Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, March 17, 2022

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 32

 Aku sedar yang aku semakin tenggelam. Aku sedar tapi tiada apa yang aku mampu lakukan untuk menyelamatkan diri sendiri. Dada semakin sesak, nafas semakin pendek. Terlalu lelah untuk bertahan - Nadya

"Kau di mana Andi?" Nadya berdiri di hadapan pintu motel sementara Ashrul membantu anak kembar mereka masuk ke dalam kereta. Dapat dia lihat yang Ashrul mengetap rahang untuk menahan amaran disebabkan pergaduhan mereka yang belum selesai. Kemudian panggilan telefon dari Andi pula menambahkan ketegangan. 

"Aku ada hal sikit. Kau balik dulu ya," jawab Andi di hujung talian.

"Tak, sekarang ni kau kat mana?" ulang Nadya lagi. Dia dapat rasakan yang Andi cuba mengelak dari menjawab soalannya.

"Aku di rumah ni. Dah hampir sebulan mak aku pergi rumah Atif. Jadi aku nak bersihkan sebelum aku balik. Habuk dah satu inci dah ni." Andi tergelak kecil di hujung talian.

"Jangan tipu aku." Kata Nadya dengan serius. "Kalau kau stay di Pekan ni untuk kemas rumah, kau beritahu aku sendiri. Tapi kau pesan dengan Ashrul. Kenapa? Sebab kau tak nak aku tahu sebab sebenar kau nak tinggal lama-lama di Pekan ni kan?" tangan Nadya mula menggeletar.

"Nadya... aku tak tipu kau. Lepas aku bersihkan rumah, aku terus balik." Jawab Andi dengan nada memujuk.

"Ini sebab Alfi ke? Ada apa lagi yang kau masih tak puas hati dengan kes Alfi? Kau dengan Farhankan sekarang? Atau kau dengan Ressa?" Tidak termakan dengan pujukan Andi. Nadya terus menyerang dengan soalan yang bertubi-tubi. Nadya sempat memandang sekilas ke arah kereta Ashrul. Kelihatan Ashrul sudah duduk di dalam kereta dan menunggunya.

"Nady... ada sesuatu yang aku perlu confirmkan. Nanti aku cerita dengan kau ya. Kita jumpa nanti." Andi terpaksa berterus terang. Nadya memang susah untuk dia tipu.

Nadya menarik nafas panjang. Cuba menghalang memori yang dikuncinya mengetuk mindanya kembali. Ini tak mungkin berlaku lagi kepadanya. Takkan.

"Andi... kita balik sekarang." Pujuk Nadya lagi. Berharap agar memori itu tidak berulang lagi.

"Tentulah aku akan cari kau Nady... Aku takkan lama di sini. Lepas selesai semua, aku akan terus cari..." Andi terdiam bila mendengar Nadya tergelak sinis.

"Kau akan terus cari aku kan? Berapa lama aku kena tunggu? Another 15 years then? Damn it Andi! For once, just walk away from this. Kita dah jumpa Alfi. Apa lagi?" Tanpa sedar, air mata mengalir di pipinya. Nadya terus menyapu kering pipinya. Dia mendiamkan diri.

Andi juga terdiam.

"Mari keluar dari Pekan ni Andi..." akhirnya Nadya bersuara. Permintaan yang sama seperti lima belas tahun lalu. "Lupakan apa yang dah jadi di Pekan ni. Lupakan apa yang kau nampak waktu tu dan ikut aku keluar dari Pekan ni."

Andi masih mendiamkan diri. Hanya kedengaran bunyi nafas Andi berderu perlahan.

"Apa maksud kau Nadya? Aku nampak apa?" tanya Andi dengan tenang.

Nadya mengetap bibir. Dia tidak sepatutnya berkata sebegitu.

"Nadya... apa yang aku nampak?" tanya Andi lagi. Kali ini bunyinya seakan mendesak.

Nadya terus menamatkan panggilan telefon dan terduduk di tepi dinding sambil menyembunyikan mukanya. Bahu terjungkit-jungkit menandakan dia sedang menangisnya.

~~~~~

"Papa... mama lama lagi ke?" tanya Afiq dari bangku belakang.

Ashrul yang sedang memerhatikan Nadya dari cermin kereta mengeluh perlahan sebelum memandang ke arah anak kembar mereka.

"Kita tunggu kejap lagi ya." Kata Ashrul sebelum menyandarkan kepada di kerusi. Dia tidak pernah melihat Nadya menangis seperti itu sepanjang dia mengenali Nadya. Tapi semenjak Andi hadir dalam hidup mereka, sudah tiga kali dia melihat Nadya menangis disebabkan seorang lelaki bernama Andi.

Ashrul menarik nafas panjang sebelum membuka semula tali keledar yang dipakainya.

"Tunggu sini. Papa panggil mama." Pesan Ashrul sebelum membuka sedikit cermin kereta buat anak kembarnya. Pintu kereta dikunci sebelum Ashrul terus berjalan mendekati Nadya yang masih terduduk di kaki lima.

"Dya bangun." Arah Ashrul dengan tegas dan agak dingin.

Nadya tidak mengendahkan Ashrul.

"Dya!" Ashrul mengetap rahang. Geram melihat Nadya menangis seperti itu. Semuanya kerana Andi. Ashrul menarik tangan Nadya supaya wanita itu bangun semula.

Nadya cepat menepis tangan Ashrul.

Ashrul mendengus kuat sebelum menendang dinding.

"Kenapa you macam ni?" Ashrul menarik nafas panjang dan menyebak rambutnya ke belakang. Dia geram melihat Nadya seperti itu namun dia tahu, dia tidak mampu marah dengan Nadya. Ashrul memasukkan kedua tangan ke dalam poket seluar sambil dia merenung Nadya yang masih menyembunyikan muka. Hatinya yang panas serta merta bagai disiram dengan air sejuk apabila melihat keadaan Nadya.

Ashrul mengeluh lagi sebelum duduk di sebelah Nadya.

Nadya mengangkat kepala dan memandang ke arah Ashrul yang kini duduk bersila di sebelahnya. Seluar slack hitam yang dipakai Ashrul mempunyai bekas putih selepas duduk di atas lantai.

"You biar anak-anak duduk dalam kereta ke?"

Ashrul memandang Nadya dengan pandangan siring. Masih sebal kerana wanita itu menangisi lelaki lain.

"I dah bukakan cermin kereta." Kata Ashrul sebelum menarik muncung.

"I selfish ke?" tanya Nadya sambil duduk memeluk lutut. Nadya memandang ke arah Ashrul dengan mata yang masih berkaca.

Ashrul mengeluh dan mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya. Dia mengelap air mata Nadya yang masih basah.

"Waktu tu I betul-betul rasa dua orang yang Andi nampak pada hari Alfi hilang cuma nak tolong Alfi dan kemudian Alfi keluar dari Pekan ni. Sebab itu cita-cita Alfi. Alfi nak keluar dari Pekan ni selepas SPM. Jadi I tak terfikir orang yang Andi nampak tu akan cederakan Alfi. I selfish ke bila I tak nak panjangkan kes ni?" tanya Nadya.

Ashrul mengerut dahi.

"Apa maksud you? Bukan Alfi tertimbus di bukit belakang sekolah lama you tu ke?" Ashrul pandang Nadya. 

Nadya terdiam seketika. Dia seakan cuba untuk mencari ayat untung menjawab soalan yang baru diajukan Ashrul tadi.

"Satu hari tu, I nak tahu kenapa Andi obses sangat nak cari Alfi." Nadya mengetap bibir. Takut kalau-kalau Ashrul juga menjauh disebabkan sikapnya yang mementingkan diri satu ketika dulu. Dia juga hampir terlupa mengenai perkata yang pernah diceritakan oleh Andi itu.. 

"I dan Andi bergaduh besar waktu tu," Nadya sudah terlupa apa yang menyebabkan pergaduhan mereka menjadi besar. Kerana Pekan ini? Alfi? Atau Andi yang semakin menjauh? Mereka berdebat mengenai pelbagai masalah sehingga tiada satu antara mereka yang mahu mengalah.

"Andi tiba-tiba terlepas cakap dan beritahu I, subuh sebelum Alfi dilaporkan hilang, Andi nampak dua orang lelaki sedang mengangkat seorang pelajar lelaki masuk ke dalam kereta. Pelajar tu tak sedarkan diri dengan muka dan kaki yang penuh darah. Andi pasti itu Alfi. Dia nak I temankan dia untuk buat laporan tapi I tak nak. Masa tu, I tak nak terkait apa-apa lagi dengan Pekan ni. Jadi I bagi Andi kata dua. I atau Pekan ni." Air mata Nadya mengalir lagi.

"Dia pilih untuk kekal di Pekan ni?" tanya Ashrul biarpun dia sendiri dapat meneka jawapan bagi soalannya itu. 

"Dan I pilih untuk lari dari semua masalah di Pekan ni. I selfish kan?" Nadya pandang Ashrul. "I rasa I orang yang paling mementingkan diri sebab biar banyak kali I fikir pun, I tetap akan buat keputusan yang sama." Nadya berdiri dan menyapu seluarnya. 

"I nak keluar dari Pekan ni." 

Bersambung...

Jangan lupa Vote + Comment

XOXO



No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37