Iklan

Search This Blog

Monday, March 16, 2020

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu - 1

Seorang Andi
2019
"Kadang- kadang, kenangan itu tak seindah seperti yang kita simpan  dalam memori.. tetapi kerana ada campur tangan hati, justeru semua kenangan seperti mempunyai gula tambahan" - Andi, 2019
Macam tak percaya. Sudah 15 tahun berlalu sejak tahun 2004. Macam baru semalam aku dan dia panjat Bukit Bandaran setiap hujung minggu. Berlari-lari anak sehingga ke puncak bukit untuk membuktikan aku lebih hebat dari dia. Tapi tetap juga.. aku kalah. Sebab setiap kali aku sampai ke puncak, secara automatik kaki aku melangkah perlahan, seperti sengaja membiarkan dia melangkah lebih cepat dari aku. Ah! Zaman remaja.
Andi tersenyum dan menyimpan gambar dia bersama seorang gadis di puncak bukit Bandaran ke dalam kotak putih. Senyum tidak lekang di bibirnya bila terkenang lagi setiap detik yang dia habiskan bersama seorang gadis bernama Nadya.
Kotak putih kecil. Hanya itu sahaja yang tinggal untuk dia mengenang hari-hari yang membahagiakannya. Kotak tadi diletakkan di bawah katil.
Tangan mengapai pemegang beg baju yang tersedia di tepi katil. Andi mengeluh dan memandang sekeliling bilik. Ada bekas paku di dinding, atas kepala katil tanpa ada apa-apa yang tergantung pada paku itu. Andi mengeluh lagi. Dia memandang ke jarinya. Pemegang beg dilepaskan. Dia membuka cincin yang masih tersarung di jari.
Cincin tadi di letakkan ke dalam kotak kecil yang terletak cantik di atas meja cermin. Hanya tinggal kotak kecil itu sahaja. Meja cermin yang dulunya penuh dengan segala macam produk kecantikan kini kosong.
"Andi, Atif dah tunggu di kereta tu" Ibu Suri muncul di hadapan pintu bilik yang terbuka luas.
Ibu Suri mendekati Andi dan menepuk perlahan bahu anaknya.
"It's going to be okay.." pujuk Ibu Suri.
Andi tersenyum nipis sambil memegang perlahan tangan Ibu Suri yang diletakkan di bahunya.
"Banyak benda yang belum sempat Andi buat.. banyak benda yang Andi kena fikirkan.. tapi entah kenapa, dia yang bermain-main dalam kepala Andi ni"
"Dia?" Ibu Suri mengerut dahi.
Andi tersenyum. Kali ini makin lebar. Tapi dia tidak menjawab soalan Ibu Suri. Pemegang beg di gapai semula.
"Jom ibu..Atif mesti dah lama tunggu" katanya sambil mengangkat beg pakaian.
"Andi..."
Andi berpaling menghadap Ibunya.
"Andi kuatkan?" Suara Ibu Suri hampir pecah.
Andi tersenyum dan menarik ibunya ke dalam pelukan.
"Kalau kau sakit,pening, mual.. bagitau aku"
"Kenapa pula?"
"Laa.. Sebab aku kan AJK Unit kesihatan."
"..dan kalau aku rindu?"
Macam baru semalam mata coklat itu merenung tepat ke arahnya.
"Bagitahulah makcik kantin, apa kena mengena dengan aku.."
Ibu Suri mengusap pipi Andi yang sedang termenung jauh. Perkara yang sering dilakukan oleh Andi sejak akhir-akhir ini.
"Jom?" Ajak Ibu Suri bila Andi tersedar dari lamunan.
"Jom".

1 comment:

Yamad said...

pembuka cerita yg bakal buat atok tercari cari tajuk ni setiap hari.