Skip to main content

Posts

...yang Hilang 9

Recent posts

...yang Hilang 8

Dia berjalan ke arah Rafiq selepas meletakkan kereta di bahu jalan. Rafiq membuka sarung tangan putih dan memasukkan kedua-dua sarung tangan ke dalam poket seluar.   “Apasal ni? Aku baru terima panggilan dari Ren.” Rafiq berhenti di hadapannya kemudian mereka berdua berjalan ke arah ambulans. Dia memandang ke arah beberapa orang pegawai kesihatan yang sedang mengangkat satu tubuh yang terbaring di tepi jalan ke atas pengusung. “Anak Dato Hamid meninggal baru tadi.” Jelasnya dengan ringkas. Rafiq berhenti melangkah. Dia mengerutkan dahi namun tidak mengambil berat dengan reaksi dari Rafiq. Dia mendapatkan sepasang sarung tangan putih dari pegawai yang berada di tempat kejadian dan mendekati pengusung yang sedang diangkat ke ambulans. “Bila?” Rafiq mengikut langkahnya dari belakang. “Tadi.” Jawabnya sambil menjongket kening sebelah apabila terpaksa mengulangi maklumat yang dikatakan baru sebentar tadi. Seorang pegawai forensik yang sedang bertugas terlanggar bahu Rafiq sehingga Rafiq menjat…

yang Hilang 7

“Adif, my man…” Adif mengangkat tangan sambil tersenyum lebar bila disapa kemudian sambung menari bersama teman-teman lain seiring dengan musik yang berdentum sejak tadi. “Adif, happy birthday!” Jerit seorang lelaki dari hujung sebelah kanan pula. Adif tergelak sambil mengangkatkan tangan kiri. Tangan kanan masih memegang gelas yang berisi air sambil menari. Seorang gadis memeluk pinggang Adif dan Adif mengeratkan lagi pelukan sambil meneguk air minuman. Bermula dari tersedak, Adif mula terbatuk-batuk sambil memegang jantungnya dan tercungap-cungap. Orang sekeliling sibuk menikmati musik yang masih rancak. “Are you okay?” Sayup-sayup kedengaran suara si gadis bertanya. Adif menganggukkan kepala dan cuba berdiri tegak namun tangannya masih memegang dada. “Arrghhh!” Seorang dari tetamu tiba-tiba menjerit. Adif memandang ke belakang bila terdengar jeritan dan kemudian menyeringai kesakitan sebelum jatuh terduduk sambil memegang dadanya. *** “Dato Hamid?” Dia cepat-cepat menutup laporan fo…

yang Hilang 6

Dia merenung skrin komputer yang gelap di hadapannya dan kemudian mengeluh panjang. Dia memusingkan kerusi dan memandang meja Farhan yang kini diduduki oleh Rafiq. Rafiq sedang sibuk menaip dan membaca sesuatu. “Ress.. aku nak tanya sesuatu..” Farhan memusingkan kerusi menghadap ke arahnya. “Pelik..” Dia mengerut dahi, pen diletakkan di atas meja. Farhan tersenyum nipis. “Kau masih ingat macam mana mak dan ayah kau…er..” Dia tersenyum memandang Farhan. “Kemalangan.” Jawabnya pendek. “Mak dan ayah aku terlibat dalam kemalangan. Ya, aku ingat.” Dia memusingkan kerusinya menghadap Farhan.. “Aku boleh dakwa kau dengan ganggu seksual kalau kau terus pandang aku macam tu..” Rafiq menjongket kening sebelah. Baru dia perasan yang Rafiq memakai cermin mata. “Aku rasa.. aku pernah nampak kau sebelum ni.” Dia mengaru dagu. “Kita pernah jumpa sebelum ni?” Tanya Rafiq sambil mengerut dahi. Dia mengecilkan mata dan mendekatkan badan ke meja Rafiq. Rafiq mengundurkan kerusi sedikit. Mujur pejabat dib…

...yang Hilang 5

Dia memperlahankan langkah apabila melihat ACP Helmi sedang berbual dengan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an yang lengkap berpakaian kot di hadapan pintu utama IPD. Dia menggenggam kuat tangan kanannya yang mula mengigil apabila melihat senyuman lelaki itu. Dia melangkah dan berhenti seketika di tengah-tengah antara ACP Helmi dan lelaki itu. “Jangan seronok sangat Dato -” katanya sambil memandang tajam ke arah lelaki itu “-ini baru permulaan. Tak semua benda akan terus terkubur.” Dia menarik lengannya yang ditarik oleh ACP Helmi. “Ressa.” ACP Helmi mengetap gigi seperti menghalangnya untuk terus bercakap apa-apa lagi. Dia memandang ke arah lelaki yang bergelar Dato itu. “Hidup ni seperti permainan catur, kita tak boleh gerakkan buah catur dengan melulu..”lelaki itu tersenyum sambil memberi isyarat agar dia turut bermain sekali. Dia menarik kerusi dengan perlahan, bungkusan kertas yang mengandungi filem gambar diletakkan di atas meja. Beg sekolah diletakkan di kaki kerusi. “K…

...yang Hilang 4

Dia sedang berjalan sambil membaca beberapa laporan kes yang diterimanya pagi tadi. Bunyi kasut tumit tinggi membuatkannya memberhentikan langkah. Bunyi tapak kasut itu juga semakin perlahan dan sepasang kaki yang memakai kasut tumit tinggi Jimmy Choo berhenti dihadapannya. Dia mendongakkan kepala dan kemudian menjongket kening apabila melihat si pemilik kasut. “Macam mana rasanya hampir membebaskan pembunuh tunang sendiri?” Katanya tersenyum tepi. Dia menutup fail laporan kes dan meletakkan ke tepi badannya. Pemilik kasut Jimmy Choo mengetap bibir. “Macam mana rasanya, bebas lepas bunuh kawan sendiri?” Mata yang bulat, dibesarkan sebesar-besarnya sambil mengetap gigi. Kalau bukan kerana dakwaan dari pemilik suara tadi, dia sudah ketawa terbahak-bahak melihat ekspresi wajah pemilik kasut Jimmy Choo tersebut. Dia menarik nafas panjang sebelum menatap tajam ke mata pemilik suara itu. “Ya.. tangan aku berada di picu dan ya,” tangannya seperti mengelap habuk di bahu baju kot yang mungkin …