap kaku.
Kali ini, aku terpandang pula cermin yang dipasang di ruang dapur. Aku sedang mengemaskan rambut yang panjang di hadapan cermin. Hairan. Sejak bila aku suka menyimpan rambut panjang. Anak rambut yang terurai di hadapan wajah, aku selitkan ke belakang telinga. Skirt hitam yang melekat di pinggangku sekali lagi aku kemaskan. Aku terasa rimas dengan baju dan skirt yang membalut ditubuhku. Tapi di dalam cermin itu, aku masih tersenyum. Selesa dengan semua yang tersarung dibadan aku.
Sekali lagi aku berhenti di hadapan pintu rumah. Cermin yang diletakkan di tepi pintu, aku pandang. Aku jadi rimas. Mahu menyapu semua kesan lukisan yang ada di muka aku.. Tapi sayang.. Aku langsung tidak dapat mengawal tubuhku.. Siapa aku? Dan siapa wanita yang berdiri di hadapan cermin ini?.

Bab 2
Alia menguap dan cuba membuka matanya yang masih berat. Dia mengeluh keletihan. Pipi dibenamkan ke atas tilam yang lembut. Bantal kepala entah sudah ke mana. Dia tersenyum lebar bila memandang ke luar jendela. Selimut yang berada di kaki, ditarik semula ke paras pinggang. Dia memandang ke arah suaminya yang sedang mengikat tali langsir selepas menarik langsir ke tepi jendela. Dia berdehem perlahan. Cuba mendapatkan perhatian dari suaminya.
Adam mengalihkan pandangannya ke arah Alia. Dia tersenyum nakal melihat Alia. Selesai mengikat tali langsir, Adam berjalan ke arah Alia. Dia menunduk mengambil bantal kepala yang berada di atas lantai dan meletakkan di sebelah Alia yang masih terbaring. Alia menggigit bibir sambil tersenyum mengoda.
“Selamat pagi Al sayang..”
Alia menongkat kepala dengan tangan kanan sambil memandang ke arah Adam.
“Selamat pagi juga Abang sayang.”
Adam tersenyum nipis.
“Bila nak bangun ni?. Matahari dah naik tinggi. Burung-burung pun dah keluar mencari makanan.”
Alia mencebik. Dia menolak selimut dan bergerak mendekati Adam.
“Al penat... Abang patut bagi Al cuti dari semua kerja-kerja rumah hari ni.”
Katanya dengan nada menggoda. Adam hanya tersenyum nipis namun menarik Alia ke dalam pelukan.
Okay.”
Alia tersenyum lebar.
“Kita sarapan roti bakar jelah hari ni. Abang tak pandai nak buat sarapan macam yang selalu sayang buat.”
Adam rasa kecewa dengan salah satu kelemahan dirinya. Dia jadi kaku bila masuk ke dalam dapur. Alia tersengih di dalam pelukan Adam.
“Al tak kisah. Makan roti kosong pun Al sanggup.”
Katanya sambil tersengih nakal. Adam menarik hidung Alia. Pagi-pagi lagi dia sudah terhibur dengan tingkah Alia. Adam bangun dan mengambil tuala untuk Alia.
“Al mandi dulu sementara abang siapkan sarapan. Sekejap lagi dah nak jam 10. Mesti telefon Al akan berbunyi tak berhenti.”
Adam tersenyum lagi bila melihat muka Alia yang berubah menjadi masam.
“Tak nak pergi kerja boleh tak?. Malaslah.” Alia mengambil tuala di tangan Adam dan menyangkutkan di atas bahu sambil tangannya memeluk leher Adam.
“Abang pun tak payah pergi kerja.”
Tambah Alia lagi sambil menjongket-jongket keningnya. Adam menggigit bibir melihat tingkah Alia. Dia cuba menahan senyum yang hampir terpamer di bibirnya.
“Abang ada mesyuarat hari ni. Dan Alia kan ada appointment dengan pelanggan Al. Tak baik mungkir janji dengan orang yang kita dah berjanji.” Alia menarik muncung. Tapi ada betul juga cakap Adam.
“Jadi... Kena pergi kerjalah ni?”
Tanyanya dengan ragu-ragu. Berharap agar Adam menukar fikiran dan mahu menghabiskan masa di rumah. Anggukan Adam membuatkan Alia kecewa dan melangkah malas ke bilik air. Adam tersenyum sambil menggeleng kepala melihat tingkah isterinya.
"I love you.." katanya dari depan pintu bilik air. 
Adam sedang memegang telefon bimbit ditangan. Lelaki hanya tersenyum memandang Alia yang belum lagi masuk ke dalam bilik air. 
"I love you.." ulang Alia lagi bila tidak mendengar sebarang jawapan dari Adam.  Dia tersenyum nipis bila Adam tersenyum kepadanya, "okay," bisiknya perlahan sebelum menutup pintu bilik air. 

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37