Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, December 3, 2020

Cinta yang Selalu Aku Rindu 2

Nadya Hj. Farouk


"Harapan adalah satu perkara yang merosakkan hati. Membuat kita penat dan kecewa kerana sering menunggu yang tidak pasti. Tapi tetap saja, harapan itu sahaja yang menemani di setiap langkah yang aku ambil" - Nadya, 2019

Aku kecewa lagi dan lagi. Entah apa yang aku harapkan dari seorang lelaki yang pernah aku fikir akan jadi milik aku selamanya. Kadang-kadang aku jadi penat untuk berdiri sendiri, memikul beban yang memberat. Kaki aku ringan saja mahu melangkah. Berlari dari semua ini. Aku sering terfikir tentang nanti. Apa yang menunggu aku di masa depan kerana aku mahu masa sekarang cepat berlalu. Aku penat. 

"Kak Ya," Ira menepuk bahu Nadya. 

Nadya menarik nafas panjang dan memasukkan telefon ke dalam poket seluar. 

"Sorry, tapi Puan Risa ada nak tambah lagi mengenai pameran besok" kata Ira yang serba salah. 

"It's okay." Nadya bergerak masuk ke lobi galeri bersama Ira sebelum telefon bimbitnya berdering, "sekejap lagi saya datang" kata Nadya kepada Ira sebelum berpaling untuk menjawab telefon bimbitnya. 

"Ash tolonglah Ash.. takkan setiap kali nak call you pun kena temujanji. Diorang tu anak you tahu. Hari ni giliran you ambil diorang dan sampai sekarang you  belum ambil lagi? Apa ni Ash.." Nadya mengeluh lagi. Dahi berkerut seribu mendengar jawapan dari si pemanggil. 

"You know what?..I don't care. Just.. ambil anak-anak dari sekolah. akan balik jam.." Nadya memandang jam di pergelangan tangannya, dia menggigit bibir. Dia tahu banyak kerja yang belum selesai. Tidak mungkin dia boleh balik awal. Tapi dia penat untuk menyimpan harapan dengan Ashrul untuk menjaga anak-anak mereka, ".. jam 9" putusnya setelah beberapa saat menimbang keputusannya. 

"Oh please Ash.. I pun ada kerja juga" katanya yang mula menyampah dan terus menamatkan panggilan telefon. Sekali lagi telefon di masukkan ke dalam poket seluar setelah meletakkan telefon di dalam mode senyap. 

Nadya berjalan ke arah Puan Risa. Reaksi wajahnya seperti mendengar semua yang diperkatakan oleh Puan Risa, pelukis yang akan membuat pameran di galeri tempatnya bekerja. Kepalanya mengangguk sekali sekali dan bibirnya tidak lengkang dengan senyuman. Sehinggalah seorang wanita dalam lingkungan 60an melangkah masuk ke dalam galeri.  Dahi Nadya mula berkerut. Sudah berbelas tahun berlalu. Kali terakhir dia melihat wajah itu adalah sewaktu hari dia mengambil keputusan SPM. Kakinya melangkah laju ke arah wanita itu. Tanpa kata, dia terus memeluk tubuh tua itu. Seseorang yang pernah memberinya ketenangan ketika hidupnya mula berantakan.

"Ibu Suri" Katanya setelah pelukan dileraikan. Senyuman Nadya semakin lebar bila berdepan dengan wanita itu. Dia tersenyum lagi bila pipinya diusah perlahan. 

"Lama tak jumpa Nadya" kata Ibu Suri sambil mengusap pipi Nadya. "Ibu tahu Nadya dah tak mahu jumpa keluarga kami dah" tambah Ibu Suri. 

"Ibu.. jangan cakap macam tu" bangkang Suri dengan cepat. 

Ibu Suri tersenyum serba salah. Tangannya yang memegang tangan Nadya terhenti pada cincin yang tersarung di jari manis Nadya. 

"Ibu datang sebab Ibu betul-betul perlukan pertolongan Nadya" kata Ibu Suri dengan perlahan dan hampir tak terluah. Berat rasa hati ingin meminta pertolongan dari Nadya yang sudah sekian lama berjumpa. 

Jantung Nadya mula berdegup kencang. Satu nama terus hadir di ingatannya. Seakan satu pintu yang sekian lama terkunci, tiba-tiba terbuka. 

"Andi.." Ibu Suri mula sebak, "Andi.." tangisan mula pecah tanpa sempat menceritakan apa-apa. 

~~~~~~~~~~~

"Dia sakit Nad.. Maaf, ibu terpaksa cari kamu" Kata-kata Ibu Suri terngiang-ngiang di kepalanya. Tubuhnya seakan mahu terjelepok ke lantai bila mendengar kata-kata itu.


"Apa yang Nad boleh buat bu?" Jujur dia bingung. Sungguh tidak pernah terfikir lelaki yang pernah bertapak di hatinya itu akan jadi seperti itu. Masih teringat tepukan perlahan yang seakan memujuk dari Ibu Suri. Wanita itu terlalu kuat walhal dia, yang sekadar seorang teman lama mahu terduduk dan menangis bila mendengar berita tentang lelaki itu. 

"Itu Andi.. Andi yang dulu ada untuk Nad. Andi yang sama.." pujuk Ibu Suri. 

Hon kereta mengejutkan Nadya dari lamunannya. Kereta perlahan-lahan menyusur masuk ke perkarangan rumah. Dua orang kanak-kanak terus melompat turun dari kereta dan berlari ke arahnya dengan muka penuh senyuman. Pasti Ashrul telah mengula-gulakan anak mereka. Mengikut sahaja semua permintaan dan kemahuan si kembar. 


"Ashraf, Afiq masuk dulu. Pergi mandi. Minta tolong Mak Timah ambilkan tuala" katanya sebelum memandang ke arah Ashrul yang mendekatinya yang sedang duduk di gazebo. Enjin kereta dibiarkan berpasang. 

"Sorry.. I terlupa" kata Ashrul bila melihat muka monyok Nadya. 

Nadya menggelengkan kepala. 

"It's okay" malas mahu memanjangkan hal. 

Ashrul mengerut dahi. 

"Kenapa dengan you?" tanya Ashrul yang mengambil tempat duduk di hadapan Nadya.

Nadya mengurut dahi. Belum dapat menghadam apa yang berlaku petang tadi. Perlahan-lahan air matanya jatuh membasahi pipi. 

"Nad?" Ashrul semakin bingung bila tangisan Nadya semakin kuat. "Hey... kenapa ni?" tanya Ashrul sebelum menarik Nadya ke dalam pelukan. 

"tak pernah bayangkan atau doakan dia.." Nadya teresak-esak, "..jadi macam ni". Kata Nadya sebelum meleraikan pelukan. 

"Antara kami berdua, dia yang patut dapat hidup bahagia. dah biasa hidup sengsara. dah biasa hidup tunggang langgang sepanjang hidup I. Bukan dia. Kenapa macam ni.. kenapa dia.." kata Nadya yang masih teresak-esak. 

                                                                                  

Klik sini CYSAR 1   CYSAR 3


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37